10/06/2026
Sebagai penganjur, kami percaya satu perkara yang sangat penting dalam pengurusan acara:
Perancangan yang baik mengurangkan masalah pada hari kejadian.
Sebab itu setiap kali Boxxtomoi Asia menganjurkan sesuatu event, kami akan cuba merancang seawal mungkin dan memastikan semua pihak yang terlibat menerima maklumat yang lengkap sebelum hari pertandingan.
Bagi AEON Perak Open Kickboxing 2026, semua Rules ISKA Amateur K1, itinerary, peta kawasan, susunan perjalanan program, lokasi pendaftaran, serta maklumat penting berkaitan event telah dikongsikan oleh Pakmus Musaddik Zainuddin dan Al Sayuti Muhammad kepada semua Manager, Coach dan Fighters melalui kumpulan WhatsApp masing-masing.
Malah gambar dan video bilik persalinan, kawasan pertandingan serta pelbagai maklumat tambahan juga telah diberikan lebih awal supaya semua peserta dapat membuat persediaan dengan lebih teratur sebelum tiba di AEON Mall Station 18, Ipoh.
Objektif kami mudah:
✔ Semua orang tahu ke mana perlu pergi apabila sampai.
✔ Semua orang faham apa yang perlu dilakukan.
✔ Mengurangkan kekeliruan dan kelewatan.
✔ Melancarkan perjalanan pertandingan untuk semua pihak.
Kami sentiasa percaya bahawa komunikasi yang jelas dan persediaan yang teliti adalah antara kunci utama kejayaan sesebuah event.
Sekiranya masih ada sebarang pertanyaan atau perkara yang kurang jelas, jangan segan untuk PM kami. Kami akan cuba membantu sebaik mungkin. (0166413266)
Boxxtomoi Asia
Plan Early. Communicate Clearly. Execute Professionally. 💪🥊
*****on