MAJLIS DAERAH LENGGONG

MAJLIS DAERAH LENGGONG Bersama Menuju Kecemerlangan https://www.mdlg.gov.my Pihak Berkuasa Tempatan

πˆπŠπ‹π€π πŠπ„πŠπŽπ’πŽππ†π€π ππ‘π„πŒπˆπ’ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π‹π„ππ†π†πŽππ†Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Penilaian, Jabatan Penilaian d...
04/06/2026

πˆπŠπ‹π€π πŠπ„πŠπŽπ’πŽππ†π€π ππ‘π„πŒπˆπ’ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π‹π„ππ†π†πŽππ†
Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Penilaian, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Daerah Lenggong atau muat turun borang di laman sesawang Majlis Daerah Lenggong. (https://www.mdlg.gov.my)
Borang yang lengkap hendaklah diserahkan melalui serahan tangan bersama-sama dokumen serta bayaran yuran proses.

π“π€π‘πˆπŠπ‡ 𝐓𝐔𝐓𝐔𝐏 ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟐 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Pejabat Majlis Daerah Lenggong
sambungan ke Kaunter Penilaian.
05-7677207/307

𝐓𝐇𝐄 πŸ•π“π‡ π†π„πŽπ“πŽπ”π‘πˆπ’πŒ π…π„π’π“πˆπ•π€π‹ & πˆππ“π„π‘ππ€π“πˆπŽππ€π‹ π‚πŽππ…π„π‘π„ππ‚π„ πŸπŸŽπŸπŸ”πŸ“… 21st – 24th July 2026πŸ“ Impiana Hotel, Ipoh, Perak, Malaysia...
02/06/2026

𝐓𝐇𝐄 πŸ•π“π‡ π†π„πŽπ“πŽπ”π‘πˆπ’πŒ π…π„π’π“πˆπ•π€π‹ & πˆππ“π„π‘ππ€π“πˆπŽππ€π‹ π‚πŽππ…π„π‘π„ππ‚π„ πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸ“… 21st – 24th July 2026
πŸ“ Impiana Hotel, Ipoh, Perak, Malaysia

Theme: Where Earth's History and Indigenous Wisdom Intertwine
Sub-theme: Tracing the Toba Ash Diaspora and Empowering Indigenous Communities

Join us for four days of knowledge-sharing, networking, and collaboration on geoparks, geotourism, geoheritage conservation, and community empowerment at the Lenggong UNESCO Global Geopark.

Highlights :

βœ… International Conference
βœ… Workshops & Forums
βœ… Expert Lectures
βœ… Networking Sessions
βœ… Geosite Field Visits

Open to: Geopark professionals, government agencies, researchers, academicians, community leaders, tourism stakeholders, and aspiring geopark teams.

πŸ“Œ Limited places available.

πŸ”— Register now:
GEOFEST 2026 Registration Portal : https://geofestlenggong.com

πŸ“§ Enquiries : [email protected]

______________________________________________________________________

πŸ“… 21 – 24 Julai 2026
πŸ“ Hotel Impiana, Ipoh, Perak, Malaysia

Tema : Apabila Sejarah Bumi dan Kearifan Masyarakat Orang Asli Berjalin

Subtema : Menelusuri Diaspora Abu Toba dan Memperkasa Komuniti Orang Asli

Sertailah kami selama empat hari bagi sesi perkongsian ilmu, jaringan profesional dan kerjasama strategik yang memfokuskan kepada geopark, geopelancongan, pemuliharaan warisan geologi serta pemerkasaan komuniti di Lenggong UNESCO Global Geopark.

Sorotan Program :

βœ… Persidangan Antarabangsa
βœ… Bengkel dan Forum
βœ… Syarahan Pakar
βœ… Sesi Jaringan Profesional
βœ… Lawatan Lapangan ke Geotapak

Terbuka kepada :

Profesional geopark, agensi kerajaan, penyelidik, ahli akademik, pemimpin komuniti, pemain industri pelancongan serta pasukan geopark yang sedang membangun.

πŸ“Œ Tempat adalah terhad.

πŸ”— Daftar sekarang:
Portal Pendaftaran GEOFEST 2026 : https://geofestlenggong.com

πŸ“§ Pertanyaan: [email protected]



𝓓𝓲𝓻𝓰π“ͺ𝓱π“ͺ𝔂𝓾 𝓣𝓾π“ͺπ“·π“΄π“Ύπ™ˆπ™€π™π˜Όπ™π˜Όπ™† π™Žπ™€π™ˆπ˜½π˜Όπ™ƒ π™Žπ™€π™π™„π™‰π™‚π™‚π™„-𝙏𝙄𝙉𝙂𝙂𝙄 π™π˜Όπ™ƒπ™‰π™„π˜Όπ™ƒKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan A...
31/05/2026

𝓓𝓲𝓻𝓰π“ͺ𝓱π“ͺ𝔂𝓾 𝓣𝓾π“ͺ𝓷𝓴𝓾
π™ˆπ™€π™π˜Όπ™π˜Όπ™† π™Žπ™€π™ˆπ˜½π˜Όπ™ƒ π™Žπ™€π™π™„π™‰π™‚π™‚π™„-𝙏𝙄𝙉𝙂𝙂𝙄 π™π˜Όπ™ƒπ™‰π™„π˜Όπ™ƒ
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447.

Sembah takzim daripada
Yang Dipertua
Ahli-Ahli Majlis
Ketua-Ketua Jabatan & Warga Kerja
Majlis Daerah Lenggong

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Ikuti kami di:
Facebook Panorama Lenggong
https://www.facebook.com/panoramalenggong/
Facebook Lenggong Geopark
https://www.facebook.com/lenggonggeopark
Instagram Panorama Lenggong
https://www.instagram.com/panoramalenggong
Tiktok Panorama Lenggong
https://www.tiktok.com/
dan Laman Web : https://www.mdlg.gov.my
Layari Lenggong Virtual Tour: https://www.panoramalenggong.com
Laman Web Lenggong Geopark : https://v2.lenggonggeopark.com/en/
Outdoor Festival MY Lenggong Geopark

Aidiladha bukan sekadar hari untuk diraikan, tetapi menjadi peringatan agung tentang erti ketaatan, keikhlasan dan penye...
26/05/2026

Aidiladha bukan sekadar hari untuk diraikan, tetapi menjadi peringatan agung tentang erti ketaatan, keikhlasan dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Kisah Nabi Ibrahim AS yang akur melaksanakan perintah Ilahi, serta ketabahan Nabi Ismail AS yang reda dengan ketentuan Allah, mengajar kita bahawa pengorbanan yang sebenar lahir daripada hati yang benar-benar beriman.

Marilah kita hayati semangat Aidiladha ini dalam kehidupan seharian. Sama ada sebagai ibu bapa, anak-anak, pemimpin, pendidik, pekerja atau anggota masyarakat, setiap daripada kita mempunyai ruang untuk berkorban demi kebaikan. Pengorbanan bukan hanya pada ibadah korban semata-mata, tetapi juga pada kesungguhan kita mengawal ego, meninggalkan perkara yang sia-sia, mendidik jiwa agar lebih sabar, serta mendekatkan diri kepada rahmat dan keredaan Allah SWT.

Semoga segala ibadah korban kita diterima oleh Allah SWT, serta dikurniakan keikhlasan hati seperti Nabi Ibrahim, ketabahan seperti Nabi Ismail, dan kasih sayang seperti junjungan besar kita, Nabi Muhammad ο·Ί.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha ikhlas daripada Yang Dipertua, ahli majlis dan warga kerja Majlis Daerah Lenggong.
Taqabbalallahu minna wa minkum.

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Ikuti kami di:
Facebook Panorama Lenggong
https://www.facebook.com/panoramalenggong/
Facebook Lenggong Geopark
https://www.facebook.com/lenggonggeopark
Instagram Panorama Lenggong
https://www.instagram.com/panoramalenggong
Tiktok Panorama Lenggong
https://www.tiktok.com/
dan Laman Web : https://www.mdlg.gov.my
Layari Lenggong Virtual Tour: https://www.panoramalenggong.com
Laman Web Lenggong Geopark : https://v2.lenggonggeopark.com/en/
Outdoor Festival MY Lenggong Geopark

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π—£π—”π—šπ—œ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” : β€œπ—Ÿπ—˜π—‘π—šπ—šπ—’π—‘π—š : π—•π—œπ—Ÿπ—” π—¦π—˜π—π—”π—₯𝗔𝗛 π—•π—¨π— π—œ 𝗗𝗔𝗑 π— π—”π—‘π—¨π—¦π—œπ—” π—§π—˜π—₯π—π—”π—Ÿπ—œπ—‘β€πŸ“… 24 Mei 2026 (Ahad)Majlis Daerah Lenggong me...
26/05/2026

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π—£π—”π—šπ—œ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” : β€œπ—Ÿπ—˜π—‘π—šπ—šπ—’π—‘π—š : π—•π—œπ—Ÿπ—” π—¦π—˜π—π—”π—₯𝗔𝗛 π—•π—¨π— π—œ 𝗗𝗔𝗑 π— π—”π—‘π—¨π—¦π—œπ—” π—§π—˜π—₯π—π—”π—Ÿπ—œπ—‘β€

πŸ“… 24 Mei 2026 (Ahad)

Majlis Daerah Lenggong melalui Unit Warisan dan Pelancongan telah dijemput sebagai panel jemputan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia bagi membincangkan topik bertajuk β€œLenggong : Bila Sejarah Bumi dan Manusia Terjalin”.

Rancangan tersebut menampilkan:

β€’ Cik Nurul Nabilah binti Mohd Isa
Ketua Unit Warisan dan Pelancongan,
Majlis Daerah Lenggong.

β€’ Encik Ridzwan Nazari,
Pengarah Lenggong Outdoor Festival.

Perkongsian ini memberi penekanan terhadap keistimewaan Daerah Lenggong sebagai destinasi pelancongan warisan dan alam semula jadi yang mempunyai nilai sejarah, geologi serta biodiversiti bertaraf dunia.

Antara perkara utama yang diketengahkan ialah pengiktirafan Lenggong sebagai kawasan yang memiliki dua pengiktirafan UNESCO iaitu:

β€’ Lenggong UNESCO Global Geopark
β€’ Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong

Pengiktirafan ini membuktikan bahawa Lenggong mempunyai nilai warisan yang tinggi, bukan sahaja dari sudut sejarah ketamadunan manusia awal, malah turut merangkumi kepentingan warisan geologi dan alam semula jadi.

Rancangan ini turut mempromosikan penganjuran Lenggong Outdoor Festival 2026 yang akan berlangsung pada 24 hingga 26 Julai 2026 bertempat di Resort Tasik Raban, Lenggong. Program yang memasuki tahun kelima penganjuran ini diadakan dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong dan menghimpunkan komuniti serta penggiat aktiviti rekreasi dan sukan luar.

Selain itu, promosi turut diberikan kepada penganjuran The 7th Geotourism Festival and International Conference 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 24 Julai 2026 di Impiana Hotel Ipoh sebelum diteruskan dengan Lenggong Outdoor Festival 2026 di Lenggong.

Dalam sesi perkongsian tersebut, turut diketengahkan pelbagai tarikan utama di Daerah Lenggong antaranya gua batu kapur, tapak arkeologi, bukti debu letusan Gunung Berapi Toba, keindahan landskap semula jadi serta keunikan makanan tradisional tempatan seperti Pekasam, Ikan Pindang, Kebebe.

Di samping mempromosikan sektor pelancongan, perkongsian ini juga memberi penekanan terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan geologi, arkeologi, biodiversiti dan alam sekitar agar khazanah warisan ini terus terpelihara untuk generasi akan datang.

Majlis Daerah Lenggong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan rancangan Selamat Pagi Malaysia atas kesempatan yang diberikan dalam usaha mempromosikan Daerah Lenggong sebagai destinasi pelancongan warisan bertaraf dunia.

π‘Όπ’π’Šπ’• π‘Ύπ’‚π’“π’Šπ’”π’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 π‘·π’†π’π’‚π’π’„π’π’π’ˆπ’‚π’
π‘΄π’‚π’‹π’π’Šπ’” 𝑫𝒂𝒆𝒓𝒂𝒉 π‘³π’†π’π’ˆπ’ˆπ’π’π’ˆ

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Ikuti kami di:
Facebook Panorama Lenggong
https://www.facebook.com/panoramalenggong/
Facebook Lenggong Geopark
https://www.facebook.com/lenggonggeopark
Instagram Panorama Lenggong
https://www.instagram.com/panoramalenggong
Tiktok Panorama Lenggong
https://www.tiktok.com/
dan Laman Web : https://www.mdlg.gov.my
Layari Lenggong Virtual Tour: https://www.panoramalenggong.com
Laman Web Lenggong Geopark : https://v2.lenggonggeopark.com/en/

Outdoor Festival MY Lenggong Geopark

PEMAKLUMAN PERUBAHAN JADUAL KUTIPAN SAMPAH DAN PENEMPATAN TAMBAHAN TONG RORO SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2026Sempena sam...
25/05/2026

PEMAKLUMAN PERUBAHAN JADUAL KUTIPAN SAMPAH DAN PENEMPATAN TAMBAHAN TONG RORO SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2026

Sempena sambutan Hari Raya AidilAdha , Majlis Daerah Lenggong memaklumkan bahawa terdapat perubahan jadual kutipan sampah iaitu TIADA KUTIPAN SAMPAH PADA HARI RABU (27 Mei 2026).

Penambahan tong roro di beberapa kawasan Lenggong bagi memastikan perkhidmatan kebersihan berjalan lancar sepanjang musim perayaan diletakkan (Rujuk Jadual Bergambar).

Orang ramai juga diseru untuk mengurangkan penjanaan sampah serta mengelakkan pembaziran makanan sepanjang musim perayaan ini.

Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan kawasan persekitaran kekal bersih, teratur dan selesa sepanjang sambutan hari raya.

Maaf di atas segala kesulitan.

Salam Aidiladha.



OPERASI PEMATUHAN PELESENAN PENJAJA PASAR MALAM JUMAAT DAN PASAR SEHARI SABTU DI LENGGONG22 & 23 Mei 2026 | Operasi Pema...
23/05/2026

OPERASI PEMATUHAN PELESENAN PENJAJA PASAR MALAM JUMAAT DAN PASAR SEHARI SABTU DI LENGGONG

22 & 23 Mei 2026 | Operasi Pematuhan Pelesenan Penjaja telah dijalankan di Pasar Malam Jumaat dan Pasar Sehari Sabtu Dataran Lenggong bagi memeriksa pematuhan pelesenan.

Hasil pemeriksaan dan operasi mendapati terdapat penjaja yang tidak membawa lesen di tapak niaga dan lesen telah tamat tempoh. Lima (5) kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan lesen tamat tempoh dan berniaga tanpa lesen yang sah.

Pihak Majlis menyeru semua penjaja supaya sentiasa mematuhi syarat-syarat pelesenan yang ditetapkan terutama memastikan lesen perniagaan yang telah tamat tempoh diperbaharui mengikut tempoh masa yang diluluskan oleh Majlis. Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di semua lokasi di Daerah Lenggong agar pematuhan pelesenan oleh penjaja diambil perhatian yang serius.




21/05/2026

PBT Care yang dahulunya dikenali sebagai i-Tegur merupakan applikasi yang memudahkan orang awam menyalurkan sebarang aduan berkaitan perkhidmatan PBT di seluruh Malaysia dengan lebih cepat dan efisien.


TAPAK NIAGA DIBUKA BERSEMPENA DENGAN PESTA BOLA SEPAK LENGGONG GEOPARK 9 SEBELAH TERBUKA PERAK 2026 (LD26’)Permohonan ta...
21/05/2026

TAPAK NIAGA DIBUKA BERSEMPENA DENGAN PESTA BOLA SEPAK LENGGONG GEOPARK 9 SEBELAH TERBUKA PERAK 2026 (LD26’)

Permohonan tapak niaga dibuka. Slot terhad untuk 20 tapak sahaja.

Boleh WHATSAPPπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
https://wa.me/60194015856

Atau imbas bar code di dalam poster yang tertera.

Daftar Segera! Tapak adalah terhad!

Syarat-Syarat :
1. Kanopi 10x10 DISEDIAKAN;
2. ⁠Lampu, kipas, meja dan kerusi di tapak niaga TIDAK DISEDIAKAN;
3. ⁠Bayaran tapak niaga RM 100 / tapak (2 Hari)
4. ⁠Satu pemohon terhad untuk satu tapak sahaja.
5. ⁠Pihak Penganjur akan menentukan tapak para peniaga tanpa perlu mengundi.
6. ⁠Peniaga tidak dibenarkan membawa kenderaan ke tapak berniaga. Loading barang niaga dahulu dan parkir di luar tapak niaga.
7. ⁠Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

’

πŸ“EKSPLORASI GEOTRAIL BERKELEY15 Mei 2026 | Kompleks Bukit Kepala GajahEksplorasi Geotrail Berkeley telah diadakan pada 1...
20/05/2026

πŸ“EKSPLORASI GEOTRAIL BERKELEY
15 Mei 2026 | Kompleks Bukit Kepala Gajah

Eksplorasi Geotrail Berkeley telah diadakan pada 15 Mei 2026 bermula pada jam 7.00 pagi yang turut disertai oleh YB Sandrea, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Perak melibatkan laluan dari Gua Teluk Kelawar ke Gua Kajang. Kompleks Bukit Kepala Gajah ini terkenal dengan keindahan alam semula jadi serta nilai warisan geologi dan arkeologi yg telah membawa kepada dua pengiktirafan global di Lenggong. Beberapa buah gua lain di dalam Geotrail Berkeley juga telah dilawati antaranya, Gua Ngaum, Gua Puteri, Gua Ular dan Gua Asar.

Lawatan Kerja ini turut melawat Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Lenggong untuk melihat pembuatan Seni Percetakan Batik Tanah Liat oleh anak-anak istimewa. Penggunaan tanah liat lebih selamat berbanding dengan penggunaan lilin panas dan membahayakan keselamatan kepada pekerja dalam kalangan orang kurang uapaya (OKU). Hasil kreativiti anak-anak istimewa ini kini telah berjaya diketengahkan dengan membawa jenama Batik Lenggong.

Rombongan lawatan telah diketuai oleh Tuan Yang Dipertua, Setiausaha serta Ketua-Ketua Jabatan Majlis Daerah Lenggong bagi mengiringi YB Puan Sandrea Ng Shy Ching Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Perak bersama delegasi sepanjang program berlangsung. Program lawatan kerja selama dua hari ke Lenggong ini memberi peluang kepada delegasi untuk menikmati pengalaman meneroka khazanah alam semula jadi di samping memahami kepentingan pemuliharaan warisan geologi dan produk ekopelancongan di kawasan Lenggong.

Sesi Lawatan Kerja YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak ini di akhiri dengan hidangan makanan tengah hari dalam suasana kampung iaitu nasi talam di Warung Nasi Talam Mak Tam, Dataran Tasik Raban sebagai salah satu tarikan makanan tradisional tempatan yang popular di daerah Lenggong.

Alhamdulillah, keseluruhan program dan lawatan telah berjalan dengan lancar dan sempurna.

Terima kasih YB Sandrea Ng atas kesudian hadir ke Lenggong! Joh ke Lenggow Lagi!

Address

Jalan Alang Iskandar
Lenggong
33400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

05-7677207

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAJLIS DAERAH LENGGONG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MAJLIS DAERAH LENGGONG:

Share