MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM Majlis Daerah Tanjong Malim Peti Surat 59, 35900 Tanjong Malim, Perak. Tel:05-4563410/20 Fax:05-4563430/40

𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒𝐎𝐍𝐆]1. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan KEUTAMAAN diberikan kepada rakyat DYMM Pa...
03/06/2026

𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒𝐎𝐍𝐆]

1. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan KEUTAMAAN diberikan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Tanjong Malim seperti berikut:

i. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA5
(Kekosongan jawatan: 1 - Tetap / Kontrak)
ii. Pembantu Penguat Kuasa KP1
(Kekosongan jawatan: 2 - Tetap / Kontrak)
iii. Pembantu Kesihatan Awam U1
(Kekosongan jawatan: 1 - Tetap)
iv. Pembantu Khidmat Am H1
(Kekosongan jawatan: 4 - Tetap / Kontrak)
v. Pembantu Khidmat Am (Pembantu Kenderaan) H1
(Kekosongan jawatan: 1 – Tetap / Kontrak)

2. Maklumat lanjut mengenai jawatan-jawatan yang dinyatakan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh didapati melalui laman web Majlis Daerah Tanjong Malim (https://www.mdtm.gov.my/);

3. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui sistem permohonan jawatan kosong di https://digital.perak.my/perjawatan. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen sampingan yang telah disahkan kepada:

Yang Dipertua
Majlis Daerah Tanjong Malim
Peti Surat 59
35900 Tanjong Malim

4. Tarikh tutup permohonan : 16 Jun 2026 (Selasa)

DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pe...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada
Yang Dipertua, Setiausaha,
Ahli-Ahli Majlis dan Warga Kerja
Majlis Daerah Tanjong Malim

MDTM SERTAI OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT NUR IZZATI HUMAIRA DI BUKIT CHANGKAT ASATANJONG MALIM, 25 Mei 2026 – Majlis D...
27/05/2026

MDTM SERTAI OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT NUR IZZATI HUMAIRA DI BUKIT CHANGKAT ASA

TANJONG MALIM, 25 Mei 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) menerusi Jabatan Penguatkuasaan telah bersama-sama menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi Nur Izzati Humaira binti Azizul pada hari ketiga operasi yang dijalankan di kawasan Bukit Changkat Asa.

Seramai tujuh orang anggota Jabatan Penguatkuasaan MDTM telah dihantar oleh pihak pengurusan tertinggi MDTM bagi membantu operasi SAR tersebut. Pasukan berkenaan diketuai oleh Ketua Jabatan Penguatkuasaan, PPP Sarawanan a/l Sokkiah, bersama-sama enam anggota lain iaitu KPP Muhammad Shamsul Arif bin Ibrahim, PPK Mazle bin Md Isa, PP Mohd Zainuddin Feroz bin Naina, PP Muhamad Syazani bin Mat Puat, PP Muhammad Nurfadhillah bin Mohd Suhaimi dan PA Sayuti Aziz a/l Kaweh.

Penglibatan ini merupakan tanda komitmen MDTM dalam memberikan kerjasama serta bantuan kepada agensi-agensi berkaitan, khususnya dalam usaha menjaga keselamatan dan kebajikan masyarakat setempat.

MDTM turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas pemergian Allahyarhamah Nur Izzati Humaira binti Azizul. Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Majlis Daerah Tanjong Malim sentiasa komited dalam memberikan kerjasama demi kesejahteraan masyarakat.

26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H

Semoga ibadah haji dan pelaksanaan ibadah korban dapat dilaksanakan dengan sempurna, diberkati serta diterima oleh Allah SWT.
Semoga Aidiladha ini juga membawa keberkatan, keikhlasan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

Ikhlas daripada,
Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-Ahli Majilis
serta Warga Kerja Majlis Daerah Tanjong Malim

SESI PERKENALAN PEGAWAI KHAS (AREA OFFICER) BERSAMA PEGAWAI PENYELARAS BAGI TAHUN 2026-2028Tanjong Malim, 21 Mei 2026 – ...
22/05/2026

SESI PERKENALAN PEGAWAI KHAS (AREA OFFICER) BERSAMA PEGAWAI PENYELARAS BAGI TAHUN 2026-2028

Tanjong Malim, 21 Mei 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan sesi perkenalan Pegawai Khas (Area Officer) bersama Pegawai Penyelaras yang dilantik bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Malim, MDTM.

Selain sesi perkenalan yang telah diadakan sebelum Mesyuarat Penuh Ahli-Ahli Majlis MDTM bermula, semua pegawai yang terlibat diberi penerangan berhubung skop tugasan, kaedah pelaporan serta kepentingan kerjasama antara jabatan dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan MDTM kepada masyarakat setempat.

Dr Yang Dipertua MDTM berharap agar pelantikan Pegawai Khas (Area Officer) dan Pegawai Penyelaras ini dapat membantu mempertingkatkan keberkesanan pentadbiran, mempercepatkan tindakan terhadap isu-isu setempat serta menyokong aspirasi perkhidmatan yang lebih responsif dan mesra rakyat.

PROGRAM TURUN PADANG (TURPA) BERSAMA AREA OFFICER ZON A8 KG. SIMPANG 4, TANJONG MALIMTANJONG MALIM, 20 Mei 2026 – Majlis...
22/05/2026

PROGRAM TURUN PADANG (TURPA) BERSAMA AREA OFFICER ZON A8 KG. SIMPANG 4, TANJONG MALIM

TANJONG MALIM, 20 Mei 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan Program TURPA bersama Area Officer Zon A8 di Kg. Simpang 4 dan Taman Pertama Tanjong Malim, sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala antara pihak berkuasa tempatan dengan komuniti setempat.

Program TURPA ini telah dihadiri oleh Setiausaha MDTM, Tuan Roslan bin Kamaruzaman, bersama Ahli Majlis merangkap Area Officer Zon A8, Clr. Tuan Haji Malek Farok bin Haji Zainal Abidin. Turut serta program ini adalah Pengurus PEISB, wakil JPS Daerah dan beberapa wakil Jabatan dalaman MDTM.

Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan semasa kawasan, mengenal pasti isu-isu berbangkit serta mendengar secara langsung pandangan dan keperluan penduduk setempat. Pendekatan ini juga menjadi platform kepada MDTM untuk memastikan setiap aduan, cadangan dan keperluan masyarakat dapat diberi perhatian sewajarnya.

MDTM sentiasa komited dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat melalui pendekatan mesra komuniti, responsif dan berterusan demi kesejahteraan penduduk di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tanjong Malim.

21/05/2026
SESI PERBINCANGAN DAN PEMBENTANGAN MU-DOH CUTTER VERSION 2Shah Alam, 18 Mei 2026 – Telah berlangsung sesi perbincangan d...
21/05/2026

SESI PERBINCANGAN DAN PEMBENTANGAN MU-DOH CUTTER VERSION 2

Shah Alam, 18 Mei 2026 – Telah berlangsung sesi perbincangan dan pembentangan Mu-Doh Cutter Version 2.

Sesi ini melibatkan Kumpulan EY-RIS, Majlis Daerah Tanjong Malim bagi pembentangan penghasilan RnD Mu-doh Cutter Version 2 yang telah dibangunkan oleh kumpulan Ey-ris bersama pihak perunding inovasi, Eagle Attech Sdn Bhd, UiTM Shah Alam menerusi Geran Dana R&D&C&I-Sektor Kerajaan daripada Kementerian Ekonomi bernilai RM50,000.00.

Turut hadir, Yang Dipertua MDTM, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman, bagi memberikan sokongan dan pandangan terhadap pembangunan inovasi tersebut.

Perbincangan ini turut menjadi platform perkongsian idea dan pandangan teknikal dalam usaha memperkukuh kualiti produk sebelum dibangunkan ke peringkat seterusnya.

Semoga pembangunan Mu-Doh Cutter Version 2 terus dipermudahkan dan mampu memberi manfaat kepada organisasi serta masyarakat.

20/05/2026
20/05/2026

Address

Peti Surat 59, Bandar Behrang 2020
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6054563410

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM:

Share