18/09/2024
Assalamualaikum semua,
Perginya sorang sahabat kita, @Muhammad Sharqawi Abu Bakar aka Sharq, seorang anak Kulim, telah meninggal dunia pada 15hb September di kediaman beliau di Bandar Sri Damansara. Seorang yang aktif dalam dunia larian dan ultra endurance. Yadd kenal dia pun pada event larian Ultimate Direction Batu Arang 2017, Allah temukan kami semasa race tersebut, lari bersama tengah pagi buta di sekitar Batu Arang tu, kami bonk sama sama dan tertidur di salah satu CP. Terus jadi kawan baik sampailah sekarang. Dia banyak tolong Yadd masa Zeal RC baru nak menapak. Seorang sahabat yang sangat sopan santun, easy going dan s**a tolong orang. Marilah sama-sama doakan agar roh beliau ditempatkan pada golongan fuqaha di sana dan kita doakan keadilan buat beliau yang di bunuh sedemikian rupa. Selamat tinggal sahabat Sharq. Moga tenang di sana. Amin.😢
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِهِ وَاعْفُ
Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu