World Cancer Day 2022 Ministry of Health Malaysia

World Cancer Day 2022 Ministry of Health Malaysia In conjunction with World Cancer Day 2022 which is celebrated on 4th February every year, the Minist

10/02/2022

🎗️ Kanser adalah penyebab kematian kedua tertinggi di seluruh dunia. Menurut World Health Organisation (WHO), 30%-50% penyakit kanser boleh dicegah dengan pembudayaan hidup sihat.

📢 Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko kanser?
1. Berhenti merokok 🚭
2. Kerap bersenam 🏃🏻
3. Amalkan pemakanan sihat 🥗
4. Kurangkan pengambilan alkohol 🙅🏻‍♂️
5. Ketahui tanda dan gejala kanser 📚
6. Dapatkan vaksinasi 💉:
• Vaksin Hepatitis B untuk mencegah kanser hati
• Vaksin HPV (Human Papilloma virus) untuk mencegah
kanser serviks bagi remaja yang berumur 13 tahun

Mari kita sama-sama mengamalkan pembudayaan hidup sihat dan kekal aktif! 💜

10/02/2022

Faktor risiko penyakit kanser yang boleh diubah adalah serupa dengan faktor risiko penyakit kronik yang lain.

Lima faktor risiko boleh diubah yang utama adalah:

1. Penggunaan tembakau atau merokok 🚬
2. Pengambilan alkohol 🍾
3. Kurang aktiviti fizikal
4. Pemakanan tidak sihat
5. Berat badan berlebihan atau obesiti

Hindari diri anda dari faktor-faktor risiko ini.

Jangan biarkan diri anda mempunyai risiko yang lebih tinggi dari orang lain.



08/02/2022

Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan saringan kanser kolorektal, payudara, serviks (pangkal rahim) dan mulut secara percuma di fasiliti kerajaan.

Ayuh, mari lakukan saringan 🎗️

Pengesanan awal menyelamatkan nyawa 💜

Listen to Sinar FM tomorrow 9 February at 2.15pm
08/02/2022

Listen to Sinar FM tomorrow 9 February at 2.15pm

Kesan Kanser Dari Awal

Dengarkan di sinarfm esok pada pukul 2.15 petang bersama Dr. Noor Azura Noor Mohamad dari Institut Kanser Negara.




💜💜
04/02/2022

💜💜

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa satu pertiga daripda kematian akibat barah adalah dikaitkan dengan pengambilan tembakau (termasuk merokok), berat badan berlebihan, pengambilan alkohol secara berlebihan, kurang pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta tidak aktif secara fizikal.

Menyedari perkara ini, Kementerian Kesihatan Malaysia antaranya kini sedang meneliti pelaksanaan larangan merokok dan pemilikan sebarang produk merokok kepada generasi akan datang melalui peruntukan berkaitan Generational End Game di dalam akta baharu iaitu Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan nanti.

Dari aspek penjagaan dan rawatan untuk pesakit kanser di Malaysia p**a, banyak juga kemajuan yang telah dicapai namun tidak dinafikan wujud ketidaksamaan dalam penjagaan dan rawatan kanser di negara ini dengan kebanyakan perkhidmatan tertumpu di pusat-pusat bandar dan sukar untuk dicapai oleh pesakit yang tinggal jauh dari bandar atau pedalaman.

Kerajaan sebelum ini melalui KKM, telah memperkenalkan program PeKa B40 bagi menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah merangkumi saringan kanser tertentu, bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan.

Bagaimanapun dengan beban penyakit NCD, termasuklah kanser, yang terus meningkat, kita memerlukan satu reformasi sistem kesihatan yang kalis masa hadapan dan ia akan turut merangkumi reformasi sistem pembiayaan kesihatan (healthcare financing). Sehubungan itu satu Kertas Putih Kementerian Kesihatan Malaysia akan disediakan untuk dibentangkan di Parlimen bagi mendapat sokongan kedua-dua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Sempena sambutan hari Kanser Sedunia pada tahun ini, saya menyeru kepada semua supaya sentiasa menjadikan amalan cara hidup sihat dan menjaga kesihatan diri sebagai satu daripada agenda utama dalam kehidupan seharian kita.

Rapatkan jurang penjagaan kanser.

Jom sertai kami dari FBLive Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth pada 17 Februari untuk Majlis Perasmian dan...
04/02/2022

Jom sertai kami dari FBLive Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth pada 17 Februari untuk Majlis Perasmian dan simposium bermula jam 9.00 pagi 💜

Pendaftaran larian virtual juga masih dibuka. Daftar sekarang di sini :
https://checkpointspot.asia/event/world-cancer-day-vr


Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan beberapa aktiviti untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dalam pejagaan kesihatan bagi mencegah penyakit kanser.

Larian virtual Hari Kanser Sedunia juga sudah bermula. Daftar sekarang di https://checkpointspot.asia/event/world-cancer-day-vr

Sertai kami melalui FBLive untuk Majlis Perasmian dan Simposium Hari Kanser Sedunia pada 17 Februari 2022 ini.



04/02/2022

Kanser adalah penyebab keempat kematian tertinggi yang dilaporkan di hospital kerajaan dan penyebab utama kematian di hospital swasta.

Menurut laporan The Malaysia National Cancer Registry Report (MNCR) 2012-2016, tiga kanser tertinggi di Malaysia tanpa mengira jantina adalah kanser payudara (19%), kanser kolorektal / usus besar (13.5%) dan kanser paru-paru (9.8%).


04/02/2022

Selamat menyambut Hari Kanser Sedunia 2022.
Tema: Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser

Kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di seluruh dunia.

Mari berganding bahu dan bersama-sama memainkan peranan untuk mencegah dan mengawal beban yang dihadapi akibat kanser serta mengurangkan jurang penjagaan yang wujud.


04/02/2022
Today is World Cancer Day 2022! 💜💜
04/02/2022

Today is World Cancer Day 2022! 💜💜

Selamat Hari Kanser Sedunia 2022.

Kanser merupakan salah satu penyebab utama kematian tertinggi di dunia termasuk Malaysia bagi tahun 2020.

Apa yang patut saya lakukan?

✔️ Lakukan pengesanan awal dengan membuat ujian saringan
✔️ Aktif secara fizikal
✔️ Tidak merokok
✔️ Elak minuman beralkohol
✔️ Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
✔️ Urus stres dengan baik
✔️ Memberi sokongan kepada pesakit kanser

Address

Presint 1
Putrajaya
62590

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when World Cancer Day 2022 Ministry of Health Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to World Cancer Day 2022 Ministry of Health Malaysia:

Share

Category