Maxcis Niaga

Maxcis Niaga Creative Specialize Agency and Event Management based in Malaysia.

With 10 years of experience, we’re already done almost 15,000 thousand jobs for Government and private agency on designing professional graphics material and event management.

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah menjunjung kasih serta setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputera...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah menjunjung kasih serta setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 Hijrah.

Semoga Allah SWT memberkati dan lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku, serta dikurniakan kebijaksanaan dalam memimpin negara.

Sembah takzim daripada Maxcis Niaga.

Daulat Tuanku.

06/05/2026

Pada 20–21 April 2026, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) menjadi pusat transformasi digital dengan berlangsungnya Karnival PMKS & e‑Invois 2026. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, menandakan komitmen kerajaan dalam memperkukuh ekosistem PMKS melalui penerapan teknologi digital dan sistem e‑Invois yang lebih telus serta berdaya saing.

Acara dua hari ini bukan sekadar pameran, tetapi sebuah platform menyeluruh yang menghimpunkan peluang perniagaan, jaringan strategik, serta pendedahan teknologi yang bakal mengubah cara PMKS beroperasi di Malaysia. Dari sesi ilmu bersama pakar industri, demonstrasi teknologi terkini, hinggalah ke ruang networking yang membuka pintu kerjasama baharu, karnival ini menjadi titik pertemuan penting antara inovasi dan aspirasi.

Maxcis Niaga turut terlibat bagi menjayakan karnival ini, berbangga menyokong usaha memperkasa ekosistem PMKS ke arah masa depan yang lebih mampan dan berdaya saing.

04/05/2026

From Blueprint To Reality 🏗️✨

Di sekitar hari pemasangan dan persediaan untuk Karnival PMKS & e‑Invois 2026 yang berlangsung pada 20–21 April 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre.

Setiap detail dipasang dengan teliti - Pavilion Booth, LED Entrance Arch, Directory Board, Photowall & Stage, semuanya disiapkan demi menjayakan acara. Inilah langkah awal menuju dua hari penuh inspirasi, digitalisasi dan peluang baharu untuk PMKS Malaysia.

🌙 Ramadan penuh makna apabila dapat berkongsi rezeki. Maxcis Niaga berbesar hati meraikan anak-anak yatim dari Pertubuha...
16/03/2026

🌙 Ramadan penuh makna apabila dapat berkongsi rezeki. Maxcis Niaga berbesar hati meraikan anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Nur Kasih dalam majlis Iftar di Bizmilla Wedding Centre, Subang.

Turut disampaikan sumbangan duit raya dan goodies sebagai tanda kasih. Terima kasih kerana bersama kami. Semoga setiap senyuman menjadi doa indah yang mengiringi keberkatan Ramadan ✨

📌 ISM Bicara Eksekutif Siri 2/2026.Maxcis Niaga berbesar hati menjadi sebahagian daripada program dengan menyokong kelan...
24/02/2026

📌 ISM Bicara Eksekutif Siri 2/2026.

Maxcis Niaga berbesar hati menjadi sebahagian daripada program dengan menyokong kelancaran acara dari segi:

🎥 LED Screen
🔊 PA Sistem
🌸 Dekorasi bunga pentas

Kami berbangga dapat menyumbang kepada sebuah program berprestij yang membincangkan penglibatan Malaysia dalam Convention on the Rights of the Child (CRC) dari perspektif KPWKM.

Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor, telah...
23/02/2026

Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor, telah berlangsung penuh gemilang di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam. Majlis ini menjadi wadah penting untuk menyampaikan aspirasi baharu negeri, di samping meraikan pencapaian dan hala tuju Selangor dalam mendepani cabaran masa hadapan.

Sempena majlis berprestij ini, Maxcis Niaga berbangga kerana turut terlibat dalam mendirikan Galeri Pencapaian Negeri Selangor 2025, sebuah ruang yang menampilkan kejayaan, inovasi dan komitmen kerajaan negeri dalam membina masa depan rakyat. Galeri ini bukan sekadar paparan pencapaian, tetapi simbol usaha kolektif antara kerajaan dan rakyat, yang menjadi inspirasi untuk terus melangkah ke arah negeri penyayang dan progresif.





16/12/2025

Majlis Anugerah Pahang First 2025 telah berlangsung dengan penuh gemilang pada 9 Disember 2025 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Acara berprestij ini menjadi platform pengiktirafan terhadap kecemerlangan perkhidmatan awam negeri, serta simbol komitmen berterusan dalam memperkasa mutu penyampaian kepada rakyat sekaligus menandakan sokongan padu kepimpinan negeri terhadap usaha memperkukuh tadbir urus dan budaya kerja cemerlang.

Berikut merupakan sorotan video yang merakam detik-detik istimewa sepanjang malam majlis dari suasana penuh prestij hingga ke penyampaian anugerah.

Majlis Anugerah Pahang First 2025 telah berlangsung dengan penuh gemilang pada 9 Disember 2025 di Dewan Jubli Perak Sult...
16/12/2025

Majlis Anugerah Pahang First 2025 telah berlangsung dengan penuh gemilang pada 9 Disember 2025 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Acara berprestij ini menjadi platform pengiktirafan terhadap kecemerlangan perkhidmatan awam negeri, serta simbol komitmen berterusan dalam memperkasa mutu penyampaian kepada rakyat sekaligus menandakan sokongan padu kepimpinan negeri terhadap usaha memperkukuh tadbir urus dan budaya kerja cemerlang.

Berikut merupakan sorotan video yang merakam detik-detik istimewa sepanjang malam majlis dari suasana penuh prestij hingga ke penyampaian anugerah.

16/12/2025

BEHIND THE SCENES 🎬

Di sekitar hari pemasangan dan persediaan untuk Anugerah Pahang 1st 2025 yang berlangsung pada 9 Disember 2025 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang

Langkah demi langkah menuju malam penuh makna. Dari perancangan hingga sentuhan terakhir, semuanya digerakkan untuk menjadikan Anugerah Pahang First 2025 sebuah malam gemilang.

Kemuncak Konsert Lejen Otai 2025 - Malam Penuh Nostalgia dan Gemilang ✨🌙 Malam yang dinanti akhirnya tiba. Pentas   berg...
03/11/2025

Kemuncak Konsert Lejen Otai 2025 - Malam Penuh Nostalgia dan Gemilang ✨

🌙 Malam yang dinanti akhirnya tiba. Pentas bergema dengan sorakan ribuan penonton dalam acara utama yang penuh emosi dan kenangan.
🎙 Pengacara malam, Siti Elizad bersama Angah Raja Lawak, menghidupkan suasana dengan gaya tersendiri yang santai, lucu dan penuh energi.
🎶 Persembahan legenda daripada Jatt Ali, Alleycats, Ella dan Dato Awie membakar semangat dan menyentuh jiwa. Setiap lagu membawa memori, setiap detik mencipta sejarah.
🎁 Detik paling dinanti turut tiba apabila pemenang cabutan bertuah diumumkan. Hadiah utama sebuah kereta Perodua Bezza disampaikan kepada peserta bertuah yang membawa pulang kenangan paling manis malam itu.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjadikan malam kemuncak ini satu sejarah yang akan dikenang.

Address

No. 38-A & 40-A, Jalan Keluli AJ 7/AJ, Seksyen 7
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60333624600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maxcis Niaga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Maxcis Niaga:

Share

Category