22/11/2025
MinutesCraft.ai: Inovasi AI UMPSA mempermudah penyediaan minit mesyuarat, raih pingat emas dalam MaGIEx 2025
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus menerajui inovasi apabila berjaya membangunkan MinutesCraft.ai, sebuah aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang mampu mengubah cara penyediaan minit mesyuarat tradisional.
Inovasi ini bukan sahaja menyelesaikan masalah kesukaran transkripsi audio dan penulisan minit, malah menjadi contoh terbaik bagaimana teknologi AI generatif dapat dimanfaatkan secara praktikal dalam pengurusan organisasi, sekali gus berjaya meraih pingat emas dalam Malaysia Grand Invention Expo (MaGIEx) 2025, mengiktiraf nilai inovasi dan potensi impaknya.
Pembangunan MinutesCraft.ai dipelopori Jurutera AI dan Blockchain dari Pejabat Ketua Pegawai Maklumat (CIO) UMPSA, Ts. Dr. Sabri Ahmad Hisham bersama Ketua Pegawai Maklumat, Profesor Ts. Dr. Hamdan Daniyal.
Projek ini turut dilaksanakan di bawah inisiatif Kampus Pintar seperti yang digariskan dalam Amanat Naib Canselor 2025, sekali gus menegaskan komitmen UMPSA dalam memperkasa automasi dan transformasi digital menggunakan AI.
Menurut Ts. Dr. Sabri, idea aplikasi ini tercetus pada awal Oktober selepas mengenal pasti cabaran besar yang dihadapi setiausaha dan pencatat minit dalam organisasi.
βProses menyediakan minit mesyuarat secara manual secara tradisinya memerlukan seseorang mendengar rakaman audio dengan teliti, memahami istilah teknikal dan menyusun maklumat sebelum diterjemahkan ke dalam bentuk dokumen rasmi.
βSituasi ini menjadi lebih mencabar apabila mesyuarat berlangsung dengan cepat, penuh dengan istilah teknikal IT, disertai ramai ahli, dan melibatkan perbincangan yang intensif.
Berita Penuh layari https://news.umpsa.edu.my/research/minutescraftai-inovasi-ai-umpsa-mempermudah-penyediaan-minit-mesyuarat-raih-pingat-emas