27/05/2023
Assalamualaikum WBT.
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Berakhirlah Sukan Komuniti Kampung Kuala Menjing yang julung kali diadakan pada tahun ini.
Kepada semua peserta,pemenang dan penerima cabutan bertuah, tahniah kami ucapkan.
yang tak menang,jangan risau. atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan, anda tetap pemenang dihati. Penyertaan kali ini mmg diluar jangkaan kami. Alhamdulillah.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada saufi abdul rahman yang bertindak sebagai floor manager kerana telah memberikan khidmat yang terbaik serta urusetia dan kru-kru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung ketika sebelum-semasa-selepas program dijalankan. Admin tak dapat nak tag semua. Tapi anda memang terbaik!
Kepada seluruh komuniti, kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan lisan atau perbuatan daripada pihak kami sepanjang program ini diadakan.
Semoga program-program seperti ini akan terus mendapat tempat di hati tuan/puan semua dan diharapkan jua ukhwah kita akan terus berkekalan sebagai keluarga besar Kuala Menjing.
Pahning mungkin kita boleh adakan liga bola sepak, takraw atau badminton. manalah tau ada rezeki kita,kan? atau kita buat sukan air..?ke guane?
-admin-