Agro Event

Agro Event Updates on news, programmes, list of exhibitors, companies and services involved in the events hosted by Malaysian Agriculture & Food Industries

SAMBUTAN AIDILADHA PERANTAU MERIAH DI PAVILION MALAYSIA, OSAKAOSAKA, 7 JUN 2025 – Suasana pagi di Pavilion Malaysia, Eks...
07/06/2025

SAMBUTAN AIDILADHA PERANTAU MERIAH DI PAVILION MALAYSIA, OSAKA

OSAKA, 7 JUN 2025 – Suasana pagi di Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka diserikan dengan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha oleh warga kerja yang bertugas di perantauan. Dalam suasana penuh harmoni dan kesyukuran, para petugas menyambut hari yang mulia ini dengan semangat kekeluargaan, sambil menyampaikan ucapan Salam Aidiladha kepada para pengunjung serta seluruh rakyat Malaysia di tanah air dan serata dunia.

Sambutan ini menyerlahkan nilai-nilai murni seperti pengorbanan, kesatuan dan semangat kebersamaan, yang menjadi asas kukuh kepada perpaduan rakyat Malaysia, meskipun berada jauh dari tanah air.





KEINDAHAN TARI TRADISIONAL SERIKAN PAVILION MALAYSIAOSAKA, 6 JUN 2025 – Pavilion Malaysia terus mencuri tumpuan dengan p...
06/06/2025

KEINDAHAN TARI TRADISIONAL SERIKAN PAVILION MALAYSIA

OSAKA, 6 JUN 2025 – Pavilion Malaysia terus mencuri tumpuan dengan persembahan kebudayaan yang memikat, menampilkan tarian etnik dan alunan muzik tradisional yang menghidupkan suasana. Gerak tari yang anggun diiringi rentak muzik klasik berjaya menarik minat pengunjung antarabangsa, menjadikan persembahan ini antara segmen yang paling dinanti-nantikan. Kemeriahan ini bukan sahaja menghiburkan, malah memperkukuh apresiasi terhadap kepelbagaian warisan budaya Malaysia di pentas antarabangsa.





PEMBUDAYAAN AWAL MELALUI INTERAKTIF DI EKSPO OSAKAOSAKA, 6 Jun 2025 – Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 Osaka diserikan de...
06/06/2025

PEMBUDAYAAN AWAL MELALUI INTERAKTIF DI EKSPO OSAKA

OSAKA, 6 Jun 2025 – Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 Osaka diserikan dengan kunjungan istimewa daripada kanak-kanak sekolah rendah dan tadika sekitar Jepun yang teruja menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang dianjurkan.

Persembahan kebudayaan, permainan tradisional dan demonstrasi kulinari telah berjaya mencuri tumpuan para peserta cilik, sekali gus membuka ruang kepada pemahaman awal tentang keunikan warisan budaya Malaysia. Program ini bukan sahaja memperkenalkan elemen pendidikan awal melalui pendekatan budaya, tetapi turut memperkukuh jalinan hubungan dua hala menerusi pertukaran budaya sejak usia muda.





ACARA “TEH TARIK MONOGATARI” PERKUKUH JARINGAN STRATEGIK MALAYSIA–JEPUNOSAKA, 5 Jun 2025 – Sebuah sesi jaringan mesra be...
06/06/2025

ACARA “TEH TARIK MONOGATARI” PERKUKUH JARINGAN STRATEGIK MALAYSIA–JEPUN

OSAKA, 5 Jun 2025 – Sebuah sesi jaringan mesra bertemakan “Teh Tarik Monogatari” telah berlangsung di Pentas Bumbung Pavilion Malaysia sempena Ekspo Dunia 2025 Osaka. Acara ini menghimpunkan wakil industri dan rakan strategik dari Malaysia dan Jepun dalam suasana santai tetapi bermakna, bertujuan memperkukuh hubungan dua hala khususnya dalam sektor agro dan perniagaan.

Keistimewaan teh tarik, sebagai lambang hospitaliti rakyat Malaysia, menjadi pemangkin kepada pertemuan budaya serta membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara kedua-dua negara pada masa hadapan.





JEPUN–MALAYSIA: HALA TUJU PERTANIAN LESTARITOKYO, 5 JUN 2025 – Kunjungan Hormat YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri...
05/06/2025

JEPUN–MALAYSIA: HALA TUJU PERTANIAN LESTARI

TOKYO, 5 JUN 2025 – Kunjungan Hormat YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke atas Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun (MAFF), Encik Koizumi Shinjiro, di Tokyo.

Pertemuan ini membuka ruang dialog strategik yang menekankan kepentingan memperkukuh hubungan dua hala dalam sektor agro-makanan, termasuk kerjasama teknologi hijau, pertanian mampan serta inisiatif keterjaminan makanan di rantau Asia. Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Menteri MAFF, diikuti ucapan balas oleh YB Menteri yang turut menyuarakan komitmen Malaysia dalam memperluas kolaborasi teknikal dan pelaburan berimpak tinggi.

Pertemuan ini mencerminkan kesungguhan kedua-dua negara dalam memperkukuh kerjasama strategik demi menjamin keterjaminan makanan serantau dan memacu agenda pertanian mampan pada skala global.





WARISAN SERUMPUN – PAVILION MALAYSIA DI OSAKA, JEPUNOSAKA, 5 JUN 2025 – Pavilion Malaysia terus menjadi tumpuan pengunju...
05/06/2025

WARISAN SERUMPUN – PAVILION MALAYSIA DI OSAKA, JEPUN

OSAKA, 5 JUN 2025 – Pavilion Malaysia terus menjadi tumpuan pengunjung antarabangsa yang terpesona dengan persembahan kebudayaan dan keunikan seni warisan Malaysia yang dipamerkan dalam suasana penuh warna dan semangat.

Keceriaan jelas terpancar pada wajah-wajah pengunjung yang hadir, termasuk pelajar-pelajar cilik Jepun yang menunjukkan minat mendalam terhadap budaya Malaysia menjadikan Pavilion Malaysia sebagai medan pertemuan budaya, pembelajaran dan keterujaan yang merentas sempadan.

Pavilion ini bukan sekadar ruang pameran, tetapi nadi yang menghubungkan jiwa Malaysia dengan dunia melalui seni, warisan dan senyuman.





RASA, ALAMI & HAYATI MALAYSIA DI PAVILION MALAYSIAOSAKA, 5 JUN 2025 – Pavilion Malaysia terus mencuri tumpuan dengan sua...
05/06/2025

RASA, ALAMI & HAYATI MALAYSIA DI PAVILION MALAYSIA

OSAKA, 5 JUN 2025 – Pavilion Malaysia terus mencuri tumpuan dengan suasana penuh warna dan aktiviti interaktif yang menyentuh seluruh deria pengunjung. Demonstrasi masakan secara langsung memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri keenakan sajian Malaysia yang berasaskan produk agro tempatan, memperkenalkan kekayaan rasa yang menjadi kebanggaan negara.

Lebih menarik lagi, persembahan kebudayaan turut menyerikan pavilion dengan alunan muzik tradisional dan tarian interaktif yang disambut meriah oleh pelawat dari pelbagai negara. Keunikan budaya dan semangat perpaduan yang ditonjolkan menggambarkan identiti Malaysia yang terbuka dan mesra.

Pavilion Malaysia bukan sekadar mempamerkan inovasi dalam sektor pertanian, tetapi turut membawa bersama warisan budaya dan cita rasa negara ke persada antarabangsa.





LAWATAN KERJA YBM KPKM KE ECHIZEN TOWN, FUKUI FUKUI, 4 Jun 2025 – YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan...
04/06/2025

LAWATAN KERJA YBM KPKM KE ECHIZEN TOWN, FUKUI

FUKUI, 4 Jun 2025 – YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, telah meneruskan lawatan kerja ke Echizen Town, Wilayah Fukui, selepas sesi pertemuan rasmi bersama Kerajaan Wilayah Fukui.

Lawatan ini dimulakan dengan kunjungan hormat kepada Datuk Bandar Echizen, diikuti tinjauan ke kawasan penanaman padi organik yang diusahakan secara mampan oleh komuniti tempatan. Seterusnya, YB Menteri melawat Crab Museum Echizen sebuah pusat pendidikan maritim yang mempamerkan biodiversiti laut Jepun, termasuk spesies ketam ikonik yang menjadi simbol ekonomi dan ekopelancongan tempatan.

Lawatan ini membuka ruang kerjasama dua hala dalam bidang pertanian mampan, teknologi akuakultur, serta pemuliharaan sumber marin, sejajar dengan usaha Malaysia untuk memperkukuh keterjaminan makanan dan kelestarian alam sekitar.





KELAS MASTER AKUASKAP PERKENAL SENI AKUATIK MALAYSIA DI PAVILION MALAYSIA, EXPO 2025 OSAKAOSAKA, 4 Jun 2025 – Pavilion M...
04/06/2025

KELAS MASTER AKUASKAP PERKENAL SENI AKUATIK MALAYSIA DI PAVILION MALAYSIA, EXPO 2025 OSAKA

OSAKA, 4 Jun 2025 – Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 Osaka terus mencuri tumpuan menerusi penganjuran Kelas Master Akuaskap oleh Jabatan Perikanan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), yang berlangsung di Dewan Perniagaan pavilion berkenaan.

Sesi ini menampilkan dua ikon seni akuaskap bertaraf antarabangsa Josh Sim dan Siak Wee Yeo yang berkongsi teknik serta pengalaman mereka dalam menghasilkan landskap akuarium yang artistik dan berinspirasi, di hadapan pengunjung antarabangsa serta komuniti profesional bidang berkenaan.

Usaha ini memperkukuh promosi seni akuaskap Malaysia di pentas dunia, selain menyerlahkan potensi industri perikanan hiasan sebagai salah satu cabang ekonomi kreatif yang berdaya saing dan berinovasi tinggi.





SESI JARINGAN DAN PADANAN PERNIAGAAN PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MALAYSIA–JEPUNOSAKA, 4 Jun 2025 – Sebagai kesinambunga...
04/06/2025

SESI JARINGAN DAN PADANAN PERNIAGAAN PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MALAYSIA–JEPUN

OSAKA, 4 Jun 2025 – Sebagai kesinambungan kepada sesi seminar di bawah program Business and Investment Acceleration Programme (BAP), satu sesi Networking Luncheon dan Business Matching telah diadakan, menghimpunkan wakil industri, pelabur serta agensi strategik dari Malaysia dan Jepun.

Sesi ini menyediakan platform berinteraksi secara langsung bagi meneroka potensi kerjasama komersial, pelaburan strategik, serta peluasan pasaran produk agro-makanan Malaysia ke Jepun dan rantau Asia secara menyeluruh. Inisiatif ini memperkukuh usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam memacu pertumbuhan sektor agro-makanan yang mampan, bernilai tinggi dan berdaya saing di peringkat global.





BUSINESS AND INVESTMENT ACCELERATION PROGRAM (BAP) DI RIHGA ROYAL HOTEL OSAKA, JEPUNOSAKA, 4 JUN 2025 – Kementerian Pert...
04/06/2025

BUSINESS AND INVESTMENT ACCELERATION PROGRAM (BAP) DI RIHGA ROYAL HOTEL OSAKA, JEPUN

OSAKA, 4 JUN 2025 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menganjurkan Business and Investment Acceleration Program (BAP) sempena Minggu Pertanian Lestari 2025 di Ekspo Dunia Osaka 2025. Program ini menghimpunkan pemain industri, pelabur, dan agensi strategik dari Malaysia dan Jepun bagi memperkukuh kerjasama dua hala dalam sektor agro-makanan serantau.Sebanyak 20 syarikat dari Malaysia dan 25 syarikat dari Jepun telah mengambil bahagian dalam program ini.

Empat sesi seminar telah dianjurkan, mengetengahkan topik berikut:

🔹Perkongsian Malaysia–Jepun dalam pertanian mampan

🔹Peluang pasaran premium bagi produk agro tempatan

🔹Potensi pelaburan dalam industri nanas Malaysia

🔹Strategi bersama jangka panjang dalam keterjaminan makanan

Inisiatif ini menjadi pemangkin kepada pembukaan peluang pelaburan baharu serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam industri agro-makanan berkualiti di rantau Asia.





MALAYSIA PAVILION TARIK PERHATIAN PENGUNJUNG ANTARABANGSA DI EKSPO 2025OSAKA, 4 JUN 2025 – Pavilion Malaysia di Ekspo 20...
04/06/2025

MALAYSIA PAVILION TARIK PERHATIAN PENGUNJUNG ANTARABANGSA DI EKSPO 2025

OSAKA, 4 JUN 2025 – Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 Osaka terus menjadi daya tarikan utama kepada pengunjung antarabangsa yang ingin merasai sendiri keunikan cita rasa makanan tradisional serta kepelbagaian budaya etnik negara.

Pengunjung berpeluang menikmati sajian autentik Malaysia dalam suasana berbudaya yang memperlihatkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum, di samping meneroka kehebatan produk agro-makanan tempatan melalui pendekatan interaktif dan informatif.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkenalkan warisan budaya dan keterjaminan makanan negara ke peringkat global, selaras dengan agenda pertanian mampan dan promosi identiti nasional.





Address

Wisma Tani, No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62624

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Agro Event posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Agro Event:

Share

Category