Karnival Anak Muda Istiqamah

Karnival Anak Muda Istiqamah Karnival ini menggabungkan pelbagai tema dan sagmen. ANAK انق
Bermaksud keturunan yang kedua, yang lahir dari ibu dan bapa.

Pertunjukan, pameran, sukan dan permainan yang bertujuan menjadikan sasaran karnival ini lebih luas demi menarik golongan muda mendekati program yang sarat dengan pengisian dan informasi yang berguna. KARNIVAL کرنيۏل
Menurut Kamus Dewan Keempat bermaksud suatu pesta yang diadakan secara besar-besaran, disertai oleh perarakan dan acara yang meriah. Merujuk kepada generasi baru yang berperanan mene

ruskan azam dan cita-cita orang tuanya. MUDA مودا
Berdasarkan panduan Kamus Dewan Edisi Kedua merupakan kata adjektif atau sifat yang kesemua ertinya membawa pembawakan positif. Muda dalam konteks karnival ini merujuk pada tenaga kuat, hebat dan terbaik yang ada dalam diri insan sebelum menuju hari tua. ISTIQAMAH استقامة
Di ambil dari perkataan bahasa Arab yang bermaksud berpegang teguh pada perkara yang diredhai Allah SWT. Empat patah perkataan ini dipilih menjadi satu konotasi khas sebagai nama program yang dianjurkan oleh pihak kami, dengan harapan agar anak-anak muda di Jeli mampu menjadi benteng yang teguh dalam mempertahankan agama dan bangsa. Sesungguhnya, anak-anak muda adalah pewaris tahta negara, merekalah penerus agenda di masa hadapan. Baik dan cemerlangnya akhlak anak pada usia muda menggambarkan hebatnya mereka di kemudian hari.

11/02/2025

Ppakat maghi belako… Ejah bawakk belako untuk dengar isu semasa.. Simpan tarikh 14 Februari 2025 Hari jumaat male sabtu…

20/05/2024

MALAM INI!

Jom saksikan Live Prelude Buku Pra-PBAKL bersama penulis Nuktah!

📕 Next Station: Barzakh (Terbitan Baharu sempena PBAKL 2024)
👳🏻‍♀️ Ustaz Khairi Ismail
🔗 Live Instagram




20/04/2024

Inilah sebuah perjalanan menuju akhirat.

Pasti melalui setiap alam ciptaan-Nya bermula alam roh.

Destinasi akhirnya syurga atau neraka.

Kini di dunia, ke mana kita selepas ini?

Nantikan buku terbaharu Nuktah!




06/10/2023

Entri; 142

Bersempena bulan kelahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W, didahulukan promosi jualan untuk buku "Saat Rasulullah Bergenang Air Mata". Bagi yang berminat boleh terus membuat pembelian melalui laman sesawang pihak penerbit di pautan berikut:
https://pts.com.my/buku/saat-rasulullah-bergenang-air-mata

Bagi yang ingin membeli terus dari penulis pada harga yang istimewa beserta tandatangan boleh terus menghubungi wakil jualan pada nombor telefon yang tertera.

www.wasap.my/60109251507/SRBAM

Setiap pembelian kalian akan disumbangkan ke tabung pembangunan sekolah anakanda syurga yang dirindui Muhammad Nuh Azka.

"Andainya penerbitan buku tidak melibatkan kos yang besar, ingin sahaja diri ini mencetaknya sendiri dan mewakafkan isinya pada umat, namun apakan daya. terima kasih pihak PTS yang sudi menerima manuskrip kerdil dan menerbitkannya. Semoga Allah SWT merahmati kalian, juga kita semua."


22/09/2023

Entri; 139

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آل محمد.

Mengambil berkat hari yang mulia, diumumkan buku yang bakal diterbitkan serentak bersama 'Fastabiqu'. Coretan ke-14 yang bertemakan kisah hidup Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan segera terbit agar dapat dikendong ke mana sahaja diri ini pergi pada bulan Rabiul Awwal yang bercahaya ini.

Semoga isinya membawa berkat dan manfaat. Menguatkan semangat untuk menjadikan kita lebih dekat dengan Baginda junjungan yang membawa rahmat.


18/08/2023

Entri; 130

Wawasan dunia, kita sering melihat mereka yang lebih baik kedudukan berbanding kita sebagai contoh tauladan. Ya, ramai yang mampu menurut jejak langkah tersebut.

Wawasan akhirat, jangan sesekali kita abaikan. Perhati dan hayati kehidupan mereka yang soleh di dunia sebagai tauladan. Sudah pasti sebaik-baik tempat kembali golongan ini cukup indah di alam abadi. Namun, ramai yang tidak ambil peduli.

أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الأَكْيَاسُ.
“Yang paling banyak mengingati kematian dan yang paling baik dalam mempersiapkan diri untuk alam berikutnya, itulah mereka yang paling cerdas.”

(Hadis Hasan Riwayat Ibnu Majah)


16/06/2023
Menarik.
25/05/2023

Menarik.

Address

Padang Istiadat Bandar Jeli
Kampung Jeli
17600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Karnival Anak Muda Istiqamah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share