Malaysia Association Hotel - MAH Terengganu Chapter

Malaysia Association Hotel - MAH Terengganu Chapter MAH Terengganu Chapter

CSR@YPM: Hospitality Experience & School Kit📅 23 April 2026📍 Permai HotelCSR@YPM merupakan inisiatif kolaborasi antara i...
24/04/2026

CSR@YPM: Hospitality Experience & School Kit
📅 23 April 2026
📍 Permai Hotel

CSR@YPM merupakan inisiatif kolaborasi antara industri hospitaliti dan komuniti dalam memperkasakan pendedahan awal kepada pelajar terhadap landskap sebenar industri perhotelan, selari dengan usaha menyokong pembangunan pendidikan.

Program ini menampilkan sesi perkongsian profesional berkaitan hospitality dan table etiquette yang dikendalikan oleh Encik Rosaini Bin Shamsuddin, Pengurus Operasi Permai Hotel, yang memberi gambaran praktikal mengenai standard dan amalan industri.

Kemuncak program menyaksikan penyampaian bantuan kit sekolah kepada 30 orang pelajar oleh Puan Hajah Suaibah binti Harun, Pengerusi Malaysian Association of Hotels (MAH) Cawangan Terengganu, diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Puan Norhana binti Yaakub.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MAH Terengganu dalam memperkukuh hubungan antara industri dan komuniti, serta membuka ruang inspirasi kepada generasi muda untuk meneroka potensi dalam bidang hospitaliti.

4 April 2026 || Majlis Libat Urus Tourism Malaysia & Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 Alhamdulillah, majlis penuh keme...
05/04/2026

4 April 2026 || Majlis Libat Urus Tourism Malaysia & Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026

Alhamdulillah, majlis penuh kemeriahan dan semangat silaturrahim ini telah berjaya menghimpunkan pemain industri pelancongan Negeri Terengganu bersama tetamu kehormat.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran:
▪️ YB Dato’ Razali bin Idris
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar & Perubahan Iklim Negeri Terengganu

▪️ YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak
Pegawai Kewangan Negeri Terengganu

Sebagai tanda sokongan dan kebersamaan industri, Malaysian Association of Hotels (MAH) Terengganu Chapter bersama hotel-hotel ahli telah turut serta memeriahkan majlis ini.

💙 Penghargaan kepada hotel-hotel yang terlibat:

Am Transit Inn
Primula Beach Hotel
Permai Hotel
Tanjong Vista Hotel
Hotel YT Midtown
Paya Bunga Hotel
Terengganu Golf & Country Club
Sumai Hotel Apartment
Resorts World Kijal
Terengganu Equestrian Resort
Hotel Grand Continental

🤝 Kebersamaan ini mencerminkan kekuatan dan kesepaduan industri hospitaliti Terengganu dalam menyokong pembangunan pelancongan negeri.

30 Mac 2026 | Malaysian Association of Hotels (MAH) Terengganu Chapter merakamkan penghargaan kepada Unifi Business atas...
01/04/2026

30 Mac 2026 | Malaysian Association of Hotels (MAH) Terengganu Chapter merakamkan penghargaan kepada Unifi Business atas penganjuran sesi Hi-Tea & Networking bersama ahli-ahli MAH yang telah berlangsung di Primula Beach Hotel.

Sesi ini memberi ruang kepada pemain industri untuk berinteraksi, bertukar pandangan serta membincangkan potensi kerjasama yang mampu memperkukuh ekosistem perhotelan di negeri Terengganu.

Terima kasih kepada semua ahli yang telah meluangkan masa untuk hadir dan menjayakan program ini.

🏓 KEJOHANAN PICKLEBALL TERTUTUP AHLI MAH TERENGGANU 🏓Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Terengganu menjemput semua ...
12/03/2026

🏓 KEJOHANAN PICKLEBALL TERTUTUP AHLI MAH TERENGGANU 🏓

Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Terengganu menjemput semua ahli MAH untuk menyertai Kejohanan Pickleball 2026 yang bakal berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan silaturrahim industri hospitaliti!

📅 Tarikh: 29 April 2026 (Rabu)
🕘 Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
📍 Tempat: AD Sport Arena, Kuala Terengganu

🎯 Kategori Pertandingan:
• Beregu Lelaki Terbuka
• Beregu Wanita Terbuka
• Beregu Lelaki Pengurusan (Penyelia ke atas)

💰 Yuran Penyertaan: RM150 / pasukan
🏆 Hadiah:
🥇 Tempat Pertama – RM200 Tunai
🥈 Tempat Kedua – RM100 Tunai
⚠️ Penyertaan TERHAD kepada 8 pasukan sahaja
⚠️ Pertandingan ini khusus untuk AHLI MAH sahaja

📅 Tarikh tutup pendaftaran: 25 April 2026
📞 Daftar sekarang:
Hubungi Kudin – 016-923 4336
Jangan lepaskan peluang untuk beriadah, berjejaring dan mengeratkan hubungan sesama ahli industri hotel di Terengganu!










18/02/2026

Ramadan Kareem. Semoga bulan penuh rahmat ini membawa ketenangan hati, keampunan dosa dan rezeki yang melimpah buat kita semua.

Semoga kehadiran Ramadan kali ini memperkukuh silaturahim, menyuburkan nilai ihsan serta menjadi ruang untuk kita memperbaiki diri dan mempertingkatkan amal kebajikan.

Ikhlas daripada
Persatuan Hotel Malaysia (MAH)
Cawangan Terengganu

17/02/2026

Gong Xi Fa Cai! 🧧

MAH Terengganu mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikan.

Semoga tahun baharu ini dipenuhi rezeki yang melimpah, kebahagiaan bersama keluarga serta peluang baharu untuk terus maju dalam industri hospitaliti.

15 FEBRUARI 2026 (AHAD) ▫️PROGRAM PERTANDINGAN PERHIASAN RUMAH KEDAI KAMPUNG CINA 2026 Pengerusi Persatuan Hotel Malaysi...
15/02/2026

15 FEBRUARI 2026 (AHAD) ▫️PROGRAM PERTANDINGAN PERHIASAN RUMAH KEDAI KAMPUNG CINA 2026

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Terengganu, Puan Hajah Suaibah binti Harun, telah memenuhi jemputan ke Pertandingan Perhiasan Rumah Kedai Kampung Cina 2026 yang berlangsung di Jalan Bandar, Kuala Terengganu.

Kehadiran beliau turut diserikan dengan sesi beramah mesra serta bergambar kenangan bersama YB Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Turut mengambil bahagian adalah Hotel Tanjong Vista dan Terengganu Equestrian Resort (TER) yang merupakan ahli Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Terengganu.

Penglibatan MAH dalam program ini, mencerminkan sokongan berterusan terhadap penganjuran acara komuniti dan kepelbagaian budaya yang memperkukuh sektor pelancongan negeri.

15 FEBRUARI 2026 (AHAD) ▫️ SESI  KUNJUNG HORMAT MAH TERENGGANU KE PMINT〰️➰〰️➰〰️➰〰️Delegasi MAH Terengganu diketuai oleh ...
15/02/2026

15 FEBRUARI 2026 (AHAD) ▫️ SESI KUNJUNG HORMAT MAH TERENGGANU KE PMINT

〰️➰〰️➰〰️➰〰️

Delegasi MAH Terengganu diketuai oleh Pn Hajah Suaibah Harun, Pengerusi; telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Tuan Haji Abdul Hadi bin Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT pada 15 Februari 2026 (Ahad).

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik serta membincangkan potensi kerjasama antara industri perhotelan dan agensi pembangunan ekonomi negeri.

MESYUARAT EXCO 01/2026, MAH TERENGGANU 21 Januari 2026 - Mesyuarat EXCO pertama tahun 2026 MAH Terengganu telah berlangs...
21/01/2026

MESYUARAT EXCO 01/2026, MAH TERENGGANU

21 Januari 2026 - Mesyuarat EXCO pertama tahun 2026 MAH Terengganu telah berlangsung dengan lancar di Terengganu Equestrian Resort (TER), dipengerusikan oleh Puan Hajah Suaibah binti Harun dan dihadiri barisan ahli jawatankuasa MAH Terengganu.

Mesyuarat ini menjadi platform perbincangan pelbagai perkara berkaitan hala tuju, perancangan serta kerjasama strategik bagi memperkukuh industri hospitaliti di Terengganu.

Info: Terengganu Equestrian Resort (TER) merupakan ahli baharu Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Terengganu. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak TER atas layanan dan hospitaliti yang amat baik sepanjang mesyuarat berlangsung.

MAH Terengganu | COE 2026Pengerusi Malaysian Association of Hotels (MAH) Terengganu Chapter, Puan Hajah Suaibah binti Ha...
22/12/2025

MAH Terengganu | COE 2026

Pengerusi Malaysian Association of Hotels (MAH) Terengganu Chapter, Puan Hajah Suaibah binti Harun, telah berkesempatan memenuhi jemputan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu sempena Majlis Pelancaran Calendar of Events (COE) Terengganu 2026 yang telah berlangsung pada 15 Disember 2025.

MAH Terengganu menyokong penuh inisiatif COE 2026 yang menghimpunkan 113 acara pelancongan dan kebudayaan bagi memperkukuh promosi Negeri Terengganu sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Salah satu acara yang tersenarai dalam COE 2026 merupakan acara anjuran MAH, iaitu Pink Bikers Ride & Awareness 2026, yang bakal diadakan pada Oktober 2026. Program ini bukan sahaja mempromosikan pelancongan negeri, malah membawa mesej kesedaran serta tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

MAH Terengganu komited untuk terus bekerjasama dengan semua pihak dalam memacu industri pelancongan negeri ke arah yang lebih mampan dan berdaya saing.

Kredit foto: Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu

Farewell Hi-Tea | MAH Terengganu ChapterOn a memorable afternoon, we bid a heartfelt farewell to En. Abdul Hadi bin Alia...
22/12/2025

Farewell Hi-Tea | MAH Terengganu Chapter

On a memorable afternoon, we bid a heartfelt farewell to En. Abdul Hadi bin Alias, in appreciation of his leadership, dedication, and invaluable contributions to the Malaysian Association of Hotels (MAH) Terengganu Chapter.

Thank you for the memories, guidance, and camaraderie shared along the journey. Congratulations on your new appointment as Chief Executive Officer of PMINT Group. We wish you continued success in this new chapter and hope our ties remain strong in the years ahead.

Address

Kuala
016+

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Association Hotel - MAH Terengganu Chapter posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Malaysia Association Hotel - MAH Terengganu Chapter:

Share