28/08/2026
๐ธ ๐๐๐ ๐๐ก ๐๐๐ข๐ฅ๐๐๐จ๐๐ง๐จ๐ฅ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ข๐ฆ๐๐๐จ๐ฅ๐๐ง๐ ๐ง๐จ๐ ๐๐จ๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ข๐๐๐ฉ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก๐ชฒ๐ฆ
Jabatan Pertanian mengetengahkan Beetle and Moth Horror House sebagai salah satu tarikan berinformasi dan interaktif di Laman Florikultur Magica Garden sempena MAHA 2026 di MAEPS, Serdang.
Menerusi pendekatan yang santai dan interaktif, tarikan ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat aspek biosekuriti tumbuhan, perosak tanaman serta kepentingan memelihara biodiversiti pertanian. Pengalaman ini bukan sahaja mencetuskan rasa ingin tahu, malah meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan bersama dalam melindungi sektor pertanian negara.
๐
28 Ogos โ 6 September 2026
๐ MAEPS, Serdang
๐บ Jom kunjungi Laman Florikultur Magica Garden di MAHA 2026 dan terokai pengalaman pembelajaran yang menarik untuk seisi keluarga!
LAMAN FLORIKULTUR MAGICA GARDEN ANGKAT KESEDARAN BIOSEKURITI TUMBUHAN DAN BIODIVERSITI PERTANIAN
SERDANG, 28 Ogos 2026 โ Jabatan Pertanian mengetengahkan Beetle and Moth Horror House sebagai salah satu tarikan berinformasi dan interaktif di Laman Florikultur Magica Garden sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS Serdang.
Tarikan ini dibangunkan bagi memperkenalkan kepada pengunjung dunia perosak tanaman, khususnya Spesies Asing Invasif (Invasive Alien Species atau IAS), di samping
mengetengahkan peranan sahabat pertanian dalam menyokong keseimbangan ekosistem dan kelestarian sektor pertanian.
Melalui ruang pameran yang disediakan, pengunjung
berpeluang melihat dan mengenali pelbagai spesimen perosak serta organisma berfaedah dalam bentuk hidup dan diawet.
Setiap spesimen dilengkapi maklumat digital menerusi kod QR bagi memudahkan pengunjung memahami ciri, kepentingan dan hubung kaitnya dengan perlindungan tanaman serta biosekuriti negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Chan Foong Hin, turut menyempurnakan simbolik pelepasan rama-rama sebagai sahabat pertanian ke dalam Beetle and Moth Horror House, sebelum mengadakan sesi walkabout di Laman Florikultur.
Menurut Datuk Chan, pelepasan rama-rama ini bukan sekadar aktiviti simbolik, sebaliknya membawa mesej mengenai kepentingan menghargai biodiversiti dan peranan organisma berfaedah dalam ekosistem pertanian.
Setiap usaha melindungi tanaman turut menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.
โPelepasan rama-rama itu turut
mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh biosekuriti tumbuhan melalui usaha melindungi tanaman daripada ancaman perosak yang boleh menjejaskan produktiviti dan pengeluaran pertanian negara,โ jelas beliau lagi.
Selaras dengan tema MAHA 2026, โPenciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makananโ, Jabatan Pertanian berharap Laman Florikultur Magica Garden dapat memperluas pengetahuan
masyarakat mengenai perosak tanaman, IAS, organisma berfaedah dan kepentingan amalan biosekuriti, sekali gus memupuk tanggungjawab bersama dalam memelihara biodiversiti serta kelangsungan pengeluaran makanan negara.
YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Datuk Chan Foong Hin ้ๆณ็ผฃ
YBhg Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar
Ketua Pengarah Pertanian
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Malaysia