Ia juga merupakan sebahagian daripada modul ko-kurikulum di universiti tempatan. Di Malaysia, sesetengah pihak melihat graffiti sebagai satu gejala vandalisma apabila pelukis graffiti bertindak menconteng dinding-dinding kosong samada milik kerajaan atau persendirian sesuka hati dengan alasan untuk meluahkan perasaan mereka yang terpendam. Senario ini telah menyebabkan pemandangan bandar raya menj
adi cacat. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku ‘penjaga’ kepada Kuala Lumpur sehingga kini terpaksa membelanjakan sebahagian besar peruntukan untuk membaik pulih kerosakan akibat gejala vandalisma. Justeru itu, DBKL mengambil inisiatif menganjurkan KUL SIGN FESTIVAL dengan kerjasama Prasarana Bhd dan Jabatan Pengairan & Saliran Wilayah Persekutuan sebagai satu langkah untuk mengawal gejala ini daripada berterusan. KUL SIGN FESTIVAL dianjurkan bertujuan untuk :
Menjalinkan kerjasama dan persefahaman di antara pihak DBKL dengan penggiat seni graffiti secara konstruktif;
Membolehkan warga kota mengenali apakah yang dikatakan sebagai graffiti;
Mewujudkan satu produk pelancongan baru di Kuala Lumpur;
Mengawal gejala vandalisma melalui penyediaan ruang dan aktiviti kepada penggiat seni graffiti di Kuala lumpur;
Mengeratkan hubungan di antara DBKL dan warga kota Kuala dalam erti kata bersama memulihara harta benda awam di Kuala lumpur.