02/04/2026
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Damcamp 2026 yang bakal berlangsung pada 17–18–19 April 2026 di Tasik Pedu.
Buat para peserta, terima kasih kerana memilih untuk bersama kami dan menjadi sebahagian daripada pengalaman Damcamp kali ini. Kehadiran anda adalah jiwa kepada event ini.
Kepada pihak penaja (sponsorship), kami amat menghargai segala bentuk sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Tanpa anda, perjalanan untuk merealisasikan Damcamp ini tidak akan menjadi kenyataan.
Tidak dilupakan juga rakan-rakan komuniti dan kelab-kelab, terima kasih kerana sentiasa berdiri bersama kami, menyokong dari awal hingga kini, dan terus menghidupkan semangat kekeluargaan dalam Damcamp.
Semoga Damcamp 2026 kali ini lebih meriah, lebih padu, dan menjadi kenangan yang tak akan dilupakan untuk kita semua. Kita jumpa di Tasik Pedu! 🔥🏕️💪