Khazanah Fathaniyah

Khazanah Fathaniyah Khazanah Fathaniyah menerbitkan pelbagai kitab dan buku yang menyentuh pelbagai cabang ilmu dan aspek penyelidikan Islam dan Melayu di Asia Tenggara.

Diasaskan oleh Almarhum Hj Wan Mohd Shaghir pada tahun 1996 dan berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia. Menjual dan menyebarkan kitab dan buku membicarakan khusus mengenai ketokohan, penulisan, pemikiran dan transliterasi sesuatu karya Islam dan Melayu di Asia Tenggara.

๐Ÿ“š KHAZANAH FATHANIYAH di PBAKL 2026Alhamdulillah, Khazanah Fathaniyah berpeluang menyertai Ihya Turats anjuran Galeri Il...
29/05/2026

๐Ÿ“š KHAZANAH FATHANIYAH di PBAKL 2026

Alhamdulillah, Khazanah Fathaniyah berpeluang menyertai Ihya Turats anjuran Galeri Ilmu Media Group yang berlangsung sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026, dari 29 Mei hingga 7 Jun 2026.

Sepanjang program ini, kami membawakan beberapa artifak berkaitan ulama Alam Melayu, di samping judul-judul terpilih terbitan Khazanah Fathaniyah untuk tatapan dan rujukan para pengunjung.

Bagi pencinta warisan keilmuan Islam dan khazanah ulama Nusantara, jemput singgah ke pameran Ihya Turats @ Galeri Ilmu Media Group dan bersama-sama menghayati kekayaan turats yang diwariskan oleh para ilmuwan terdahulu.

๐Ÿ“ 623, Dewan Tun Razak 3, WTCKL
๐Ÿ“… 29 Mei โ€“ 7 Jun 2026
๐Ÿ•™ 10 pagi hingga 10 malam

Jumpa anda di sana, insya-Allah.

29/05/2026
23/04/2026

SOALAN LAZIM (FAQ)
PROJEK PENDIGITALAN KOLEKSI
SYEIKH WAN MUHAMMAD SHAGHIR ABDULLAH
DI KHAZANAH FATHANIYAH

Berkait dengan hebahan pengambilan pasukan bagi Projek Pendigitalan Koleksi Syeikh Wan Muhammad Shaghir Abdullah kelmarin, berikut dikongsikan jawapan bagi tiga soalan lazim.

Sebarang maklumat lanjut dan permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut atau dengan mengimbas kod QR pada poster: https://forms.gle/qAPAfv6CVG7zocWy7

Tarikh tutup permohonan: 25 April 2026

Mari sertai kami!
21/04/2026

Mari sertai kami!

PROJEK PENDIGITALAN KOLEKSI
SYEIKH WAN MUHAMMAD SHAGHIR ABDULLAH
DI KHAZANAH FATHANIYAH
(Jawatan pasukan projek ditawarkan)

Syukur Alhamdulillah, projek Pengkatalogan Koleksi Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah atau disingkatkan Projek HAWASH yang telah dijalankan sebelum ini kini telah selesai dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan usaha tersebut.

Seiring dengan tujuan perkembangan pembangunan koleksi, Khazanah Fathaniyah akan melaksanakan fasa seterusnya iaitu projek pendigitalan koleksi Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah dengan kerjasama beberapa pihak tempatan dan antarabangsa. Usaha ini bertujuan memperkukuh pemeliharaan koleksi pustaka serta memperluas capaian kepada khazanah keilmuan ulama Alam Melayu dalam bentuk digital.

Sehubungan itu, Khazanah Fathaniyah membuka peluang kepada individu yang berminat untuk menyertai pasukan projek ini sebagaimana butiran berikut:

Jawatan yang ditawarkan (lihat perincian di poster):
(a) Pembantu Ketua Projek
(b) Jurugambar (Senior atau Berkemahiran)
(c) Pembantu Jurugambar

Tempoh projek: Dianggarkan selama 30 hari dalam tempoh Mei hingga Julai 2026

Jadual kerja: Fleksibel mengikut perancangan projek

Kemudahan:
- Makan dan minum disediakan sepanjang aktiviti
- Tuntutan kos perjalanan dibenarkan bagi jarak tertentu
- Honorarium diberikan berdasarkan kelayakan dan pengalaman

Keutamaan diberikan kepada calon yang dapat menghadiri Bengkel Latihan selama tiga hari yang akan diadakan pada 11 hingga 13 Mei 2026 di Kuala Lumpur (penginapan disediakan)

Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Google Form berikut: https://forms.gle/JsE9wSGE3j5f4Gxc8 atau dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada poster.

Tarikh tutup permohonan: 25 April 2026

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Nailiah 011-3753 1200

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Pameran dan Jualan Khazanah Fathaniyah berada di Festival Warisan Pulau Manis Serada, Kuala Terengganu pada hari ini dan...
24/10/2025

Pameran dan Jualan Khazanah Fathaniyah berada di Festival Warisan Pulau Manis Serada, Kuala Terengganu pada hari ini dan esok. Semua dialu-alukan singgah!

InshaAllah Khazanah Fathaniyah berada di Pesta Buku Ahli Sunnah wal Jamaah Festival Muhibbin  selama 3 hari hujung mingg...
21/08/2025

InshaAllah Khazanah Fathaniyah berada di Pesta Buku Ahli Sunnah wal Jamaah Festival Muhibbin selama 3 hari hujung minggu ini, bertempat di Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Diundang singgah!

Pameran dan Jualan Khazanah Fathaniyah di Konvensyen Antarabangsa Jawi dan Warisan Melayu 2025 (INJAH)Tarikh: 18-19 Ogos...
18/08/2025

Pameran dan Jualan Khazanah Fathaniyah di Konvensyen Antarabangsa Jawi dan Warisan Melayu 2025 (INJAH)

Tarikh: 18-19 Ogos 2025 / 24-25 Safar 1447
Tempah: Dewan Perdana, Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang.
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Pameran terbuka kepada semua, diundang datang!

PROMOSI 2025 KHAZANAH FATHANIYAH 28 Julai hingga 1 Ogos 2025Sukacita diumumkan promosi jualan online terbitan Khazanah F...
28/07/2025

PROMOSI 2025 KHAZANAH FATHANIYAH
28 Julai hingga 1 Ogos 2025

Sukacita diumumkan promosi jualan online terbitan Khazanah Fathaniyah yang berlangsung selama seminggu. Diskaun bermula dari 10% hingga 34%, terhad pada judul yang sedia ada stok.

p/s: Tafsir Turjuman Al-Mustafid hanya RM 99 (harga asal: RM 150)

Dijemput muat turun senarai promosi di link: https://bit.ly/46patho atau imbas QR pada poster.

**Promosi ini terhad bagi pembelian secara pos dan pesanan melalui WhatsApp Khazanah Fathaniyah sahaja:

https://wa.me/c/601137531200

๐Ÿ“ข Khas untuk pencinta ilmu!Buku-buku terbaik terbitan Khazanah Fathaniyah kini berada di booth Pelita Dhihin, Festival B...
17/07/2025

๐Ÿ“ข Khas untuk pencinta ilmu!

Buku-buku terbaik terbitan Khazanah Fathaniyah kini berada di booth Pelita Dhihin, Festival Buku Islami 2025.

๐ŸŽ‰ Jangan lepaskan peluang untuk memiliki karya bermutu, penuh manfaat & sarat dengan ilmu!

17/04/2025

๐Š๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐ข ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐˜๐š๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐‰๐ข๐ฐ๐š ๐๐š๐ง ๐’๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐š๐ญ

Ingin mendalami akidah yang sahih, fiqh yang mantap, dan tasawuf yang menyucikan โ€” semuanya dalam satu kitab turath agung?

Daurah โ€˜Unwan al-Falah wa โ€˜Unfuwan al-Solah membimbing anda menelusuri tiga cabang utama agama dalam satu halaqah ilmiah yang berpaksikan manhaj Ahli Sunnah wa al-Jamaโ€˜ah.

๐Ÿ“– Pengajar: Ustaz Ahmad Faiz Fateh al-Azhari
๐Ÿ“… Bermula 21 April 2025
๐Ÿ•ค Isninโ€“Khamis | โฐ 9:30โ€“11:30 malam
๐Ÿ’ฐ RM150 sebulan
๐Ÿ”— Daftar segera: https://ezy.la/Daftar-PKT-2025
๐Ÿ“ž Info lanjut: https://ezy.la/AdminAPT

โณ Tempat adalah terhad! Sertai generasi yang menyambung sanad keilmuan ulama Melayu.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khazanah Fathaniyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share