01/12/2025
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada warga Bandaraya Kuantan serta sekitarnya..
Sebagai menghargai sokongan berterusan pengunjung yang telah memeriahkan suasana malam serta menjadikan CBS Taman Kerang antara CBS yang terkenal di Bandaraya Kuantan maka pada Sabtu malam (6/12/2025) mulai jam 9.00 malam sebanyak 2000 keping kalendar tahunan 2026 akan diedarkan kepada pengunjung CBS Taman Kerang.
Ribuan terima kasih diucapkan daripada seluruh pengurusan dan peniaga kepada pengunjung yang telah menjadikan CBS Taman Kerang destinasi yang harus dikunjungi di Bandaraya Kuantan ini.
Dengan lebih 100 peniaga setiap malam pelbagai barangan jualan seperti makanan,minuman,pakaian baru dan terpakai,permainan kanak- kanak serta keperluan lain boleh didapati di sini.
Kemeriahan jualan dan tumpuan warga Kuantan bersantai malam bersama keluarga tersayang semestinya Hanyalah di CBS Taman Kerang...
'PILIHAN UTAMA UNTUK MEMBELI BELAH DAN BERSANTAI MALAM'