02/09/2019
Salam MerdekaβHijrah 62/2019/1441H
BERSUKAN/BERSENAM WAKTU MALAM. BOLEH KE ?
Setiap kali sy menyampaikan ceramah kesihatan & senaman, soalan yang paling popular ditanya adalah ; Boleh ke bersukan waktu malam? ππ»ββοΈππ
MITOS ke BETUL ?
Sejak 2014, isu ini hangat diperbincangkan. Susah tidur, suhu badan naik, paru-paru berair, risiko darah tinggi & serangan jantung, meninggal semasa tidur, lesu di siang hari antara kesan negatif yang selalu disebarkan. Bagi menjawab persoalan ini, kita kena faham beberapa fakta & perkara β³π΄ββοΈ
CIRCADIAN RHYTM & JAM BIOLOGI
Kalau kebiasaan kita tidur jam 12 malam setiap hari, maka setiap jam 12 malam juga mata kita akan rasa mengantuk. Begitu juga dengan waktu bangun tidur β°π΄
ANTARA PERSEPSI & REALITI
Di Malaysia, perlawanan bola sepak Liga Malaysia dianjurkan pada waktu malam sejak 1970-an lagi. Acara2 sukan lain pn sama; night marathon, futsal, badminton malah sekarang ada gym yang dibuka 24 jam (Anytime Fitness) untuk kemudahan pelanggan mereka β½π₯
ππΈ
APA KATA KAJIAN SAINTIFIK ?
Harvard Medical School dalam sebuah publikasi terhadap 23 kajian (Oktober 2018) menyarankan senaman waktu malam boleh dilakukan pada intensiti rendah & sederhana setidaknya 1 jam sebelum tidur dan elakkan senaman dengan intensiti tinggi. Senaman bukan saja tidak mempengaruhi waktu tidur malah dapat membantu untuk dapat tidur lebih cepat dan berkualiti. Tetapi aktiviti intensiti tinggi mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk tidur dan kualiti tidur berkurangan. Sementara tiada bukti yang kukuh untuk mengaitkan bersukan waktu malam dengan penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi & serangan jantung. Gaya hidup yang tidak sihat masih menjadi faktor
FAKTOR RISIKO LUARAN YANG LAIN
Faktor luaran lain yang mempengaruhi waktu & kualiti tidur selepas bersukan; pengambilan cafein seperti kopi, Nescafe, Coca Cola, lepak di kedai makan, merokok, tidak terus balik berehat selepas aktiviti sukan, main gadjet.ππΊβπ±π»
KEBAIKAN BERSUKAN WAKTU MALAM. ADA KE ?
Suhu yang lebih sejuk berbanding siang mengurangkan risiko strok haba, dehidrasi. Kekangan waktu di siang hari, lebih baik daripada tidak senaman langsung. Minda lebih tenang pd waktu malam ππ
APA YANG ISLAM AJAR ?
Imam Syafie Rahimahullah mengajarkan malam dibahagi kepada 3 bahagian ; ibadah, ilmu & istirahat. Surah Al-Mukmin ayat 61 βAllah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha)β¦.β
KESIMPULAN
Tiada Masa? Tiada Masalah! Tapi bersederhanalah. Boleh je bersukan atau bersenam waktu malam asalkan kita mengatur jam biologi sendiri, disiplin, istirahat & tidur yg cukup & berkualiti, elak cafein, kurangkn aktiviti gadjet waktu malam serta kurangkan tidur atau nap di siang hari. Terpulang kepada individu untuk mengaturnya. ββ±οΈππ
Tips keselamatan: Aktiviti beramai2 atau berkumpulan, jaga keselamatan di tempat gelap atau cuaca yg tidak mengizinkan
Dr.Muhammad Rahmani
Sports Medicine Specialist
PPUM