GENG KOM SABAH

GENG KOM SABAH Athletics Technical Official & Meet Organizer

16/09/2026
Salam Sejahtera, Pendaftaran GKS Super Series 2 sedang rancak berjalan. Jangan lepaskan menjadi sebahagian daripada kera...
14/09/2026

Salam Sejahtera,
Pendaftaran GKS Super Series 2 sedang rancak berjalan. Jangan lepaskan menjadi sebahagian daripada kerancakan kejohanan demi pembangunan sukan olahraga negeri Sabah dan negara Malaysia.

🏆GKS SUPER SERIES 2🏆🥇3 - 4 OKTOBER 2026 | KS RANAU🥇✍️PENDAFTARAN KHAS (peserta sedia ada)✍️* Sehingga 15 September 2026*...
09/09/2026

🏆GKS SUPER SERIES 2🏆
🥇3 - 4 OKTOBER 2026 | KS RANAU🥇

✍️PENDAFTARAN KHAS (peserta sedia ada)✍️
* Sehingga 15 September 2026
* Yuran Acara Individu - RM18/acara (ada pasukan)
* Yuran Acara Individu - RM20/acara (Persendirian)
* Yuran Acara Relay - RM30/kuartet
* BIB - gunakan bib sedia ada

✍️PENDAFTARAN BIASA (semua peserta)✍️
* Sehingga 16 - 25 September 2026
* Yuran Acara Individu - RM25/acara
* Yuran Acara Relay - RM40/kuartet

08/09/2026

PORTAL ROC 2026 – RELAY OPEN CHAMPIONSHIP Semua maklumat kejohanan kini boleh diakses melalui Portal ROC 2026:✅ Borang P...
07/09/2026

PORTAL ROC 2026 – RELAY OPEN CHAMPIONSHIP
Semua maklumat kejohanan kini boleh diakses melalui Portal ROC 2026:

✅ Borang Pendaftaran
✅ Jadual Pertandingan
✅ Senarai Acara & Slot Kuota
✅ Klasifikasi Umur Masters
✅ Yuran Penyertaan
✅ Surat Jemputan

📅 17 Oktober 2026
📍 Pusat Sukan UMS
🏃 4×100m | 4×200m

🔗 Akses Portal ROC 2026:
https://app.jotform.com/NXSV/ROC2026

Daftar pasukan anda dan rebut slot sebelum kuota penuh! 🔥

PENAMPANG, 6 September 2026 – Geng KOM Sabah (GKS) sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebag...
06/09/2026

PENAMPANG, 6 September 2026 – Geng KOM Sabah (GKS) sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pasukan teknikal bagi Kejohanan Olahraga Terbuka Inobong anjuran Sacred Heart Inobong yang berlangsung selama tiga hari, bermula 4 hingga 6 September 2026.

Kejohanan yang menghimpunkan penyertaan atlet daripada kategori seawal 5 tahun sehingga 40 tahun ke atas itu menyaksikan pelbagai acara balapan dan padang dipertandingkan sepanjang tiga hari kejohanan.

Pasukan GKS yang dibimbing oleh Cikgu Rosli Abd Kadir berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan baik, sekali gus memastikan perjalanan pertandingan berlangsung lancar dan mengikut susunan masa yang telah ditetapkan.

Antara aspek penting yang diberikan perhatian ialah pengurusan pergerakan atlet bermula dari bilik panggilan sehingga ke arena pertandingan. Penyelarasan masa yang baik memainkan peranan penting bagi memastikan setiap acara dapat dimulakan mengikut jadual serta mengelakkan kelewatan yang boleh menjejaskan keseluruhan perjalanan kejohanan.

Pada masa sama, hakim balapan, hakim padang serta pasukan Technical Information Centre (TIC) turut memainkan peranan masing-masing dalam memastikan aspek teknikal, pengendalian acara dan penyediaan keputusan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

GKS bukan sekadar sebuah pasukan teknikal olahraga. Pasukan ini turut menjadi platform yang menghimpunkan guru-guru yang mempunyai minat serta komitmen terhadap tugasan teknikal sukan olahraga. Kerjasama dan semangat berpasukan menjadi antara kekuatan utama GKS dalam setiap kejohanan yang diberikan kepada mereka.

Kejayaan melaksanakan tugasan sepanjang Kejohanan Olahraga Terbuka Inobong ini menjadi satu lagi pengalaman penting buat GKS dalam memperkukuhkan keupayaan pasukan serta meningkatkan mutu pengurusan teknikal pertandingan.

Dengan pengalaman yang terus dibina dari satu kejohanan ke satu kejohanan, GKS akan terus memberikan komitmen terbaik dalam setiap tugasan yang diamanahkan, selain terus menyumbang kepada perkembangan dan penganjuran sukan olahraga di negeri Sabah.

Setiap hari ada ceritanya dan setiap tugasan akan digalas dengan sehabis baik. Jumpa lagi 2nd Kiulu Open, 12 - 13 Septem...
06/09/2026

Setiap hari ada ceritanya dan setiap tugasan akan digalas dengan sehabis baik.

Jumpa lagi 2nd Kiulu Open, 12 - 13 September, KS Ranau

Address

Jalan Ranau/Sandakan
Telupid
89220

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GENG KOM SABAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category