08/09/2020
Prinsip-prinsip yang tak pernah betul pasal kerja. Jangan tertipu ye! 😊
Ni tips mitos yang sampai sekarang orang percaya tapi sebenarnya tak betul pun. Korang je terlebih percaya pasal mitos-mitos yang tak betul.
1. Lulusan tinggi baru dapat kerja.
Siapa kata bila belajar tinggi-tinggi baru dapat kerja. Masih ramai yang habis belajar masih menganggur dan mereka yang tiada lulusan tinggi p**a yang sudah dapat kerja. Ingat, masing-masing ada rezeki masing-masing. Semua itu ada mitos sahaja, bagi yang tidak kelulusan jangan risau! korang berusaha menasahkan diri anda dengan pengalaman dan skill. Sebab dari pengalaman lah menentukan kedudukan korang dimana.
2. Jangan pernah cakap 'NO' pada bos.
Kebanyakan orang yang percaya pada mitos akan cakap jika mahu kerja lama di sesebuah syarikat jangan tolak permintaan bos. Dia memang seorang bos tapi itu tidak membawa maksud segala pendapat beliau betul. Itulah gunanya pekerja untuk sama-sama memberi nasihat dan pendapat.
3. Jangan ikut passion dengan alasan kerja susah nak dapat.
Ini satu hal juga, kebanyakkan orang akan selalu pesan jangan terlalu ikutkan passion sangat, seperti korang minat sesuatu kerjaya jangan ikut minat sebab ia tidak menentukan kerjaya anda pada masa hadapan. Okay, korang jangan dengar semua ni! tak salah jika korang ikut haluan yang korang minat. Teruskan kejar minat anda, jika kita tak ada minat susah juga nak buat sesuatu perkerjaan tanpa minat.
4. Kerja Keras tak boleh bahagi dengan keluarga.
Yang ni kita selalu dengar jika kita berjawatan tinggi dan bergaji besar mesti susah untuk memberi komitmen pada kelurga. Selalunya, orang akan memberi pendapat sama ada pilih antara dua kerjaya atau keluaraga. Hmm, tak akan ada orang yang mampu mengimbangkan dua-dua ini. Contohnya, Dato Aliff Syukri Terlajak Laris, mempunyai perniagaan yang berkembang, beliau masih boleh menguruskan keluarga. Siapa kata jika jawatan besar, gaji besar tidak boleh imbangkan kedua-duanya?
Ingat ye! Korang jangan ikut sangat mitos yang orang kata, dengar boleh ikut jangan. Semuanya atas diri anda sendiri dalam kerjaya. ❤️
Admin Urus Kerjaya