Gold Medalistar Archery

Gold Medalistar Archery BAKAT SUKAN MEMANAH ANAK ANDA BERMULA DI SINI. FIGHT LIKE CHAMPION

**Titipan Doa & Ucapan Buat Calon SPM****بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ**Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian a...
31/03/2026

**Titipan Doa & Ucapan Buat Calon SPM**

**بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ**

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Hari ini merupakan detik yang amat bermakna bagi semua anak muda yang menerima keputusan SPM.

**Doa Kami Untuk Kalian**
Ya Allah, kurniakanlah ketenangan hati kepada para calon SPM yang menerima keputusan hari ini. Jadikanlah keputusan ini sebagai titik mula kebaikan dalam hidup mereka. Jika keputusannya cemerlang, jadikanlah mereka hamba-Mu yang bersyukur dan rendah diri. Jika keputusannya tidak seperti yang diharapkan, kurniakanlah mereka kekuatan, kesabaran, dan lorong-lorong kejayaan yang lain, kerana sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Perancang.

**Setinggi-tinggi Tahniah!**
Kepada adik-adik yang berjaya meraih keputusan yang cemerlang, **Syabas dan Tahniah!** Segala penat lelah, sengkang mata, dan doa yang tidak putus-putus akhirnya membuahkan hasil. Gunakanlah kejayaan ini sebagai batu loncatan untuk terus menabur bakti kepada keluarga, masyarakat, dan negara. Perjalanan anda masih jauh, teruskan memacu kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi!

**Buat Yang Kurang Berjaya: "Ini Bukan Titik Noktah"**
Bagi adik-adik yang merasa kecewa atau keputusan tidak menyebelahi anda hari ini, tarik nafas dalam-dalam dan ingatlah perkara ini:

**Nilai Diri Bukan Pada Kertas:** Sehelai slip keputusan tidak menentukan maruah atau masa depan anda sepenuhnya. Setiap orang mempunyai garis masa (timeline) kejayaan yang berbeza.

* **Kegagalan Adalah Guru:** Ramai tokoh hebat dunia bermula dengan kegagalan. Jadikan hari ini sebagai pengajaran untuk bangkit lebih kuat. Jangan sesekali menyerah kalah.

* **Cari Jalan, Bukan Alasan:** Masih banyak cabang kemahiran dan ilmu yang boleh diterokai. Pintu rezeki Allah itu luas, seluas lautan-Nya. Jika satu pintu tertutup, percayalah Allah sedang menyediakan pintu lain yang lebih baik untuk anda.

**Bangkitlah!** Kesedihan hari ini hanyalah sementara. Yang penting adalah apa yang anda lakukan selepas hari ini. Terus melangkah dengan azam yang baru.

**Ikhlas daripada,**
**Pengurusan Gold Medalistar Archery Club (GMA)**

*"Fight Yourself
Fight Like a Champion"*

*KEPUTUSAN PENUH**SIRKIT REMAJA KELANTAN SIRI 2/2026*Tarikh: 27 - 28/03/2026Tempat: Padang, SMK Kutan, Tumpat Penyertaan...
29/03/2026

*KEPUTUSAN PENUH*
*SIRKIT REMAJA KELANTAN SIRI 2/2026*

Tarikh: 27 - 28/03/2026
Tempat: Padang, SMK Kutan, Tumpat

Penyertaan Atlit GMA Pasir Puteh
Seramai 6 orang

1. Nasyat Rahimi
SMK Kamil
U18L
Daftar Kategori U21L
QR Ke-7
ER Gangsa

2. Muhammad Syamil Hazmi
Sekolah Sukan Malaysia Pahang
U18L
Daftar Kategori U21L
QR Perak
Mix Team Perak
ER Perak

3. Muhammad Arif Imran
SMK Kamil
U15L
Daftar Ketegori U16L
QR Perak
Mix Team Gangsa
ER Perak

4. Alifah Khalisha
SMK Kamil
U15P
Daftar Kategori U21P
QR Gangsa
Mix Team Perak
ER *Emas*

5. Nur Raisha Alya
SK Kamil (1)
U12P
QR Gangsa
Mix Team *Emas*
ER Gangsa

6. ASSA Suhail Fitri
Maahad Sains Tok Guru ( MSTG)
U15L
Daftar kategori U16
QR Gangsa
Mix Team * Emas*

*PUNGUTAN PINGAT*
3 EMAS
6 PERAK
6 GANGSA

Sekian Laporan, Terima Kasih...

22/03/2026
IFTAR JAMA’IE GOLD MEDALISTAR ARCHERYAlhamdulillah, selesai sudah Majlis Iftar Jama'ie Kelab Memanah Gold Medalistar pet...
07/03/2026

IFTAR JAMA’IE GOLD MEDALISTAR ARCHERY

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Iftar Jama'ie Kelab Memanah Gold Medalistar petang tadi di Marrybrown Pasir Puteh. 🎯🌙

Syukur sangat dapat berkumpul beramai-ramai macam ni. Selalunya kita asyik garang dan fokus pegang busur dekat lapang sasar je kan? Hari ni kita rehat sekejap, luangkan masa rapatkan ukhuwah bersama keluarga besar kelab sambil pekena ayam Marrybrown. 🍗😁

Terima kasih kepada semua barisan jurulatih, AJK, dan semestinya pemanah-pemanah hebat kelab yang hadir memeriahkan majlis. Memang meriah sungguh! Semoga ikatan kekeluargaan kita tak terhenti di sini, dan moga kita semua terus istiqamah menghidupkan sukan sunnah ini.

Semoga segala amal ibadah puasa kita diterima Allah SWT. Teruskan fokus memburu pahala di bulan mulia ni, setajam panahan kita ke target face! 🏹🔥

Address

LAPANG SASAR MEMANAH SAIDATINA SAFIYYAH , SM SAINS PASIR PUTEH
Pasir Puteh
16800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gold Medalistar Archery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Gold Medalistar Archery:

Share

Category