27/05/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga batch K06 yang dihormati,
Dukacita dimaklumkan bahawa telah berlaku kebakaran melibatkan Dewan Ilmu di MRSM Kuantan dan difahamkan keadaan adalah total loss. Pastinya berita ini sangat memberi kesan kepada seluruh warga maktab, khususnya pihak sekolah serta adik-adik yang sedang membuat persiapan menghadapi trial SPM.
Dalam suasana yang terkejut dan mencabar ini, marilah kita sama-sama menunjukkan sokongan dan kebersamaan kepada sekolah yang banyak berjasa kepada kita semua. Ambillah peluang pada waktu-waktu mustajab ini untuk mendoakan agar urusan pihak maktab dipermudahkan, diberikan kekuatan menghadapi ujian ini dan semoga adik-adik pelajar terus diberikan semangat serta ketenangan untuk menghadapi peperiksaan yang mendatang.
Kami dari pihak Komiti SPKG juga akan membantu sebaik mungkin dalam apa jua bentuk sokongan yang diperlukan. InsyaAllah, kami juga akan mengambil peluang untuk menyebarkan maklumat ini kepada lebih ramai alumni agar dapat bersama-sama membantu serta turun ke maktab sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada warga MRSM Kuantan yang ditimpa musibah ini.
Semoga segala urusan dipermudahkan dan setiap sumbangan serta doa kita menjadi asbab kebaikan buat sekolah tercinta.
Ayuh bersama menunjukkan soladariti kita dalam waktu-waktu sukar ini. Kita yakin dan percaya tidak berlaku sesuatu sia-sia. Pasti ada hikmah besar menanti disebalik semua ini.
Ikhlas,
.