17/09/2024
Assamualaikum,
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua peserta dan sukarelawan di atas komitmen dan sokongan seluruh warga MMJ yang telah memberi kerjasama yang baik terhadap program Maulidur Rasul sepanjang 3 hari. Adalah diharapkan agar kerjasama dan komitmen seumpama ini dapat dikekalkan dan diteruskan masa akan datang kepada siapa sahaja yang bakal menganjurkan nya selepas ini.
Program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada semua pihak tidak hanya tertumpu kepada warga surau malabar hidayatul islam, bahkan penglibatan daripada komuniti lain juga turut menjadi tumpuan pada kali ini.
Akhir kata terimalah pohonan maaf daripada saya dan seluruh anggota pelaksana seandainya terdapat tingkah bicara dan perlakuan kasar yang melukakan perasaan anda. Kami cuba laksanakan yang terbaik buat anda semua bagi meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW tanpa ada niat untuk berlebihan dan pujian. Saya hanya berharap agar kita semua mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW. Mohon maaf juga diatas kelemahan dan kesilapan daripada pihak kami.
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga berseri-seri
Budi tuan-tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Sekian, terima kasih
Abdul Jaafar Bin Sulaiman
Presiden MMJ