MAKSAK Malaysia

MAKSAK Malaysia “Meningkatkan Produktiviti Melalui Sukan”
(2)

Menganjurkan program / aktiviti bagi membolehkan ahli-ahli gabungan mengasah dan memperkembangkan bakat mereka samada dalam bidang sukan dan kebudayaan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa;

Menjadikan program / aktiviti yang dijalankan sebagai satu landasan untuk ahli-ahli gabungan memupuk dan mengeratkan tali silaturahim dan semangat setiakawan tanpa mengira batasan sempadan kenegerian, kump

ulan perkhidmatan dan peringkat jawatan;

Memberi ruang kepada ahli-ahli gabungan, melalui program / aktiviti yang dijalankan menambah pengetahuan dan menimba pengalaman dalam usaha menjadikan kakitangan sektor awam sentiasa dalam keadaan siap sedia dan berkemampuan melaksanakan sebarang tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan; dan

Mempelbagaikan usaha untuk menambah tabung kewangan Majlis, bagi mempastikan penganjuran / aktiviti dapat diadakan dengan meriah, lancar, teratur dan berkesan.

14/05/2026

Kini berlangsung secara langsung!
Saksikan perlawanan penuh aksi, semangat berpasukan dan persaingan sengit sepanjang MAKSAK INDOOR GAMES 2026! 🏆⚡

📍 Pusat Perniagaan Paroi (3P)
📅 14 – 17 Mei 2026

Jangan lupa support pasukan pilihan anda dan rasai kemeriahan secara LIVE! 🎥🔥

12/05/2026
Berikut Disertakan Jadual & Undian Kumpulan Serta Jadual Perlawanan Untuk Semua Acara & Kategori Yang Dipertandingkan Ba...
12/05/2026

Berikut Disertakan Jadual & Undian Kumpulan Serta Jadual Perlawanan Untuk Semua Acara & Kategori Yang Dipertandingkan Bagi MAKSAK GAMES 2026 - INDOOR GAMES.



MAKSAK GAMES 2026 - INDOOR GAMESMaksak Games 2026 - Indoor Games Tahun Diadakan Di Seremban, Negeri Sembilan Dengan Memp...
08/05/2026

MAKSAK GAMES 2026 - INDOOR GAMES

Maksak Games 2026 - Indoor Games Tahun Diadakan Di Seremban, Negeri Sembilan Dengan Mempertandingkan 4 Jenis Sukan Iaitu Dart, Karom, Catur & Esports. Acara Ini Akan Berlangsung Daripada 14-17 Mei 2026.

Acara Ini Akan Diadakan Di Dua Lokasi Berbeza Iaitu Di Pusat Perniagaan Paroi Bagi Sukan Dart, Karom & Esports. Manakala Di Hotel Seri Malaysia Akan Berlangsung Bagi Sukan Catur. Mari Datang Beramai-ramai Menyokong Pemain dan Pasukan Anda!!



🎣🦑 Warga kementerian, ada yang berani sahut cabaran di tengah laut? 🌊Bersedia untuk merasai debaran, keseronokan dan sem...
08/05/2026

🎣🦑 Warga kementerian, ada yang berani sahut cabaran di tengah laut? 🌊

Bersedia untuk merasai debaran, keseronokan dan semangat berpasukan dalam Pertandingan Mencandat Sotong Antara Kementerian! 🔥

Siapa yang paling “power” tarik sotong nanti? 😎

Yang kaki laut, kaki santai atau yang nak cuba pengalaman baharu pun dialu-alukan!

Ada yang berminat nak join pertandingan antara kementerian?? 👀

Tapi-tapi… Ni ilustrasi je dulu 😬😬

Nantikan…. MAKSAK GAMES 2026 - esports….
07/05/2026

Nantikan…. MAKSAK GAMES 2026 - esports….

KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA AGUNG MAKSAK MALAYSIA KE ATAS BENDAHARI KEHORMAT MAKSAK MALAYSIAPada 7 Mei 2026, Majlis Keba...
07/05/2026

KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA AGUNG MAKSAK MALAYSIA KE ATAS BENDAHARI KEHORMAT MAKSAK MALAYSIA

Pada 7 Mei 2026, Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK Malaysia) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar C.A.(M), Bendahari Kehormat MAKSAK Malaysia yang baharu merangkap Akauntan Negara Malaysia.

Kunjungan hormat ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan ucapan tahniah atas pelantikan sebagai Akauntan Negara Malaysia yang baharu. Selain itu, kunjungan hormat ini juga dapat memperkukuhkan kerjasama serta dapat membincangkan hala tuju pengurusan kewangan program-program kebajikan dan sukan yang dianjurkan oleh MAKSAK Malaysia.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Encik Noor Hisham Affizam bin Shamsuddin, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia dan turut dihadiri oleh Penolong Bendahari MAKSAK Malaysia, Encik Tarmizi bin Tamby Chik C.A.(M).

Semoga jalinan kerjasama yang erat ini dapat memperkukuhkan peranan MAKSAK Malaysia dalam memartabatkan kebajikan dan sukan di kalangan warga perkhidmatan awam.

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲! 🇲🇾Tema tahun ini, “𝗣𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜, 𝗞𝗲𝘀𝘂𝗺𝗮 𝗕𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮”, mencerminkan penghargaan terhadap setiap k...
01/05/2026

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲! 🇲🇾

Tema tahun ini, “𝗣𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜, 𝗞𝗲𝘀𝘂𝗺𝗮 𝗕𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮”, mencerminkan penghargaan terhadap setiap keringat, usaha dan dedikasi para pekerja sebagai nadi penggerak ekonomi negara.

Marilah kita bersama-sama mengangkat martabat pekerja demi membina Malaysia yang lebih maju, berdaya saing, hidup sihat dan sejahtera.

Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Bagi Maksak Games 2026 - Sepak Takraw.
27/04/2026

Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Bagi Maksak Games 2026 - Sepak Takraw.



Alhamdulillah, tirai acara Sepak Takraw MAKSAK Games 2026 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya di Dewan Sri Putatan,...
26/04/2026

Alhamdulillah, tirai acara Sepak Takraw MAKSAK Games 2026 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya di Dewan Sri Putatan, Kota Kinabalu, Sabah.

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan, komitmen dan prestasi yang membanggakan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Keputusan akhir:
🥇 Johan – Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia
🥈 Naib Johan – Majlis Kebajikan dan Sukan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP)
🥉 Tempat Ketiga Bersama – MAKSAK Perak & MAKSAK Negeri Sembilan

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. Semoga kita berjumpa lagi di edisi akan datang! 💪🔥

Aksi-aksi Pemain Pada Hari Ketiga Berlangsungnya Maksak Games 2026 - Sepak Takraw.
26/04/2026

Aksi-aksi Pemain Pada Hari Ketiga Berlangsungnya Maksak Games 2026 - Sepak Takraw.



Address

Presint 14
Putrajaya
62050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAKSAK Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share