13/04/2026
USAHA PENEMPATAN SEMULA PENDUDUK LADANG SUNGAI KECHIL DIPERKUKUH MELALUI PROJEK RUMAH MUTIARAKU
11 APRIL 2026 - Majlis pemeteraian perjanjian penyelesaian bagi skim Rumah MutiaraKu untuk penduduk Ladang Sungai Kechil telah diadakan di Dewan Serbaguna Awana, Jalan Sungai Kechil, Nibong Tebal dengan kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow; EXCO Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Seri Sundarajoo Somu; EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, YB Tuan H’ng Mooi Lye; Datuk Bandar Seberang Perai, YBhg. Dato’ Haji Baderul Amin bin Abdul Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif LPNPP, Encik Khairulnizam Hashim serta dif-dif jemputan.
Majlis ini bertujuan memuktamadkan penempatan semula 23 penerima ke rumah baharu sebagai pampasan di bawah pembangunan Sierra Residences. Program ini mencerminkan pelaksanaan pembangunan secara terancang, menjaga kebajikan penduduk, serta menyediakan persekitaran kediaman yang lebih selamat, selesa dan kondusif. MBSP kekal komited dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti, memperkukuh kesejahteraan rakyat dan memacu pembangunan Seberang Perai yang mampan.
Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook:
https://www.facebook.com/mbsp.pg?mibextid=LQQJ4d
Instagram:
https://www.instagram.com/majlisbandarayaseberangperai
TikTok:
https://www.tiktok.com/
Telegram:
https://t.me/mbsppg
Laman Web:
https://www.mbsp.gov.my
Aplikasi X:
https://x.com/mbsp_pg
You Tube:
https://youtube.com/?si=TfpO5RXjI22aPDKK