Amaed - Persatuan Usahawan dan Pereka Busana Muslim Malaysia

Amaed - Persatuan Usahawan dan Pereka Busana Muslim Malaysia IFF sendiri telah diilhamkan beliau berikutan tragedi 11 September, 2001.

PERSATUAN USAHAWAN DAN PEREKA BUSANA MUSLIM MALAYSIA (AMAED) (0534-11-SEL) ditubuhkan bagi membangunkan dan melahirkan para usahawan secara berkumpulan dalam industri rekaan pakaian busana Muslim untuk PERSATUAN USAHAWAN DAN PEREKA BUSANA MUSLIM MALAYSIA (AMAED) ditubuhkan bagi membangunkan dan melahirkan para usahawan secara berkumpulan dalam industri rekaan pakaian busana Muslim untuk masyarak

at dalam dan luar negara dengan objektif menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu ibukota busana Muslim sedunia. AMAED diilhamkan oleh Pengasas dan Pengerusi Islamic Fashion Festival (IFF) yang juga Pengerusi pro-tem AMAED, Dato’ Raja Rezza Shah, sebagai lanjutan kepada kejayaan IFF. Kejadian 11 September itu telah memberi kesan buruk kepada imej Islam dan dunia menganggap Islam secara negatif iaitu ugama yang ganas dan ditakuti. Justeru, Dato’ Raja Rezza dan rakan-rakannya terpanggil untuk memulihkan imej Islam dengan membuktikan bahawa Islam itu penuh kelembutan, menyayangi keamanan dan penuh kemaafan. Dato’ Raja Rezza telah memanfaatkan dan menggabungkan pengalaman dan kemahiran beliau dalam bidang fesyen, pengurusan majlis dan dunia hiburan untuk mewujudkan IFF yang disasarkan kepada penonton dan pemerhati bukan Islam dan warga bandar. Ianya bertujuan memaparkan sifat Islam sebenar iaitu kelembutan dan keamanan melalui busana Muslim seperti yang dijelakan dalam visi dan misi IFF. Visi:
• Rekaan yang menarik dan segar di IFF akan menghapuskan mitos bahawa Islam ketinggalan zaman, sekaligus menyemarakkan minat dan perasaan ingin tahu mengenai Islam di kalangan para penonton dan pemerhati dari pelbagai latarbelakang
• Dengan menggabungkan pelbagai idea melalui penyertaan pereka dari pelbagai kaum dan ugama, IFF menjadi saluran untuk pertukaran yang bermakna dalam meraikan keindahan dalam kepelbagaian
• IFF akan menggalakkan ekspresi dan interpretasi kreatif di kalangan para pereka bagi mempamerkan kepelbagaian dan keupayaan fesyen Islam yang dinamik
• Melalui pameran-pameran yang diadakan, IFF berhasrat untuk memaparkan pelbagai dimensi aspek-aspek Islam yang akan menyemarakkan interaksi di kalangan masyarakat pelbagai kaum


Misi:
• Menjadi jentera, suara dan penggambaran nilai-nilai Islam yang sebenar
• Mengajukan perhatian media untuk mengiktiraf bilai-nilai kelembutan Islam
• Meningkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap keindahan dan kepelbagaian fesyen dan budaya Islam
• Membangunkan fesyen dan ekspresi Islam sebagai relevan dan pemain bertaraf global
• Menyemarakkan keyakinan dan menerapkan keprihatinan terhadap fesyen dan sikap individu
• Membangkitkan perasaan ingin tahu secara menawan hati di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam

Jelas, IFF boleh diibaratkan sebagai ‘tadika’ dalam memaparkan busana Muslim, justeru wujudnya keperluan mengadakan platform berbeza atau pertunjukan busana Muslim yang menepati cara pemakaian Islam secara terperinci. Selain itu, kejayaan yang dikecapi dan dengan bertambahnya IFF telah membangkitan pertanyaan mengenai aspek ekonomi busana Muslim. Memandangkan IFF berperanan sebagai pertunjukan fesyen, ianya terbatas dalam menyokong aspek ekonomi industri busana Muslim. Sehubungan itu, bagi memberi sokongan terhadap pembangunan ekonomi busana Muslim dan memaparkan busana Muslim yang menepati cara pemakaian Islam, maka tertubuhlah AMAED.

Address

No. 10 Jalan Pinggiran 1, Taman Pinggiran Ukay
Ulu Klang
68000

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:30
Tuesday 10:00 - 17:30
Wednesday 10:00 - 17:30
Thursday 10:00 - 17:30
Friday 10:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amaed - Persatuan Usahawan dan Pereka Busana Muslim Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Amaed - Persatuan Usahawan dan Pereka Busana Muslim Malaysia:

Share