Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu - PERMATA USM

Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu - PERMATA USM Akaun Rasmi
Perkumpulan Mahasiswa/I Anak Terengganu Universiti Sains Malaysia

[MindFest: BREAK THE SILENCE]Assalamualaikum & Greetings 💜PERMATA USM in collaboration with Kampus Sejahtera, successful...
02/06/2026

[MindFest: BREAK THE SILENCE]

Assalamualaikum & Greetings 💜

PERMATA USM in collaboration with Kampus Sejahtera, successfully organised MindFest: Break The Silence.

The programme was held on 16 May 2026 at Dewan Utama Desasiswa, Universiti Sains Malaysia (USM).

We would like to extend our heartfelt appreciation and gratitude to all participants for their presence and support, as well as to our distinguished panelists, Puan Fauziah Abdullah and Emir Haqim, for their insightful sharing and valuable contributions throughout the programme.

We hope that this programme has helped raise awareness on the importance of mental health and encouraged students to prioritise their well-being while fostering a supportive and understanding campus community.

Thank you to everyone who contributed to the success of this programme.

“PERMATA USM MEMIMPIN, MAHASISWA BERKALIBER”




[DESIGN WITH AFFINITY: MEDIA IN MOTION]💻🪄Assalamualaikum dan salam PERMATA USM Memimpin 💜Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Te...
01/06/2026

[DESIGN WITH AFFINITY: MEDIA IN MOTION]💻🪄

Assalamualaikum dan salam PERMATA USM Memimpin 💜

Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu Universiti Sains Malaysia (PERMATA USM) dengan sukacitanya akan mengadakan bengkel DESIGN WITH AFFINITY: MEDIA IN MOTION.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pengenalan awal kepada para mahasiswa/i dengan perisian suntingan Affinity by Canva, di samping membantu para peserta menjadi lebih kreatif dan serba boleh untuk menyunting dan memanipulasi gambar serta menambahkan ilmu pengetahuan peserta dalam bidang media grafik.

🎯MyCSD DISEDIAKAN!

🗓️Tarikh: 11 Jun 2026 (Khamis)
⏰Masa: 8.00 p.m. - 10.30 p.m.
📍Tempat: Dewan Muzakarah Pusat Islam, USM
💰Yuran Penyertaan: RM 5

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📲Afiq: 011-37584984
📲Fifi: 011-10508930

“PERMATA MEMIMPIN, MAHASISWA BERKALIBER”



[HARI ULANG TAHUN KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA TUANKU]DAULAT TUANKU Merafak sembah ...
01/06/2026

[HARI ULANG TAHUN KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA TUANKU]

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026, bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terus kekal bersemayam di atas Singgahsana dengan penuh kedaulatan serta dikurniakan kesihatan yang baik juga berpanjangan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Sembah Takzim Daripada:
Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu USM (PERMATA USM).

“PERMATA USM MEMIMPIN, MAHASISWA BERKALIBER”



[SELAMAT HARI WESAK] 🪷Assalamualaikum dan Salam PERMATA USM Memimpin 💜Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu Universiti...
31/05/2026

[SELAMAT HARI WESAK] 🪷

Assalamualaikum dan Salam PERMATA USM Memimpin 💜

Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu Universiti Sains Malaysia (PERMATA USM) ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa ketenangan, keharmonian dan kesejahteraan buat semua. Marilah kita bersama-sama menyemai nilai kasih sayang, toleransi dan saling menghormati demi memperkukuhkan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.✨

“PERMATA USM MEMIMPIN, MAHASISWA BERKALIBER”



[SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI]Assalamualaikum dan Salam PERMATA USM Memimpin 💜Perkumpulan Mahasiswa/i...
30/05/2026

[SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI]

Assalamualaikum dan Salam PERMATA USM Memimpin 💜

Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu Universiti Sains Malaysia (PERMATA USM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh warga yang meraikannya.

Semoga perayaan ini membawa keharmonian serta mengeratkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan budaya.

“PERMATA USM MEMIMPIN, MAHASISWA BERKALIBER”



[SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA]🌙Assalamualaikum dan Salam PERMATA USM Memimpin 💜Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu Un...
27/05/2026

[SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA]🌙

Assalamualaikum dan Salam PERMATA USM Memimpin 💜

Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu Universiti Sains Malaysia (PERMATA USM) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha.

Raikanlah dengan sederhana, ingatlah pengorbanan yang telah dilakukan oleh orang yang tersayang untuk kebaikan kita dan hanya kerana Allah. Semoga segala amal baik dirahmati dan diterima Allah SWT.

“PERMATA USM MEMIMPIN, MAHASISWA BERKALIBER”



[JALINAN KASIH PERMATA USM X PERMATA UUM]🏡🌱Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam PERMATA USM💜Alhamdulillah, Program...
25/05/2026

[JALINAN KASIH PERMATA USM X PERMATA UUM]🏡🌱

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam PERMATA USM💜

Alhamdulillah, Program Jalinan Kasih hasil kolaborasi antara PERMATA UUM dan PERMATA USM yang berlangsung selama 3 hari 2 malam, bertempat di Kg Jambu Bongkok, Marang, Terengganu pada 7-9 Mei bersama dengan barisan ahli peserta dan penduduk kampung.

Semoga pengalaman dari program tersebut mencipta kenangan bermakna dan menjadi medium untuk mengeratkan ukhuwah antara para peserta bersama penduduk serta menyemai nilai kemasyarakatan dalam diri setiap peserta.

“PERMATA USM MEMIMPIN, MAHASISWA BERKALIBER”



[PERMATA GLOBAL CARE: THAILAND 2026]Assalamualaikum dan Salam PERMATA USM Memimpin 💜Tahniah dan selamat maju jaya kepada...
22/05/2026

[PERMATA GLOBAL CARE: THAILAND 2026]

Assalamualaikum dan Salam PERMATA USM Memimpin 💜

Tahniah dan selamat maju jaya kepada wakil Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu Universiti Sains Malaysia (PERMATA USM) yang akan menyertai program PERMATA Global Care: Thailand 2026.

📍Tempat: Prince of Songkla University, Sai Buri, Thailand
🗓️Tarikh: 24 - 28 Mei 2026

Semoga perjalanan sepanjang program ini dipermudahkan, dipenuhi dengan pengalaman yang bermakna serta menjadi medan untuk mengasah bakat, kepimpinan dan jati diri sebagai mahasiswa yang berdaya saing. Diharapkan agar kalian terus membawa nama baik Universiti Sains Malaysia dan negeri Terengganu dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan.

“PERMATA USM MEMIMPIN, MAHASISWA BERKALIBER”



[SELAMAT HARI GURU 2026: GURU BITARA NADI NEGARA]Assalamualaikum dan Salam PERMATA USM Memimpin 💜Perkumpulan Mahasiswa/i...
16/05/2026

[SELAMAT HARI GURU 2026: GURU BITARA NADI NEGARA]

Assalamualaikum dan Salam PERMATA USM Memimpin 💜

Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu Universiti Sains Malaysia (PERMATA USM) ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di seluruh negara, amnya buat warga pendidik Universiti Sains Malaysia.

Semoga segala jasa dan tumpah daya anda dalam membentuk kami menjadi yang terbaik dibalas dengan keberkatan dan limpah rahmat yang tak terhingga.

“PERMATA USM MEMIMPIN, MAHASISWA BERKALIBER”



[PERMATA’S EXPLORE NATURE]⛰️✨Assalamualaikum dan salam PERMATA USM Memimpin 💜Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu Uni...
16/05/2026

[PERMATA’S EXPLORE NATURE]⛰️✨

Assalamualaikum dan salam PERMATA USM Memimpin 💜

Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu Universiti Sains Malaysia (PERMATA USM) dengan sukacitanya menganjurkan program Permata’s Explore Nature.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan mahasiswa/i mengamalkan gaya hidup sihat serta memberi peluang kepada peserta menikmati keindahan alam semula jadi. Selain itu, program ini juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta meningkatkan kecergasan fizikal dan mental dalam kalangan peserta.

🎯 MyCSD, Pengangkutan, dan Makanan Disediakan!

🗓️ Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 5:30 am - 3:00 pm
📍 Tempat: Lata Debu, Baling, Kedah
💰 Yuran Penyertaan:
Ahli: RM30
Bukan Ahli: RM33

📣 Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad kepada 40 peserta❗️❗️❗️

Pautan Pendaftaran:
https://forms.gle/S1Npj1ZD2GVJZi4i6

📞 Sebarang pertanyaan:
📲 Farris: 019-9324139
📲 Alysa: 016-8464519

Address

Penang Island
11800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu - PERMATA USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share