26/11/2020
Ape itu GULA /GLUKOSA dan dari mana ia datang ?
Gula datang dari makanan seharian kita dan biasanya dari sumber korbohidrat.Sumber karbohidrat adalah seperti roti,ubi,nasi dan makanan yang berkanji. Pecahan karbohidrat akan menghasilkan glukosa dan akan disimpan di hati dan otot-otot dalam bentuk glikogen. Jadi,semasa aktiviti senaman atau aktiviti berjalan,glikogen akan ditukarkan kepada bentuk tenaga.
Dalam erti kata lain, otot badan akan menyerap gula yang ada dalam darah dan memprosesnya untuk dijadikan sumber tenaga.
Bagaimana gula boleh menggemukkan?
Semasa proses penyerapan gula dalam darah,darah akan pergi kepada otot-otot di dalam badan.Tetapi otot tidak boleh menyerap gula ini secara terus. Di sini, insulin iaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas berperanan untuk membolehkan otot menyerap gula di dalam darah.
Jika kandungan gula tinggi maka insulin yang terhasil juga tinggi. Insulin yang tinggi merangsang penukaran gula kepada lemak. Insulin yang rendah membolehkan gula masuk ke sel otot dan digunakan bagi pembinaan otot serta bertukar kepada tenaga.
Apabila gula rendah maka glukagon (sejenis hormon) p**a di rembeskan dan ia menukarkan lemak kepada gula.
Maka jelaslah kepada kita pengambilan GULA YANG TINGGI akan menyebabkan kadar penghasilan insulin yang TINGGI dan menjadikan kita semakin gemuk.
Perlu di ingatkan bahawa diet sahaja tidak mencukupi untuk anda memastikan lemak tidak berkumpul. Menahan lapar bukan cara yang betul.
Manusia memerlukan karbohidrat dan gula dalam kuantiti yang cukup. Bagi mereka yang gemuk dan kurang tenaga, perlu dijalankan analisis bagi memeriksa tahap metabolisma . Bagi yang mahukan kejayaan 100% dalam mengatasi masalah kegemukan, fungsi hormon perlu diperbaiki terlebih dahulu.