Pesta Filem Kota Bharu

Pesta Filem Kota Bharu Pesta Filem Kota Bharu 2026
📍Dewan Persatuan Hokkien Kelantan, Kota Bharu
🗓️18-20 September 2026
🎞️Masuk PERCUMA (tiada pendaftaran)
(1)

MÉNÉI SHORTS 2026Pertandingan Filem Pendek Pelajar Sekolah Menengah sempena Pesta Filem Kota Bharu 2026Ménéi Shorts kemb...
16/04/2026

MÉNÉI SHORTS 2026
Pertandingan Filem Pendek Pelajar Sekolah Menengah sempena Pesta Filem Kota Bharu 2026

Ménéi Shorts kembali lagi tahun ini, kali ini dengan hadiah yang lebih lumayan!

Butiran pertandingan
- Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah atau remaja berumur 13-18 tahun di Kota Bharu dan sekitarnya.
- Durasi filem: 1-10 minit.
- Bahasa: Bebas (pastikan terdapat sarikata Bahasa Melayu atau English jika filem bukan dalam salah satu bahasa ini).
- Harus menampilkan orang sebenar dan bukan janaan AI.
- Tema: Makanan Kelantan
- Kriteria penjurian: penceritaan, keaslian, kreativiti dalam menterjemahkan tema, dan aspek teknikal.
- Filem-filem pendek terbaik akan disenarai pendek dan ditayang di Pesta Filem Kota Bharu 2026 pada 18-20 September 2026. Para peserta akan diminta untuk memberikan soft copy filem pendek dan dijemput untuk hadir ke tayangan.
- 3 filem terbaik akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, RM2,000, dan RM1,000.
- Setiap peserta akan diberi sijil penyertaan.
- Tarikh tutup penyertaan: 15 Jun 2026

Cara penyertaan:-
- Muat naik filem pendek ke mana-mana platform video (YouTube digalakkan, tetapi Vimeo, TikTok, Instagram, dll. juga boleh).
- Pastikan video boleh ditonton umum (public) dan jangan lupa sertakan hashtag di kapsyen video.
- Hantar penyertaan dengan mengisi maklumat anda di link ini: https://tinyurl.com/MeneiShorts2026

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui komen/mesej di media sosial kami.

Jom, ajok saing-saing buat movie!

Liputan tentang Return to Jambi dan   dalam TVRI!
25/09/2025

Liputan tentang Return to Jambi dan dalam TVRI!

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

Kami alu-alukan sebarang maklum balas daripada anda berkenaan  . Terima kasih! 🙏
12/09/2025

Kami alu-alukan sebarang maklum balas daripada anda berkenaan . Terima kasih! 🙏

Sila isi borang berikut jika anda telah menghadiri Pesta Filem Kota Bharu 2025 pada 5-7 September di Dewan Persatuan Hokkien Kelantan, Kota Bharu.

TUTUP PANGGUNG  Pesta Filem Kota Bharu 2025 akhirnya melabuhkan tirainya senja Ahad yang lalu. Mewakili pihak penganjur ...
12/09/2025

TUTUP PANGGUNG

Pesta Filem Kota Bharu 2025 akhirnya melabuhkan tirainya senja Ahad yang lalu. Mewakili pihak penganjur yang terdiri daripada Kuman Pictures, Persatuan Hokkien Kelantan (吉兰丹福建会馆), Kolektif Rumah Kosong, Kedai Hitam Putih, Studio T2BD (二楼头座) dan Lollipop Productions, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan PFKB ke-3 tahun ini.

Terima kasih terutama sekali kepada para tetamu kami: YB Tuan Zamakhshari Muhammad (EXCO Belia, Sukan, NGO & Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan) & Encik Lee See Yan (Pengerusi Persatuan Hokkien Kelantan), Feisal & Iskander Azizuddin, Syazani Zikry (ANGKAT), Husni Turion, Rachmat Hidayat @ Boing, Miftakul Rohman (Return to Jambi), Megat Sharizal (Syarahan MENCARI RAMLEE), Bebbra Mailin & Muzzamer Rahman (NINAVAU & Pilihan PFKB), Adam Taufiq Suharto (Bengkel Filpen+Foto & Pilihan PFKB), Azfar Ayauf, Syukri A. Rahim, Joyce Li & Nelson Lau, Lion Chong (Pilihan PFKB), Zan Azlee & Sheril A. Bustaman, Cech Adrea & Haziqah Azemi, Ahmad Ibrahim bin Zaidi (Panorama Kelantan), para peserta Ménéi Shorts dan guru pembimbing dari Maahad Muhammadi (P), Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan dan PEKAYATIM, serta para peserta Bengkel Filpen+Foto. Tidak dilupakan juga, terima kasih kepada moderator jemputan kami: ChongLee Yow dan Dr Norman Yusoff.

Penghargaan khas kepada para penaja kami: Kuman Pictures, Da Huang Pictures, EXCO Belia, Sukan, NGO & Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, Crown Garden Hotel, Tune Hotels, Grand Riverview Hotel, Oda Malaysia dan OT CETAK KOK LANAS.

Terima kasih juga khususnya kepada Persatuan Hokkien Kelantan yang menyediakan ruang fizikal dan menaja hadiah bengkel dan pertandingan, Lollipop Productions dan Studio T2BD yang membantu mengendalikan bengkel (Eric), menyediakan ruang untuk bengkel dan menyediakan perkhidmatan audio untuk tayangan (Tiger), Kolektif Rumah Kosong yang membantu dari segi koordinasi, promosi dan percetakan dan menyediakan video trailer (Ing) dan buku program (Nasaie), serta Kedai Hitam Putih (Zaidi & Pesa) yang menguruskan jualan dan penghantaran cenderamata rasmi.

Tidak dilupakan juga kepada para media yang membuat liputan tentang acara kecil kami ini, serta pihak berkuasa tempatan yang memberikan kerjasama: TERIMA KASIH!

Selain itu, syabas dan terima kasih kepada pasukan penganjur yang menyumbang masa, tenaga, wang, dan buah fikiran dalam memastikan kelancaran PFKB: Amir, Ang, Ali, Amirul, Nasaie, Ing, Zaidi, Pesa, Puad, Tiger, Jeff, Eric, serta semua yang turut membantu secara langsung atau tak langsung.

Akhir sekali, terima kasih tak terhingga kepada para hadirin, penonton, dan peserta yang datang dari sedekat-dekat Kota Bharu hinggalah dari seluruh pelosok Malaysia, samada yang pertama kali hadir atau yang berjaya hadir 3 kali berturut-turut. Tanpa anda siapalah kami!

Sebelum mengundurkan diri, maafkan kami atas sebarang kekurangan dan kesilapan dalam menguruskan acara ini. Sebarang maklum balas amat dialu-alukan dan kami akan cuba perbaiki jika berpeluang untuk menganjurkan Pesta Filem Kota Bharu lagi di masa akan datang. Anda boleh beri maklum balas di sini: https://tinyurl.com/MaklumbalasPFKB2025

Kami juga harap kegiatan apresiasi seni filem sebegini boleh diteruskan di Kelantan, bukan hanya sekali setahun, malah sepanjang tahun, dan bukan hanya oleh kami, malah oleh mana-mana pihak. Sekiranya anda berminat untuk bekerjasama dengan kami, boleh mesej atau emel kami di 🙌

Sinema, sinimo! 😎

PEMENANG MÉNÉI SHORTS  Tahniah diucapkan kepada LESÉK! Filpen karya pelajar PEKAYATIM ini telah terpilih sebagai pemenan...
12/09/2025

PEMENANG MÉNÉI SHORTS

Tahniah diucapkan kepada LESÉK! Filpen karya pelajar PEKAYATIM ini telah terpilih sebagai pemenang Ménéi Shorts, pertandingan filem pendek pelajar sekolah menengah Kota Bharu yang julung kali diadakan sempena Pesta Filem Kota Bharu 2025. Sebagai pemenang, pasukan LESÉK mendapat hadiah RM3,000 tunai!

Pemenang dipilih oleh ketua juri Husni Turion, produser dan pengarah filem dari Jambi yang juga merupakan tetamu jemputan PFKB 2025. Berikut komen beliau tentang LESÉK:-

"Storytelling film ini sangat bagus, unik, dan menarik. Setiap karakter memiliki kekuatan identitas yang kuat, sementara pemilihan shot yang variatif membuat saya benar-benar menikmati visualnya. Selain itu, penggunaan sound effect sangat menegaskan apa yang terjadi di layar, sehingga pengalaman menonton menjadi lebih hidup dan mendalam."

Selain LESÉK, 2 filpen lain iaitu BREATHE & SEE karya pelajar Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan dan ANTARA REHAL DAN LUKISAN karya pelajar Maahad Muhammadi (P) turut termasuk dalam senarai akhir dan ditayangkan pada Sabtu, 6 September semasa PFKB 2025. Syabas kepada semua peserta!

Sinema, sinimo! 😎

SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA PENAJA  Berjuta-juta terima kasih kepada para penaja Pesta Filem Kota Bharu 2025!PFKB 2025 t...
12/09/2025

SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA PENAJA

Berjuta-juta terima kasih kepada para penaja Pesta Filem Kota Bharu 2025!

PFKB 2025 telah mendapat tajaan kewangan daripada Kuman Pictures, Da Huang Pictures dan EXCO Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan yang amat membantu dalam menjayakan acara sepanjang 3 hari ini.

Selain itu, PFKB 2025 juga mendapat tajaan penginapan, kewangan dan percetakan daripada para penaja bersama iaitu Crown Garden Hotel, Tune Hotels (Kota Bharu), Grand Riverview Hotel, Oda Malaysia dan OT CETAK KOK LANAS.

Diharapkan Pesta Filem Kota Bharu dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak. Syarikat, institusi atau individu yang berminat untuk bekerjasama dengan kami juga amat dialu-alukan. Terima kasih!

Sinema, sinimo! 😎

SEKILAS HARI KETIGA  1. Tayangan khas NINAVAU dan sesi Q&A bersama Bebbra Mailin dengan Amir Muhammad sebagai moderator....
11/09/2025

SEKILAS HARI KETIGA

1. Tayangan khas NINAVAU dan sesi Q&A bersama Bebbra Mailin dengan Amir Muhammad sebagai moderator.

2. Tayangan Pilihan PFKB (8 filpen terpilih daripada panggilan terbuka dan 1 filpen jemputan) dan sesi Q&A bersama Syukri A. Rahim, Joyce Li, Adam Taufiq Suharto, Azfar Ayauf, Muzzamer Rahman dan Lion Chong dengan Dr Norman Yusoff sebagai moderator.

3. Kecek Kiro: Bengkel Filpen+Foto bersama Adam Taufiq Suharto sebagai mentor dan para peserta, serta Amir Muhammad sebagai moderator. DERAK, filpen hasil bengkel juga turut ditayang.

4. Slot tambahan: Tayangan dokumentari pendek oleh Albert Bansa.

5. Timo kasih, jupo lagi sek kito!

Sinema, sinimo! 😎

SEKILAS HARI KEDUA  1. Tayangan Menei Shorts 2025 (3 filpen karya para peserta dari Maahad Muhammadi (P), Maahad Muhamma...
11/09/2025

SEKILAS HARI KEDUA

1. Tayangan Menei Shorts 2025 (3 filpen karya para peserta dari Maahad Muhammadi (P), Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan dan PEKAYATIM) dan sesi Q&A bersama wakil filpen dengan Nasaie sebagai moderator. Filem LESEK dari PEKAYATIM telah diumumkan sebagai pemenang oleh Husni Turion sebagai juri. Syabas!

2. Tayangan Return to Jambi (7 filpen daripada Jambi) dan sesi Q&A bersama Husni Turion, Rachmat Hidayat (Boing) dan Miftakul Rohman dengan Bebbra Mailin sebagai moderator.

3. Tayangan Panorama Kelantan (7 filpen daripada Kelantan) dan sesi Q&A bersama Ang Wui Chong, Sheril A. Bustaman, Zan Azlee, Cech Adrea, Nasaie Md Nor dan Ahmad Ibrahim bin Zaidi dengan ChongLee Yow sebagai moderator.

4. Mencari Ramlee: Syarahan oleh Megat Sharizal dengan Amir Muhammad sebagai rakan borak dan sesi trivia filem MENCARI RAMLEE dengan hadiah poster filem.

Sinema, sinimo! 😎

Address

Kota Bharu
15000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pesta Filem Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pesta Filem Kota Bharu:

Share

Category