Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd

Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd Maklumat lanjut, sila hubungi Tel: 09-9765280. Email: [email protected]. Peneraju Industri Bioteknologi Negeri Kelantan.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSemoga sambutan Hari Malaysia menjadi wadah untuk terus menyemai semangat perp...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semoga sambutan Hari Malaysia menjadi wadah untuk terus menyemai semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan kita.

Marilah kita bersama-sama menghargai kepelbagaian yang menjadi kekuatan Malaysia serta terus berganding bahu membina sebuah negara yang makmur, sejahtera dan harmoni. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Selamat Hari Malaysia!
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia Kita, Tanggungjawab Kita.

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENUTUPAN PEJABA

Dimaklumkan bahawa pejabat kami DITUTUP pada hari ini, Rabu, 16 September 2026 sempena sambutan Hari Malaysia.

Pejabat akan dibuka dan beroperasi seperti biasa pada esok hari, Khamis, 17 September 2026*l.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

16/09/2026

Tim susu kami di Klate Mega Fun Run sempena Hari Malaysia 2026 di perkarangan Aeon Mall KB nihh.

Alhamdulillah suasana meriah dgn kehadiran hampir 5000 peserta dan rakyat KB.

Jum rakyat KB boleh pakat mari ke event ni

Promosi produk susu kambing segar pasteur dan uht


16/09/2026

Tim susu kami di Klate Mega Fun Run 2026 sempena Hari Malaysia 2026

Jum pakat mari rakyat KB bele2 msk aeon mall, kami ada sapa tengahri

Promosi produk susu kambing pasteur dan uht



๐ŸŒฑ๐Ÿ“ก BENGKEL INTERNET OF THINGS (IoT) DALAM PERTANIAN 2026 ๐Ÿ“ก๐ŸŒฑAlhamdulillah, Bengkel Internet of Things (IoT) dalam Pertani...
15/09/2026

๐ŸŒฑ๐Ÿ“ก BENGKEL INTERNET OF THINGS (IoT) DALAM PERTANIAN 2026 ๐Ÿ“ก๐ŸŒฑ

Alhamdulillah, Bengkel Internet of Things (IoT) dalam Pertanian 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini, 15 September 2026, bertempat di Pusat Latihan Pertanian Lundang, Jabatan Pertanian Negeri Kelantan.

Bengkel ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas teknologi **Internet of Things (IoT)** serta aplikasinya dalam bidang pertanian, khususnya dalam membantu meningkatkan kecekapan, produktiviti serta pengurusan aktiviti pertanian secara lebih moden dan sistematik.

Antara pengisian yang diketengahkan termasuk pengenalan kepada teknologi IoT, sensor dan peranti IoT, aplikasi pemantauan tanaman serta persekitaran pertanian, selain aktiviti praktikal berkaitan penggunaan teknologi IoT dalam sektor pertanian. ๐ŸŒฑ๐Ÿ“ก

Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh YB Datoโ€™ Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan.

Semoga penganjuran bengkel seperti ini dapat terus memperkasa pengetahuan dan kemahiran peserta dalam mengadaptasi teknologi moden ke arah pembangunan **pertanian pintar, berdaya saing dan berteraskan inovasi** di Negeri Kelantan. ๐Ÿš€๐ŸŒพ

Terima kasih kepada semua peserta, penceramah, urus setia serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Teknologi Diperkasa, Pertanian Lebih Berdaya Saing!๐ŸŒฑ๐Ÿ“ก

15/09/2026

ORE KB READY DOH KO TU?! ๐Ÿƒ๐Ÿ’จ

Lepas penat kerah tenaga habiskan larian 4.2 KM di Klate Mega Fun Run 2026, tekak mesti rasa kering dan perlukan energy booster terpantas. Berita baik untuk semua runner dan warga Kota Bharu, kami bawakan terus Susu Kambing Segar sejuk dan berkrim khas ke tapak event!

Tak hamis, pekat, dan 100% menyegarkan. Sesuai sangat untuk pulihkan balik tenaga lepas bakar kalori!

Pilihan 4 Perisa Menggoda:

* ๐Ÿฅ› Asli โ€“ Khasiat tulen, rasa segar semula jadi.
* ๐Ÿซ Coklat โ€“ Rasa koko premium yang pekat dan kaww.
* ๐Ÿ“ Strawberi โ€“ Manis-manis buah yang sangat refreshing.
* ๐ŸŒฝ Jagung โ€“ Lemak manis, wangi dan beraroma.

Info Acara:

* ๐Ÿ“ Lokasi: AEON Mall Kota Bharu
* ๐Ÿ“… Tarikh: 18 September 2026 (Jumaat)
* โฐ Masa: Bermula 6:30 Pagi
* ๐Ÿƒ Jarak Larian: 4.2 KM

BOOTH KAMI BUKO MULO DARI AWAL ACARA SAPA KO KUL 11 PAGI DEHH

Bukan peserta larian saja, sesiapa yang datang jalan-jalan dan santai bersama keluarga di AEON Mall KB pun dialu-alukan singgah ke booth kami. Dapatkan sebotol dua untuk hidangan sihat satu famili!

Stok bawa segar dari ladang, jadi jangan tunggu sampai habis. Jumpa demo di sana! ๐Ÿโœจ

Info lanjut dan tempahan boleh wasap gu kito di wasap 017-8807565 deh

Alhamdulillah, penghantaran sebanyak 300 kotak se.co yang mengadungi 10 jenis biji benih pelbagai jenis sayuran. Penghan...
13/09/2026

Alhamdulillah, penghantaran sebanyak 300 kotak se.co yang mengadungi 10 jenis biji benih pelbagai jenis sayuran. Penghantaran ini diserahkan kepada wakil pejabat Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan.

Sumbangan kotak se.co ini adalah daripada YB Datoโ€™ Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Bin Tuan Ismail, Pengerusi JK Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan.

Se.co ini merupakan singkatan daripada seed community. Seed Community merupakan kempen penghasilan dan penyimpanan benih tanaman. Ia merupakan salah satu usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam sektor pertanian serta membantu memastikan bekalan makanan lebih terjamin.

Semoga melalui kempen ini orang ramai mendapat manfaat yang wajar daripadanya.

๐ŸŒฟ TAKLIMAT PROGRAM DAPUR HIJAU PARLIMEN TANAH MERAH TAHUN 2026 & MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN BAJA SAWIT๐ŸŒฟAlhamdulillah, te...
13/09/2026

๐ŸŒฟ TAKLIMAT PROGRAM DAPUR HIJAU PARLIMEN TANAH MERAH TAHUN 2026 & MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN BAJA SAWIT๐ŸŒฟ

Alhamdulillah, telah berlangsung Taklimat Program Dapur Hijau Parlimen Tanah Merah Tahun 2026 serta Majlis Penyampaian Bantuan Baja Sawit kepada Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia pada Ahad, 13 September 2026, bertempat di Dewan Muhibah, Kemahang 1, Tanah Merah.

Majlis telah dirasmikan oleh YB. Dato' Ust Hj Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Exco Pertanian, Industri Agromakanan & Komoditi merangkap Ketua Dewan Ulama' Negeri Kelantan.

Turut hadir ialah YB. Dato' Hj. Abdul Fattah bin Hj. Mahmood, ADUN Bukit Panau dan YB. Mejar (B) Dato' Hj. Md Anizam bin Abdul Rahman, ADUN Kemahang.

๐ŸŒฑ Program ini melibatkan seramai 120 peserta Program Dapur Hijau, manakala 145 penerima menerima bantuan baja sawit.

Semoga pelaksanaan program ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat, khususnya dalam memperkukuh usaha meningkatkan hasil pertanian, kesejahteraan keluarga serta membantu pekebun-pekebun kecil sawit.

Kita tanam apa yang kita makan,
Kita makan apa yang kita tanam๐ŸŒพ๐Ÿ’š

๐Ÿ€Taklimat Program Dapur Hijau DUN Dabong ๐Ÿ€Alhamdulillah, telah berlangsung taklimat program dapur hijau bagi DUN Dabong ...
13/09/2026

๐Ÿ€Taklimat Program Dapur Hijau DUN Dabong ๐Ÿ€

Alhamdulillah, telah berlangsung taklimat program dapur hijau bagi DUN Dabong dengan seramai 40 orang peserta pada 11 September 2026 bertempat di Surau Hijau, Gua Ikan Dabong.

Majlis dirasmikan oleh YB Datoโ€™ Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Bin Tuan Ismail, Pengerusi JK Pertanian Industri Agromakanan & Komoditi Negeri Kelantan. Turut hadir bersama adalah YB ADUN Dabong, YM YB Haji Ku Mohd Zaki Bin Ku Hussin.

โ€œKeluarga Bertani, Sihat Harmoniโ€


๐ŸŒฑ๐Ÿ“ก BENGKEL INTERNET OF THINGS (IoT) 2026 ANJURAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN ๐Ÿ“ก๐ŸŒฑโœจ Berminat untuk mengetahui bagaimana teknol...
06/09/2026

๐ŸŒฑ๐Ÿ“ก BENGKEL INTERNET OF THINGS (IoT) 2026 ANJURAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN ๐Ÿ“ก๐ŸŒฑ

โœจ Berminat untuk mengetahui bagaimana teknologi IoT boleh digunakan dalam bidang pertanian?
โœจ Ingin menambah ilmu dan kemahiran berkaitan teknologi moden dalam pertanian?

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Bengkel Internet of Things (IoT) dalam Pertanian yang memberikan pendedahan kepada peserta mengenai asas teknologi IoT serta penggunaannya dalam membantu meningkatkan kecekapan dan produktiviti sektor pertanian.

๐Ÿ“š Antara pengisian menarik:
โœ… Pengenalan dan asas Internet of Things (IoT) dalam pertanian
โœ… Pengenalan kepada sensor dan peranti IoT
โœ… Aplikasi IoT dalam pemantauan tanaman dan persekitaran pertanian
โœ… Penggunaan teknologi IoT bagi membantu pengurusan dan pemantauan aktiviti pertanian
โœ… Aktiviti praktikal berkaitan aplikasi IoT dalam pertanian

๐ŸŽ Kelebihan Menyertai Bengkel Ini
๐ŸŽ“ Sijil penyertaan
๐Ÿ’ก Pendedahan kepada teknologi moden dalam bidang pertanian
๐ŸŒฑ Menambah pengetahuan berkaitan pertanian pintar
๐Ÿ› ๏ธ Pengalaman pembelajaran secara praktikal
๐Ÿš€ Membuka peluang untuk mengaplikasikan teknologi dalam aktiviti pertanian dan keusahawanan

๐Ÿ’Ž Yuran Pendaftaran RM10 Sahaja!

๐Ÿ“… Tarikh: 15 September 2026
๐Ÿ•ฃ Masa: 8.00 Pagi - 4.00 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Pusat Latihan Pertanian Lundang, Jabatan Pertanian Negeri Kelantan

๐Ÿ“ข Tempat adalah TERHAD!

๐Ÿ”— Pautan pendaftaran:
https://forms.gle/VPTK8yhKpN2kThcD6

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan:
Pn. Ain : 013-9515893

MAHA 2026 masih berbaki 6 hari sehingga 6hb September 2026.Kepada yg belum Maghi.. Jum pakat berkunjung ke Pavilion Kela...
01/09/2026

MAHA 2026 masih berbaki 6 hari sehingga 6hb September 2026.

Kepada yg belum Maghi.. Jum pakat berkunjung ke Pavilion Kelantan utk dapatkan pelbagai produk biopertanian oleh kami Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd

Bagi sesi September ni, kami ada nak perkenalkan satu lagi produk yg terbaik untuk semua pengunjung, kita bbagi free sampel dehh.

InshAllah. Pakat maghi terr.

Pavilion Kelantan






Address

Lot 2485 (A) & Lot 2485 (B) Kampung Bukit Belah Jalan Kota Bharu/Machang Labok
Machang
18500

Opening Hours

Monday 08:15 - 17:00
Tuesday 08:15 - 17:00
Wednesday 08:15 - 17:00
Thursday 08:15 - 15:30
Sunday 08:15 - 17:00

Telephone

099765280

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share