05/06/2026
๐ฟ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฟ
๐
๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐
"๐ผ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ฆ ๐๐๐ก๐ข๐๐. ๐น๐๐ ๐ถ๐๐๐๐๐ก๐. ๐น๐๐ ๐๐ข๐ ๐น๐ข๐ก๐ข๐๐."
Alam sekitar merupakan sumber kehidupan yang menyokong kesejahteraan manusia, hidupan liar dan ekosistem di seluruh dunia. Kini tiba masanya untuk kita bersama-sama memainkan peranan dalam melindungi dan memeliharanya demi kelangsungan generasi akan datang.
Tema sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini memberi penekanan kepada isu iklim, iaitu perubahan jangka panjang terhadap corak cuaca dunia yang semakin memberi kesan kepada kehidupan seharian, biodiversiti dan alam semula jadi. Fenomena seperti pemanasan global, cuaca ekstrem dan kehilangan habitat merupakan antara cabaran yang memerlukan tindakan segera daripada semua pihak.
Sempena sambutan ini, marilah kita mengambil langkah-langkah mudah yang mampu memberi impak besar kepada alam sekitar:
โ๏ธ Mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan mengutamakan pengangkutan awam
โ๏ธ Mengurangkan penggunaan tenaga elektrik
โ๏ธ Mengurangkan pembaziran dan sisa makanan
โ๏ธ Menggunakan produk mesra alam atau produk hijau
โ๏ธ Mengamalkan amalan kitar semula
๐ Setiap tindakan kecil yang kita lakukan hari ini mampu membawa perubahan besar kepada bumi pada masa hadapan. Bersama-sama kita memelihara alam sekitar demi memastikan bumi yang lebih hijau, sihat dan lestari untuk semua.
Ikhlas daripada,
Warga Kelab Pencinta Alam Sabah (KPAS)