18/03/2026
πππ―π¬π©π¨π―π¨π΅ πΉπ¨πΊπ΄π° π²π¬πΊπ¬π³π¨π΄π¨π»π¨π΅ πΊπ¬π΄π·π¬π΅π¨ πͺπΌπ»π° π―π¨πΉπ° πΉπ¨ππ¨ π¨π°π«π°π³ππ°π»πΉπ° ππππππ
Unit Keselamatan JRM Kampus Kuala Lumpur dengan hormatnya memaklumkan kepada seluruh warga kampus mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh cuti Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan keselamatan premis dan harta benda universiti sentiasa terpelihara.
π Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:
1οΈβ£ Pastikan semua peralatan elektrik yang tidak diperlukan telah ditutup suisnya sebelum meninggalkan premis (kecuali peralatan yang beroperasi 24 jam).
2οΈβ£ Pastikan pintu dan tingkap pejabat, bilik, makmal, klinik serta dewan kuliah dikunci dengan sempurna.
3οΈβ£ Kemasukan ke kampus sepanjang tempoh cuti hanya dibenarkan kepada kakitangan atau pelajar yang mempunyai kebenaran bertulis daripada PTj (melalui emel atau borang berkaitan). Semua individu perlu melapor diri di pos keselamatan terlebih dahulu.
4οΈβ£ π§ Penutupan Pintu Pagar
Pintu 2 (P2) dan Pintu 3 (P3) akan ditutup bermula 20 Mac 2026 (Jumaat) hingga 25 Mac 2026 (Rabu) dan dibuka semula pada 26 Mac 2026 (Khamis).
β‘οΈ Sepanjang tempoh tersebut, semua urusan keluar masuk hendaklah melalui Pintu 1 (P1) sahaja.
5οΈβ£ π Tidak dibenarkan meninggalkan kenderaan di dalam kawasan kampus tanpa kebenaran sepanjang tempoh cuti.
βοΈ Talian Kecemasan (24 Jam):
π Pos Keselamatab P1 : 03-92897395 / 7444
π KTSN : 03-92895090
π± Hotline : 013-8189456
π€ Kerjasama dan keprihatinan semua warga kampus amatlah dihargai dalam memastikan persekitaran kampus kekal selamat dan terkawal.
πβ¨ Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin dari Unit Keselamatan Jalan Raja Muda Kampus Kuala Lumpur
π Pandu dengan cermat, utamakan keselamatan