08/05/2025
e-Invois : LHDN sudah tahu komisen kita dapat 🤭
Bermula 2025, bermulalah e-invois.
Jadi, tahun ni, jika kita ada terima komisen dari shopee, tiktok, lazada, coway, cuckoo, dan apa-apa bayaran (pendapatan) dari syarikat, maka LHDN direct dapat tahu hanya beberapa jam invois dijana 😂.
Sekarang baru start pada syarikat yang besar-besar pendapatan dahulu dan kemudian akan berperingkat semua kena.
Macam saya, awal pagi tadi, shopee generate invoice berjumlah RM53.13 bagi komisen affiliate saya, secara terus e-invois di LHDN pun terima dan dijana 😁.
Duit komisen belum masuk dalam bank, tapi LHDN dah tahu dah saya akan dapat komisen sebanyak RM53.14.
Jadi, bagi yang terima komisen walaupun sedikit, jangan lupa untuk check berkala dalam Myinvois untuk check amaun takut salah.
Kenapa?
Kita diberi masa 72 jam (3 hari) untuk semak sama ada amount tu betul ke tak. Jika salah kita boleh minta betulkan/batalkan. Jika selepas 3 hari, ia dianggap sah dan tak boleh dibatalkan (kecuali proses/permohonan khas la kot tp ofkos cerewet la kan).
Dan jangan lupa, declare cukai khususnya yang selalu terlupa nak declare 😁 sebab lepas ni setiap sen pendapatan LHDN dapat tahu 😁🤭
Kecuali korang dapat upah secara cash dan tak melibatkan syarikat yang kena buat e-invois la kot. 😁
p:s : Tu sebab kita dah kena isi no TIN masa nak daftar agen/affialiate program bagi membolehkan e-invois dilaksanakan. Ofkos ianya berperingkat. Macam shopee dah start kena isi TIN awal tahun aritu.