27/05/2026
โจ Salam Aidiladha 1447H โจ
Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Moga setiap amal ibadah dan doa yang dipanjatkan diterima serta dikurniakan keberkatan buat seluruh keluarga.
Sempena hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita meneladani pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam mendidik hati agar sentiasa taat kepada perintah Allah SWT. Semoga setiap amal ibadah, doa dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta menjadi asbab hadirnya rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kita sekeluarga. ๐ค
Selamat Hari Raya Aidiladha daripada kami warga Ibu pejabat Tadika Baghdadi