15/08/2025
KENYATAAN RASMI
TanahAir Films dengan ini memaklumkan bahawa Konsert Legasi P. Ramlee akan ditunda ke tahun 2026 bagi memberi ruang kepada penganjuran berskala nasional yang lebih inklusif, berimpak tinggi dan mampu diraikan oleh lebih ramai pencinta seni tanah air.
Langkah ini diambil bagi memastikan setiap aspek penganjuran mencapai tahap terbaik, sekali gus memberikan pengalaman yang lebih bermakna kepada semua yang hadir.
Kami mengajak anda untuk terus mengikuti perkembangan terkini dan meneruskan sokongan padu demi merealisasikan festival ini sebagai sebuah peristiwa budaya yang bersejarah.