Perlis Super League

Perlis Super League Perlis Super League adalah platform pembinaan bakat sukan bola sepak negeri Perlis sebagai pemain, j

14/06/2021

PEMAIN BUKAN BERDARAH MALAYSIA SARUNG JERSI KEBANGSAAN MALAYSIA?

Setelah meneliti apa yang telah berlaku di masa lalu, sedang berlaku di masa kini dan akan berlaku di masa hadapan, maka dengan TERUS TERANG LAGI JELAS DAN NYATA, kami ULTRAS MALAYA MENOLAK DAN MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA sebarang bentuk polisi atau program yang membuatkan PEMAIN BUKAN BERDARAH MALAYSIA menyarung jersi Malaysia sekaligus beraksi untuk pasukan kebangsaan Malaysia.

Pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia WAJIB diwakili oleh pemain-pemain yang mempunyai DARAH MALAYSIA sahaja, bermaksud pemain yang darahnya tumpah di tanah Malaysia dan juga yang mempunyai hubung kait darah dari keturunan Malaysia (ibu, bapa, nenek, datuk, dll).

Segala bentuk polisi atau program yang sedang dijalankan untuk membawa masuk pemain bukan berdarah Malaysia ke dalam skuad kebangsaan adalah tidak perlu kerana ianya tidak memberikan manfaat kepada bolasepak Malaysia dari segi apa pun. Ianya dilihat sebagai satu usaha jalan pintas untuk menutup kelemahan sistem bolasepak Malaysia di peringkat pembangunan pemain akar umbi dan kelemahan sistem dan operasi pasukan di Liga Malaysia yang tidak dapat melahirkan pemain yang berdaya saing di peringkat antarabangsa, asia mahupun dunia, sebaliknya hanya berada di takuk peringkat ASEAN sahaja, itu pun terkial-kial. Kita mempunyai bakat yang hebat, namun bakat yang hebat tersebut tidak diasah dengan baik melalui sistem yang baik dan operasi pasukan yang cemerlang.

Kami juga berpendapat, jika seseorang pemain bukan berdarah Malaysia memerlukan tempoh menunggu 5 tahun bermain di liga tempatan, adalah lebih afdhal jika tempoh masa 5 tahun itu digunakan untuk mengasah, membangun dan memperkasakan bakat tempatan daripada kita menumpukan perhatian kepada pemain bukan berdarah Malaysia.

Kami menyeru kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), adalah lebih baik mengalihkan tenaga, sumber dan semangat serta kesungguhan terhadap program dan polisi terhadap pemain bukan berdarah Malaysia ini kepada polisi dan program yang menguntungkan pemain berdarah Malaysia. Letakkan kesungguhan sebagaimana kalian meletakkan kesungguhan terhadap program pemain asing tersebut kepada polisi dan program pembangunan pemain akar umbi di setiap pasukan dalam liga, beri penekanan terhadap pembangunan fasiliti pasukan profesional di dalam liga, berikan ketegasan terhadap salahlaku dalam operasi mana-mana pasukan di dalam liga seperti culas membayar gaji dsbnya. Selaku badan induk yang mengawal selia dan menguruskan bolasepak negara, kuasa di tangan anda, jadi gunakan kuasa yang ada untuk memperbetulkan perkara-perkara asas di dalam bolasepak daripada memikirkan tentang jalan pintas pemain bukan berdarah Malaysia untuk mewakili skuad kebangsaan.

Ultras Malaya membantah dan menolak sekeras-kerasnya sebarang polisi atau program pemain bukan berdarah Malaysia untuk menyarung jersi kebangsaan Malaysia dan beraksi untuk pasukan Malaysia. Harimau Malaya hanya untuk pemain berdarah Malaysia sahaja. Ini maruah kita, bukan mainan yang boleh dibuat main.



21/08/2019

Clearance Sale Tee "DEMIMU KUNING BIRUKU"

Rm 20.00 sahaja
Pos add on Rm10

Cod boleh datang ke Shoeroom Kangar berhadapan Chortiez & Co Taman Sena.

http://Www.wasap.my/60132722646/TeeDKB




BEKAS pemain Olimpik negara dan bekas pasukan jurulatih hoki kebangsaan, Lawrence Joseph Van Huizen, 89, meninggal dunia...
17/08/2019

BEKAS pemain Olimpik negara dan bekas pasukan jurulatih hoki kebangsaan, Lawrence Joseph Van Huizen, 89, meninggal dunia, 4.30 pagi hari ini di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJ).

Cucunya, Joel Samuel Van Huizen, 27, berkata, pemain hoki legenda itu meninggal dunia akibat sakit tua.

“Sudah kira-kira dua minggu datuk dimasukkan ke wad di HTJ kerana sudah uzur,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Lawrence bermain hoki untuk Malaysia pada 1958 dan 1962 di Sukan Asia Tokyo dan Jakarta serta Sukan Olimpik Tokyo 1964 dan meninggalkan isteri Doreen Philomina Van Huizen @ Koh Kim Bee.

Lawrence mempunyai darah kacukan Belanda dan Portugis, malah anaknya Stephen Van Huizen adalah bekas pemain antarabangsa yang kini menjadi pembantu jurulatih pasukan lelaki kebangsaan.

Malah Joel, yang juga anak kepada Stephen Van Huizen adalah pemain hoki kebangsaan yang membuat penampilan pada Piala Dunai di Bhubabeswar, India, Disember lalu.

Lawrence banyak memberi sumbangan dalam sukan negara dan negeri kelahirannya, Negeri Sembilan.

BEKAS pemain Olimpik negara dan bekas pasukan jurulatih hoki kebangsaan, Lawrence Joseph Van Huizen, 89, meninggal dunia, 4.30 pagi hari ini di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJ).

Innalillah... salam takziah dari Perlis Super League
17/08/2019

Innalillah... salam takziah dari Perlis Super League

KUALA TERENGGANU 17 Ogos - Terengganu menerima berita sedih sebelum sepak mula menentang Negeri Sembilan dalam aksi Piala Malaysia, malam ini selepas penjaga gol utama, Mohd. Suffian Abd Rahman meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 1 tengah hari tadi.

28/06/2019

Beberapa perlawanan akan ditangguhkan kerana beberapa pasukan terlibat dengan Liga Harini. Kami di Perlis Super League faham dengan kepadatan jadual pasukan dan bersikap fleksible.

Ikuti kami untuk perlawanan seterusnya.

KERJASAMA PERLIS SUPER LEAGUE DAN HUDDLE WORLDPSL amat berbangga dapat berkerjasama dengan pembangun applikasi Huddle Wo...
21/06/2019

KERJASAMA PERLIS SUPER LEAGUE DAN HUDDLE WORLD

PSL amat berbangga dapat berkerjasama dengan pembangun applikasi Huddle World; satu applikasi yang himpunkan semua aktiviti liga amatur dan professional semua jenis sukan.

Mesti ramai dari kita tak tahu bukan yang di Malaysia ada liga bola sepak, bola keranjang, badminton, dodgeball, ragbi, bolasepak dan pelbagai sukan amatur dan professional dari seluruh negara.

Suatu aplikasi yang sangat baik untuk peminat sukan di Malaysia. Peminat sukan juga boleh sertai pelbagai liga sukan di seluruh Malaysia melalui pendaftaran atas talian talian di samping pelbagai newsfeed, statistik pemain dan perlawanan dan pelbagai feature yang menarik.

Muat turun boleh dibuat di Google PlayStore dan App Store. Jom muat turun sekarang!

Ranking Malaysia melonjak ke tangga 159 dunia. Bangga?
14/06/2019

Ranking Malaysia melonjak ke tangga 159 dunia. Bangga?

World football's governing body, FIFA, has revealed the latest set of rankings. As usual, we take a look at how the South East Asian sides have fared, with Vietnam benefitting after their King's Cup performance.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْSelamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin dari kami Jawatankuasa Penganjur Pe...
04/06/2019

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin dari kami Jawatankuasa Penganjur Perlis Super League kepada semua. Semoga ibadah kita diterima Allah SWT.

Buat semua rakan bukan Islam, selamat bercuti.



15/05/2019

Salam Ramadan,

Mohon doa semua rakan-rakan khas kepada salah seorang Jawatankuasa Penganjur (JKP) Perlis Super League Sdr. Ahmad Farhan Ghozali yang sedang di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Semoga dengan doa kalian dapat membantu Sdr. Farhan sihat semula dan kembali menyumbang bakti dalam pembangunan bolasepak negeri Perlis.

Terima kasih.

Harap lepas ni lebih ramai player dalam Perlis Super League bermain secara professional dalam liga professional
06/05/2019

Harap lepas ni lebih ramai player dalam Perlis Super League bermain secara professional dalam liga professional

Impian pemain daripada kelab liga sosial, Ultimate FC iaitu Nabil Ahmad Latpi untuk beraksi secara profesional dalam Liga Super akhirnya menjadi kenyataan apabila beliau diumumkan sebagai pemain baharu skuad Terengganu FC pada hari ini. Persembahan cemerlang yang dipamerkan oleh bekas pemain PDRM da...

Address

Perlis
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perlis Super League posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perlis Super League:

Share

Category