National Fitness Malaysia - NFC Malaysia

National Fitness Malaysia - NFC Malaysia PERTUBUHAN KECERGASAN KEBANGSAAN

24/05/2026

Kulfit today

Kekal aktif di Bulan Ramadan❌ Tidur sepanjang hari❌ Layan drama tak ingat dunia❌ Layan gajet sepanjang hari✅ Lakukan ker...
18/02/2026

Kekal aktif di Bulan Ramadan

❌ Tidur sepanjang hari
❌ Layan drama tak ingat dunia
❌ Layan gajet sepanjang hari

✅ Lakukan kerja rumah untuk kekal aktif
✅ Senaman yang sesuai
✅ Senaman sederhana sebelum berbuka puasa
✅ Riadah santai selepas tarawih

Mencari keberkatan dalam Ramadan namun kekalkan
kecergasan dalam senaman.

ℹ️ Senaman KULFIT berlangsung seperti biasa

KULFIT CNY 🔴🔴🔴🔴KULFIT DBKL Senam pagi sempena CNY !!jom memeriahkan suasana senam pagi di 11 Taman Awam DBKL setiap AHAD...
12/02/2026

KULFIT CNY 🔴🔴🔴🔴
KULFIT DBKL Senam pagi sempena CNY !!
jom memeriahkan suasana senam pagi di 11 Taman Awam DBKL setiap AHAD jam 7.30 pagi



Jom sertai program ini.Yuran RM60 sahaja !!!
12/02/2026

Jom sertai program ini.
Yuran RM60 sahaja !!!

🎊✨ KARNIVAL KL MADANI ✨🎊Bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026, warga kota dijemput hadir beramai-rama...
29/01/2026

🎊✨ KARNIVAL KL MADANI ✨🎊

Bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026, warga kota dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan Karnival KL MADANI yang penuh warna-warni dan sarat dengan pelbagai aktiviti menarik!

📍 Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Bandar Tun Razak
🗓 30 Januari hingga 1 Februari 2026

Tunggu apa lagi? Bawa keluarga dan rakan-rakan kerana pelbagai pengisian menanti anda:

🎉 Jualan Rahmah
🏛 Pameran Agensi
💼 Karnival Kerjaya
🕺🏽 SENAMAN PAGI (2 hari)
⚽ Sukan Rakyat
🎙 Forum KL MADANI
🍽 Festival Gastroseni
🍛 Kenduri Rakyat
🎶 Konsert KL MADANI

Jom sama-sama kita raikan kemeriahan sambutan ini sebagai tanda cinta kita kepada Wilayah Persekutuan!

🔥 Jumpa anda di sana!






cintaikl

Sekitar program pertama minggu lalu..😎😎BOTANI PERDANA KUALA LUMPUR SEBAGAI MEDIUM KECERGASAN BANDARKuala Lumpur, 17 Janu...
27/01/2026

Sekitar program pertama minggu lalu..😎😎
BOTANI PERDANA KUALA LUMPUR SEBAGAI MEDIUM KECERGASAN BANDAR

Kuala Lumpur, 17 Januari 2026 – Bermula Sabtu 2 minggu lalu jam 8.00 pagi, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur akan menjadi lokasi kepada pelaksanaan satu aktiviti kecergasan baharu, hasil cetusan idea YBhg. Dato’ TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Inisiatif ini bertujuan memastikan taman-taman awam di sekitar ibu kota bukan sahaja berfungsi sebagai lokasi riadah, malah turut berperanan sebagai medium penyampaian perkhidmatan senaman secara percuma kepada warga kota.

Program ini dikendalikan oleh Pertubuhan Kecergasan Kebangsaan (NFO) dan FTICS Fitness Club, dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), serta Pejabat Belia & Sukan Kawasan Lembah Pantai; dan akan dilaksanakan secara berterusan setiap minggu pada hari Sabtu.

Antara aktiviti yang diperkenalkan ialah senaman Stick, salah satu variasi kecergasan dalam senamrobik yang semakin mendapat sambutan di Kuala Lumpur. Selain itu, senaman Pound Stick juga akan turut dilaksanakan di Taman Botani Perdana sebagai pilihan kepada peserta.

Selain program hujung minggu ini, orang ramai sedia maklum bahawa Program KULFIT (Senaman Kecergasan) turut dilaksanakan di 10 Taman Awam DBKL setiap hari Ahad bermula jam 7.30 pagi, dan terbuka secara percuma kepada semua lapisan masyarakat.

DBKL terus komited dalam memperkasa gaya hidup sihat warga kota melalui penyediaan program kecergasan yang inklusif, mudah diakses dan berterusan. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong agenda pembangunan kesihatan awam, malah memperkukuh kelestarian sosial, kesejahteraan komuniti serta mempererat hubungan masyarakat bandar melalui aktiviti riadah yang sihat dan berimpak tinggi.

Sehubungan itu, seluruh warga Kuala Lumpur dijemput hadir dan menyertai aktiviti riadah yang disediakan oleh DBKL, sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang konsisten memacu pembangunan bandar berteraskan kesejahteraan rakyat.

11/12/2025
HELLO februari !!!JOM BERSENAM ❤️❤️❤️❤️
07/02/2025

HELLO februari !!!
JOM BERSENAM ❤️❤️❤️❤️

23/11/2024
01/09/2024

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when National Fitness Malaysia - NFC Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to National Fitness Malaysia - NFC Malaysia:

Share

Category