10/05/2026
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada seluruh peserta yang hadir menjayakan program International Scooterian Mega Gathering 4.0.
Kehadiran anda semua dari pelbagai negeri dan negara telah memeriahkan lagi program ini serta membuktikan bahawa dunia scooter bukan sekadar hobi, tetapi medan untuk membina ukhuwah, persahabatan dan semangat kekeluargaan yang luar biasa.
Terima kasih kerana bersama-sama memeriahkan setiap aktiviti, menjaga disiplin, menunjukkan semangat brotherhood serta memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung. Setiap gelak tawa, konvoi, perkongsian pengalaman dan kenangan yang tercipta akan menjadi memori yang cukup bermakna buat kita semua.
Kami juga memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang penganjuran program ini. Segala teguran dan pandangan anda amat kami hargai demi penambahbaikan pada masa akan datang.
Semoga hubungan yang terjalin melalui International Scooterian Mega Gathering 4.0 ini akan terus kekal erat dan kita dipertemukan lagi dalam program-program akan datang.
βDatang sebagai peserta, pulang sebagai keluarga.β
Terima kasih semua.
Ride safe, stay humble & keep the brotherhood alive