16/04/2026
Perempuan ni offer diri sendiri sebagai cagaran sebab nak pinjam duit.
Aku tak berapa terkejut.
Sebab 2 tahun lepas, aku dan rakan-rakan aku dikejutkan dengan 1 kejadian yang sangat luar biasa.
Kejadian yang hampir serupa.
Ada seorang lelaki talifon kawan aku katanya nak berjumpa atas urusan penting.
Masa tu kami sedang lepak di surau.
Tak lama selepas tu, lelaki tu datang bersama isterinya.
Rupanya nak pinjam duit dan nak cagarkan isterinya kepada kawan aku.
Terkejut kami masa tu.
Kawan aku menolak dengan baik cagaran tersebut.
Duit diberi pinjam tanpa sebarang cagaran.
Bila terdesak, orang sanggup buat apa sahaja.
Jika ada masalah, cuba lah cari jalan penyelesaian tanpa melibatkan maruah diri serta melanggar hukum agama..
Kredit : Owner