09/09/2024
SIJIL HALAL: TAK PERLU CETUS KONTROVERSI, PM TEGUR TERESA KOK
Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan mana-mana pemimpin politik agar cadangan dan kebimbangan berkaitan pensijilan halal dibawa ke mesyuarat untuk dibincangkan dan diteliti, bukan dijadikan isu kontroversi.
Hal ini berikutan respon Naib Pengerusi DAP Teresa Kok kepada cadangan penambahbaikan berkaitan sijil halal oleh Jakim dan menyatakan langkah itu bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.
Perdana Menteri menekankan pentingnya menjaga sensitiviti agama dan kaum serta mengekalkan keharmonian yang terbina di negara ini.
Beliau juga mengingatkan negara berada dalam keadaan baik dari segi ekonomi dan politik, dan mendapat penghargaan dunia. Oleh itu, isu-isu yang boleh merosakkan keadaan ini perlu dielakkan.