11/01/2026
Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA) melalui Faculty Teknologi Kejuruteraan Awam ( FTKA) dan Komuniti Taman Mutiara Perdana sekali lagi menjalinkan kolabrasi, dan kali ini melalui program "Memasyarakatkan Teknologi" program : SULAM ( Service Learning Malaysia) APLIKASI DINDING HIJAU.
Objektif utama program ini adalah untuk mengurangkan sisa makanan melalui kompos serta memperkenalkan dinding HIJAU sebagai solusi mesra alam serta meningkatkan kesedaran pengurusan air.
Program yang diketuai oleh Ts. Dr. Noor Suraya Romali selaku Pengarah Projek dengan kerjasama Profesor Madya Dr. Abdul Syukor Abd. Razak beserta pensyarah² berkongsi maklumat dengan para penduduk Komuniti Mutiara di lokasi Homestay Mutiara melalui sessi taklimat, penerangan dan pameran oleh 40 orang pelajar diploma fakulti ini.
Menurut En Zainudin Mohamed , Pengerusi KRT Taman Mutiara Perdana, pendedahan konsep tanaman ini adalah selari dengan matlamat dan objektif Komuniti Mutiara yang senantiasa berinisiatif kehadapan didalam program berkebun melalui Konsep 1 Rumah 1 Kebun ( 1R1K ) yang telah bermula sejak tahun 2017 lagi. 1R1K telah menempa pelbagai kejayaan dan anugerah di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Namun demikian konsep APLIKASI DINDING HIJAU ini adalah satu kesinambungan dan cara moden untuk di aplikasikam di rumah² warga Komuniti sempena tahun baru ini.
Pendekatan ini memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kaedah pengurusan sisa makanan secara lestari, di samping memperkenalkan konsep pengurusan air larian hujan berasaskan alam seperti yang digariskan dalam Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). Pihak komuniti memberikan maklum balas yang sangat positif terhadap inisiatif dinding hijau ini, yang dilihat berupaya menangani isu alam sekitar seperti pengurusan sisa makanan serta masalah banjir kecil (minor flooding).
Sebelum usai program, sessi penyerahan cenderahati telah disampaikan oleh pihak UMPSA kepada Pengerusi Komuniti Mutiara dan Ketua Kampung Sungai Karang Darat, En Abd Halim bin Daud. Sebelum meninggalkan lokasi para pelajar dan pensyarah UMPSA tidak melepaskan peluang untuk merakam memori bergambar bersama warga komuniti dengan demo set tumbuhan APLIKASI DINDING HIJAU, baner/bunting program dan tidak ketinggalan bergambar berlatarbelakangkan kebun, pokok Porana volubilis yang juga dikenali sebagai Snow Vine @ Horsetail Creeper yang sedang mekar dan harum mewangi.
_____________________________
Nota : Kita jumpa lagi di program FREE MARKET 2.O : edisi pra Ramadhan bersama FTKA UMPSA pada 15 February 2026 nanti.