Pekdis Kulai Event & Management

Pekdis Kulai Event & Management Segala perkara berkaitan info2 serta Aktiviti ADNI, PEKDIS & Guru Pendidikan Islam Daerah Kulai

PENCAPAIAN KONTINJEN KULAI MQNKSS NEGERI JOHOR 2026TILAWAH L MOA - NAIB JOHANSK F Pengeli TimurHAFAZAN L MOA - KETIGASK ...
09/05/2026

PENCAPAIAN KONTINJEN KULAI MQNKSS NEGERI JOHOR 2026

TILAWAH L MOA -
NAIB JOHAN
SK F Pengeli Timur

HAFAZAN L MOA -
KETIGA
SK Sayong Pinang

AZAN MOA -
JOHAN
SK Kangkar Pulai 2

TILAWAH P SR -
NAIB JOHAN
SK Sri Pulai Perdana

KHAT L SR -
KELIMA
SK Polis Kem

TILAWAH L SM -
KELIMA
SMK Seri Pulai Perdana

LIRIK SUKATAN TERBAIK - NAJWAN
SK LKTP Bukit Ramun

LAGU MASRI TERBAIK - NAJWAN
SK LKTP Bukit Ramun

NASYID SR -
NAIB JOHAN
NAJWAN
SK LKTP Bukit Ramun

Tahniah semua

Assalamualaikum rakan asatizah semua๐ŸŒŸ Selamat Berjuang & Semoga Berjaya ๐ŸŒŸSeluruh warga pendidikan Daerah Kulai mengucapk...
08/05/2026

Assalamualaikum rakan asatizah semua

๐ŸŒŸ Selamat Berjuang & Semoga Berjaya ๐ŸŒŸ

Seluruh warga pendidikan Daerah Kulai mengucapkan setinggi-tinggi doa dan semangat kepada para peserta MQNKSS wakil Daerah Kulai yang akan bertanding di peringkat negeri Johor di SMKA Bandar Penawar, SM Sains Kota Tinggi dan SK Bandar Penawar 2, Bandar Penawar, Kota Tinggi pada 8-9 Mei 2026 (Jumaat- Sabtu)

Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan, keberanian dan semangat juang yang tinggi. Bawalah nama Daerah Kulai dengan penuh adab, disiplin dan kecemerlangan.

Ingatlah, setiap usaha yang dilakukan dengan ikhlas pasti mempunyai nilai di sisi Allah. Menang bukan satu-satunya kejayaan, tetapi keberanian untuk mencuba dan memberikan yang terbaik adalah kemenangan sebenar.

Sama-sama kita doakan untuk mereka semoga Allah permudah segala urusan, diberikan ketenangan hati, kelancaran ketika bertanding serta dikurniakan kejayaan yang membanggakan.

Allahumma Solli โ€˜Ala Muhammad

Assalamualaikum tuan/puan yang mulia...PEKDIS Cawangan Johor dgn kerjasama MPSM & PGBM Cawangan Johor akan mengadakan PR...
02/05/2026

Assalamualaikum tuan/puan yang mulia...

PEKDIS Cawangan Johor dgn kerjasama MPSM & PGBM Cawangan Johor akan mengadakan PROGRAM KORBAN, AKIKAH & BANTUAN PENDIDIKAN MASYARAKAT ISLAM KEMBOJA & VIETNAM 2026 pada Hari Raya Korban 1447H ini utk kali yg ke 16.

MISI PROGRAM
a. Ibadah Korban / Akikah
Kemboja & Vietnam
Harga : RM380.00
(1 bhg lembu)
RM2660.00
(Seekor lembu)
RM780.00
(Seekor kambing)

b. Bantuan Pendidikan
(Yayasan Ar-Rahmah
Kemboja)
Harga : RM50.00
(1 bhg)

Pendaftaran secara online melalui link di bawah :
https://pekdisjohor.onpay.my/order/form/korban-akikah2026

Atau boleh juga scan QR Code yang disertakan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak Admin KORBAN PEKDIS Cawangan Johor di talian 0108684276

Tarikh tutup penyertaan : 21 Mei 2026 (Khamis)

Segala penyertaan dan sumbangan tuan/puan dalam program ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Pendaftaran Akikah & Korban 2026

13/04/2026
20/03/2026

TAKBIR RAYA EIDULFITRI 1447H
PPD KULAI

Assalamualaikum,Salam Sejahtera,Salam Malaysia Madani,Salam Maju Johor,Salam Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik Negar...
19/02/2026

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam Maju Johor,
Salam Pendidikan Berkualiti,
Insan Terdidik Negara Sejahtera,
Salam Johor Leads,
Salam Pendidikan Kulai Reform 2.0 (E2A)

Saksikan Tazkirah Ramadan 1447H/2026M anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor melalui pautan berikut ;

Tarikh : 1 Ramadan 1447H / 19 Februari 2026M

Tajuk Tazkirah (Siri 02) : Ahlan Ya Ramadan 1447H/2026M

Pautan Youtube : https://youtube.com/shorts/z9w3OVSM0cw

Pautan TitkTok : https://www.tiktok.com//video/7608407096828235024

Ahlan ya Ramadan, bulan penuh keberkatan dan keampunan. Kehadiranmu dinanti dengan hati yang rindu dan penuh syukur. Engkau membawa rahmat, mendidik jiwa agar sabar dan ikhlas, serta mengeratkan silaturahim. Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita insan lebih bertakwa dan bersyukur.

๐Ÿ“ฒ Jangan lupa untuk LIKE, SUBSCRIBE & SHARE agar lebih ramai mendapat manfaat! โœจ






Check out Cikgu Podcastโ€™s video.

Assalamualaikum,Salam Sejahtera,Salam Malaysia Madani,Salam Maju Johor,Salam Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik Negar...
18/02/2026

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam Maju Johor,
Salam Pendidikan Berkualiti,
Insan Terdidik Negara Sejahtera,
Salam Johor Leads,
Salam Pendidikan Kulai Reform 2.0 (E2A)

Saksikan Tazkirah Ramadan 1447H/2026M anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor melalui pautan berikut ;

*Tarikh : 30 Syaโ€™ban 1447H/18 Feb 2026M (Rabu)*
*Tajuk Tazkirah (Siri 1):*
*Persediaan Menyambut Ramadan*

*Pautan Youtube ๐Ÿ˜— https://www.youtube.com/shorts/rQNVV3CpLyE

*Pautan TitkTok ๐Ÿ˜— https://www.tiktok.com//video/7608144485486234900

Persediaan menyambut Ramadan meliputi persiapan rohani dan jasmani seperti memperbanyakkan ibadah, memperbaiki niat, menjaga kesihatan serta merancang jadual harian. Umat Islam juga digalakkan memperkukuh silaturahim, membersihkan hati daripada sifat mazmumah dan meningkatkan amalan kebajikan sepanjang bulan mulia tersebut.

๐Ÿ“ฒ Jangan lupa untuk *LIKE, SUBSCRIBE & SHARE* agar lebih ramai mendapat manfaat! โœจ







Check out Cikgu Podcastโ€™s video.

MAJLIS ANUGERAH PENARAFAN SURAU IMARAH SEKOLAH SEKOLAH ( PERSISS-J) PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025.TARIKH : 03 FEBRUA...
05/02/2026

MAJLIS ANUGERAH PENARAFAN SURAU IMARAH SEKOLAH SEKOLAH ( PERSISS-J) PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025.

TARIKH : 03 FEBRUARI 2026
TEMPAT : HOTEL NEW YORK, JOHOR BAHRU
ANJURAN : SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR DENGAN KERJASAMA PERBADANAN ISLAM JOHOR ( PIJ)

PENARAFAN 4 BINTANG DAN SAGUHATI SEKOLAH RENDAH :
SK MURNI JAYA

TAHNIAH KEPADA WAKIL DAERAH KULAI.

Amalan Pintu KebaikanุนูŽู†ู’ ู…ูุนูŽุงุฐู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽุฃูู†ูŽุจู‘ูุฆููƒูŽ ุจูุฃูŽุจู’ูˆูŽุงุจู ู…ูู†...
22/01/2026

Amalan Pintu Kebaikan

ุนูŽู†ู’ ู…ูุนูŽุงุฐู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽุฃูู†ูŽุจู‘ูุฆููƒูŽ ุจูุฃูŽุจู’ูˆูŽุงุจู ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ุตู‘ูŽูˆู’ู…ู ุฌูู†ู‘ูŽุฉูŒ ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู ุชูุทู’ููุฆู ุงู„ู’ุฎูŽุทููŠุฆูŽุฉูŽ ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูุทู’ููุฆู ุงู„ู’ู…ูŽุงุกู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑูŽ ูˆูŽู‚ููŠูŽุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽุจู’ุฏู ู…ูู†ู’ ุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ู

Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun (qiamullail) di malam hari. (Musnad Ahmad No: 21628). Dar Ihya Turath Arabiy. Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1. Nabi SAW menyampaikan pesanan tentang pintu-pintu kebaikan kepada umatnya iaitu Ibadat puasa, sedekah dan qiamullail.

2. Pintu kebaikan pertama ialah Ibadat puasa. Puasa melatih kesabaran, menguatkan hubungan dengan Allah. Ibadat Puasa menjadi benteng atau perisai kepada seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Puasa adalah perisai yang akan melindungi daripada kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri daripada terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar.

3. Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah. Puasa adalah perisai seseorang dari api neraka. Sabda Rasulullah SAW:

ุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุงู„ุตู‘ููŠูŽุงู…ู ุฌูู†ู‘ูŽุฉูŒ ูŠูŽุณู’ุชูŽุฌูู†ู‘ู ุจูู‡ูŽุง ุงู„ู’ุนูŽุจู’ุฏู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู

Puasa adalah perisai yang dapat melindungi seorang hamba dari siksa nerakaโ€ (HR Ahmad No: 3868 dalam sahih al-Jamiโ€™).

4. Persiapkanlah diri dengan mula berpuasa sunat pada bulan Syaaban ini. Moga akan memudahkan kita melaksanakannya pada bulan Ramadan yang menjelang tiba. Semoga ibadat puasa menjadi perisai buat kita dari api neraka.

5. Pintu kebaikan kedua ialah bersedekah. Sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api. Kita dianjurkan bersedekah khususnya kepada mereka yang memerlukan seperti derma kepada mereka yang terkesan akibat banjir, gempa bumi dan lain-lain.

6. Ambillah kesempatan untuk menyumbang dan menderma. Semoga sumbangan kita menjadi pelebur dosa dan penghindar kita dari api neraka. Sabda Nabi SAW:

ุงูุชู‘ูŽู‚ููˆุง ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑูŽูˆูŽู„ูŽูˆุจูุดูู‚ู‘ู ุชูŽู…ู’ุฑูŽุฉู

Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji korma. (Sahih Bukhari No: 5677) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

7. Pintu kebaikan ketiga adalah menghidupkan malam dengan Qiamullail. Antaranya dengan melaksanakan solat sunat malam, memperbanyakkan zikir dan munajat kepada Allah. Semoga amalan ini mampu membina kekuatan rohani kita.

Marilah kita melaksanakan amal-amal yang menjadi antara pintu kebaikan iaitu membanyakkan puasa sunat, bersedekah dan qiamullail

03hb Syaaban 1447H
22hb Januari 2026

Amalan Di bulan Syaaban Untuk Menghadapi RamadanุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุณูŽู„ูŽู…ูŽุฉูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง ุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽุชู’ู‡ู ู‚...
21/01/2026

Amalan Di bulan Syaaban Untuk Menghadapi Ramadan

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุณูŽู„ูŽู…ูŽุฉูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง ุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽุชู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽูƒูู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽุตููˆู…ู ุดูŽู‡ู’ุฑู‹ุง ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูู†ู’ ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽุตููˆู…ู ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ูƒูู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ุฎูุฐููˆุง ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ู…ูŽุง ุชูุทููŠู‚ููˆู†ูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ูŽุง ูŠูŽู…ูŽู„ู‘ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุชูŽู…ูŽู„ู‘ููˆุง ูˆูŽุฃูŽุญูŽุจู‘ู ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู…ูŽุง ุฏููˆูˆูู…ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู’ ู‚ูŽู„ู‘ูŽุชู’ ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุตูŽู„ูŽุงุฉู‹ ุฏูŽุงูˆูŽู…ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง

Daripada Abu Salamah bahawa 'Aisyah RA menceritakan kepadanya, katanya: Nabi Muhammad SAW tidak pernah berpuasa dalam mana-mana bulan lebih banyak daripada puasa dibulan Syaaban. Ada kalanya baginda berpuasa hampir keseluruhan bulan Syaaban. Dan baginda bersabda: โ€œLakukanlah amalan sekadar kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak jemu (dalam memberi pahala) sehingga kamu sendiri yang menjadi jemu (dari mengerjakannya). Solat yang paling disukai oleh Nabi SAW ialah solat yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.โ€ Dan apabila baginda melakukan sesuatu solat (sunat), baginda akan berterusan melakukannya.". (HR Bukhari No: 1834) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Bulan Syaaban adalah peluang untuk memperbanyakkan ibadah sunat seperti puasa dan amal soleh lain sebagai persediaan rohani bagi menghadapi bulan Ramadan. Rasulullah SAW melaksanakan puasa sunat paling banyak pada bulan Syaaban untuk kita contohi.

2. Hadis ini mengajar pentingnya mengambil pendekatan sederhana dan realistik dalam ibadah, supaya kita tidak cepat merasa penat atau bosan. Amalan yang sedikit tetapi konsisten lebih bernilai di sisi Allah berbanding amalan besar yang dilakukan hanya sekali-sekala.

3. Amalan kecil tetapi berterusan lebih dicintai Allah berbanding amalan besar tetapi terputus-putus. Solat sunat yang Nabi SAW cintai ialah yang dilakukan secara istiqamah walaupun sedikit.

4. Pelihara solat sunat mengiringi solat fardhu, duha, tahajud, witir dan lain-lain walaupun hanya dua rakaat.

5. Rasulullah SAW memanfaatkan bulan Syaaban sebagai masa latihan sebelum memasuki Ramadan. Ia memberi pengajaran kepada kita agar bersedia secara mental, fizikal, dan spiritual untuk menghadapi bulan yang penuh keberkatan.

Hadis ini memberi panduan kepada kita, cara mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan konsisten dan persiapan yang terancang. Ia juga mengajarkan bahawa keberkesanan ibadah terletak pada ketekunan dan istiqamah, bukan sekadar banyaknya amalan. Ambilah peluang untuk memperbaiki diri pada bulan Syaaban ini, sebagai persiapan menghadapi bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan. Laksanakan puasa sunat, solat sunat serta pelbagai amal soleh di bulan Syaaban ini. Semoga kebiasaan yang kita lakukan pada bulan ini akan berterusan di bulan Ramadan.

02hb Syaaban 1447H
21hb Januari 2026

Address

Kulai
81000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pekdis Kulai Event & Management posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pekdis Kulai Event & Management:

Share

Category