SUKAF Puncak Alam

SUKAF Puncak Alam Karnival sukan dwi tahunan antara fasa di Puncak Alam atau singkatannya SUKAF

17/12/2024

*Perutusan Pengarah Sukaf 2024*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, dengan berakhirnya acara Futsal sebagai penutup tirai, maka lengkaplah perjalanan gemilang Sukaf 2024. Sebuah perjalanan yang penuh dengan semangat, ukhwah, dan kemeriahan kini melabuhkan tirai dengan penuh kejayaan.

Ukhwah yang kita dendang bersama sepanjang tiga bulan ini akhirnya menjadi sebuah melodi indah yang terus bergema di hati kita semua. Keceriaan dan kemesraan yang terpancar di wajah setiap peserta dan penonton adalah bukti nyata betapa Sukaf 2024 berjaya mengeratkan silaturrahim dalam komuniti kita.

Nilai RM50,000 yang diperuntukkan bagi Sukaf 2024 ternyata menjadi pelaburan bermakna, kerana ia telah menghasilkan hubungan yang lebih erat dan kukuh antara kita semua. Walau perjalanan ini tidak terlepas daripada onak dan duri, kita berjaya mengharunginya dengan semangat yang tinggi. Apa yang tinggal hanyalah kenangan indah yang akan terus terpahat dalam sanubari kita semua.

Namun, Sukaf 2024 tidak mungkin menjadi realiti tanpa dedikasi dan usaha luar biasa daripada sosok tubuh seorang individu hebat, *Tuan Haji Hanif, Pengerusi Persatuan Permuafakatan Penduduk Puncak Alam (4PA).* Beliau dengan gigih menggunakan jalinan hubungan yang rapat dan kukuh bersama Tan Sri Rozali, Ahli Parlimen Kuala Selangor, ADUN Jeram, Exco Sukan Selangor, pemaju, peniaga, dan pelbagai pihak lain untuk memastikan dana yang diperlukan dapat dikumpulkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada *Tuan Hj Hanif, Tan Sri Rozali, penyumbang dan Pic Sukaf serta Cdm setiap kontijen* yang telah membantu merealisasikan Sukaf 2024. Tanpa usaha dan sokongan mereka, Sukaf tidak akan berdiri megah seperti hari ini.

Akhir kata, saya dan seluruh pasukan pengurusan Sukaf 2024 dengan rendah hati memohon kemaafan jika terdapat kekhilafan, sama ada dalam tutur kata, tingkah laku, atau tindakan sepanjang penganjuran ini. Segala yang baik datang daripada Allah SWT, manakala kekurangan adalah kelemahan kami sendiri.

_Tuai padi antara masak,_
_Esok jangan layu-layuan,_
_Intai kami antara nampak,_
_Esok jangan rindu-rinduan._

_Anak Cina memasang lukah,_
_Lukah dipasang di Tanjung Jati,_
_Di dalam hati tidak ku lupa,_
_Bagaikan rambut bersimpul mati._

Semoga Allah SWT terus melindungi dan memberkati kita, serta menjauhkan kita daripada perkara yang dibenci-Nya. Aamiin Ya Rabbal Alamin..

*Azam Alias*

Jumlah pungutan mata bagi setiap kontinjen setakat 17 November 2024.
17/11/2024

Jumlah pungutan mata bagi setiap kontinjen setakat 17 November 2024.

Pertandingan badminton lelaki SUKAF 2024Ahad17 November 2024Sport Arena 88, Alam Jaya, Puncak AlamJuara : Sinar AlamNaib...
17/11/2024

Pertandingan badminton lelaki SUKAF 2024
Ahad
17 November 2024
Sport Arena 88, Alam Jaya, Puncak Alam

Juara : Sinar Alam
Naib juara : Fasa 3
Ke-3 : Alam Suria Lakers
Ke-4 : Puncak Bestari

Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding dengan penuh semangat kesukanan

Pertandingan badminton wanita SUKAF 2024Sabtu16 November 2024Sport Arena 88, Alam Jaya, Puncak AlamJuara : Fasa 3Naib ju...
16/11/2024

Pertandingan badminton wanita SUKAF 2024
Sabtu
16 November 2024
Sport Arena 88, Alam Jaya, Puncak Alam

Juara : Fasa 3
Naib juara : Sinar Alam
Ke-3 : Puncak Bestari
Ke-4 : Fasa 2

Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding dengan penuh semangat kesukanan

15/11/2024

Address

Lorong Az-Zaharah
Kuala
42300

Telephone

+60193079798

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SUKAF Puncak Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SUKAF Puncak Alam:

Share

Category