14/09/2026
KENYATAAN RASMI
YB DATOβ MOHD JAFNI BIN MD SHUKOR
PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN NEGERI JOHOR
TAHNIAH PBT JOHOR β 9 PBT RAIH PENARAFAN 5 BINTANG TAHUN 2026
Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Johor atas pencapaian dalam Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2026. Lebih membanggakan, 9 daripada 16 PBT Johor berjaya memperoleh penarafan 5 Bintang, satu pencapaian yang cukup bermakna buat keluarga besar Kerajaan Tempatan Negeri Johor.
Bagi kategori Bandaraya, dua PBT Johor berjaya memperoleh 5 Bintang iaitu Majlis Bandaraya Pasir Gudang dengan markah 92.19% dan MBIP - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dengan markah 90.10%.
Bagi kategori Perbandaran, Johor mencatat pencapaian yang sangat baik apabila Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) muncul Johan Malaysia dengan markah 96.29%, diikuti Majlis Perbandaran Kluang 90.64%, Majlis Perbandaran Pontian 90.35% dan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) 90.31%, kesemuanya memperoleh penarafan 5 Bintang.
Dalam kategori Daerah p**a, MY Mersing (MDM) muncul Johan Malaysia dengan markah 95.08%. Turut memperoleh 5 Bintang ialah Majlis Daerah Yong (MDYP) MyYong Peng dengan 91.47% dan MDTangkak (MDT) dengan 90.24%. Ini bermakna Johor mempunyai dua Johan di peringkat nasional menerusi MPKu bagi kategori Perbandaran dan MDM bagi kategori Daerah.
Bagi saya, kejayaan ini bukan sekadar tentang kedudukan, markah atau berapa banyak bintang yang diperoleh. Yang lebih penting ialah bagaimana pencapaian ini dapat diterjemahkan kepada mutu perkhidmatan yang rakyat rasai setiap hari. Bandar lebih bersih, aduan lebih cepat diberi tindakan, kemudahan awam dijaga, proses kerja dipermudahkan dan urusan rakyat dengan PBT semakin pantas. Itulah ukuran sebenar kejayaan kita.
Selari dengan kepimpinan YAB Dato Onn Hafiz Ghazi Menteri Besar Johor, PBT sebagai barisan hadapan kerajaan perlu terus mempercepatkan proses kerja, mengurangkan kerenah birokrasi dan berani melakukan pembaharuan. Yang boleh dipermudahkan, kita mudahkan. Yang boleh dipercepatkan, kita percepatkan. Dan apabila rakyat membawa masalah kepada kita, tanggungjawab kita ialah mencari jalan untuk menyelesaikannya.
Saya mahu pencapaian 9 PBT bertaraf 5 Bintang ini menjadi benchmark dan pembakar semangat kepada seluruh PBT Johor. Yang sudah mencapai tahap terbaik, kita pertahankan dan tingkatkan lagi. Yang masih mempunyai ruang untuk diperbaiki, kita bantu, kita lihat apa yang perlu diperkemaskan dan kita bergerak bersama. Kita mahu keseluruhan 16 PBT Johor terus naik sebagai satu pasukan.
Terima kasih kepada semua Datuk Bandar, Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga kerja 16 PBT Johor. Kejayaan ini lahir daripada kerja berpasukan, komitmen dan kesungguhan warga PBT yang berada paling dekat dengan rakyat setiap hari.
Tahniah kepada seluruh keluarga besar PBT Johor, khususnya 9 PBT yang berjaya meraih 5 Bintang. Teruskan kecemerlangan. Bukan sekadar mengejar bintang, tetapi memastikan setiap bintang itu akhirnya membawa perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat dan Bangsa Johor.
YB Datoβ Mohd Jafni bin Md Shukor
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor