11/01/2026
PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM MAT BAUNG
Pertandingan Memancing Kolam Mat Baung akan diadakan seperti ketetapan berikut:
π
Tarikh: 24 Januari 2026 (Sabtu)
β° Masa: 2.00 petang hingga 5.00 petang
π Tempat: Kolam Mat Baung, Jalan Pedu, Kuala Nerang, Kedah
π― Tujuan Penganjuran
Program ini dianjurkan bertujuan untuk:
1. Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.
2. Menggalakkan aktiviti riadah dan sukan yang sihat.
3. Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah serta berunsur kekeluargaan.
π’ *Jemputan Orang Ramai.*
Orang ramai, khususnya penduduk sekitar, dijemput hadir dan menyertai sukaneka serta aktiviti yang dianjurkan bagi memeriahkan lagi suasana program.
π₯ Ayuh, ramaikan & meriahkan pertandingan memancing ini!
*SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM MAT BAUNG.*
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua peserta yang telah mendaftar secara sah dengan pihak penganjur.
2. Setiap peserta hanya dibenarkan menggunakan satu (1) joran sahaja pada satu-satu masa.
3. Peserta mesti memancing dalam kawasan dan tempoh masa yang telah ditetapkan oleh penganjur.
4. Peralatan memancing biasa dan joran jenis telescopic (joran puyu) sahaja dibenarkan.
5. Penggunaan satu (1) mata kail sahaja dibenarkan. Mata tiga adalah *TIDAK DIBENARKAN* sama sekali.
6. Umpan adalah bebas dan tertakluk kepada pemeriksaan pihak penganjur sekiranya perlu.
7. Di dalam aktiviti sukaneka ini, semua hasil *ikan yang berjaya dipancing boleh dibawa pulang oleh peserta.*
8. Terdapat pelbagai spesies ikan di dalam kolam pertandingan antaranya baung, lampam, haruan, ketutu dan tilapia. Namun *HANYA IKAN BAUNG SAHAJA* yang akan dikira berat untuk tujuan pertandingan.
9. Ikan yang dipertandingkan mestilah ikan baung yang diperoleh secara sah melalui strike pada bahagian mulut.
10. Ikan yang disauk, ditangkap, atau dikail pada bahagian badan, sirip, ekor atau selain mulut adalah *TIDAK SAH* dan tidak layak untuk ditimbang.
11. Syarat sah penimbangan ikan: Resit pendaftaran yang sah dan telah dicop oleh urusetia.
12. Ikan baung yang dipertandingkan mestilah hidup atau dalam keadaan sempurna semasa penimbangan.
13. Penentuan pemenang adalah berdasarkan berat *IKAN BAUNG TERBERAT* yang sah.
14. Sebarang unsur penipuan, pertukaran ikan, penggunaan peralatan terlarang atau pelanggaran syarat pertandingan akan menyebabkan penyertaan dibatalkan serta-merta tanpa sebarang bayaran balik.
15. Keputusan pihak penganjur dan pegawai timbang adalah *MUKTAMAD* dan tidak boleh dipertikaikan.
16. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan, kecederaan atau kehilangan harta benda sepanjang pertandingan berlangsung.
17. Penganjur berhak meminda, menambah atau mengubah syarat-syarat pertandingan dari semasa ke semasa tanpa notis awal.