29/05/2026
Program Cergas Wanita
Organizer Persatuan Pengiat Seni India Kinta
JOM SIHAT! JOM CERIA! WANITA KUAT, MASYARAKAT HEBAT!
Kaum wanita di Ipoh dan seluruh Daerah Kinta, jom luangkan masa hujung minggu anda dengan aktiviti yang menyihatkan dan bertenaga! Persatuan Pengiat Seni India Daerah Kinta Perak dengan bangganya menganjurkan PROGRAM CERGAS WANITA: ZUMBA & KESIHATAN!
Program ini direka khas untuk memperkasakan wanita melalui gaya hidup sihat dan cergas. Bukan sekadar Zumba, pelbagai pengisian menarik menanti anda!
Aktiviti Menarik:
Zumba Bertenaga bersama komuniti
Kesedaran Kesihatan Lebih Baik
Slot Wanita Berdaya
Cabutan Bertuah Menarik untuk dibawa pulang!
Program ini akan dipimpin oleh En. Abdul Rahim bin Abdullah (Pengerusi Persatuan Pengiat Seni India Daerah Kinta Perak) dan akan diserikan lagi oleh Tetamu Kehormat kita, YB Dato' Salbiah binti Mohamed (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak).
Catat tarikh janji temu kita:
Tarikh: 28 Jun 2026 (Ahad)
Masa: 8:00 Pagi
Tempat: Dewan Serbaguna Sri Desa Rishah, Buntong 6, Ipoh, Perak.
Bersama Kita Cergas, Bersama Kita Cemerlang!
Jumpa anda di sana! Jangan lupa pakai pakaian sukan yang selesa dan bawa semangat yang membara!