Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad

Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad, Sports Event, Lata Belatan, Kg Kuala Kubang, Kampung Jabi.

Visi kami adalah untuk memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga Hutan Simpan Gunung Tebu agar keindahan dan keaslian hutannya dapat dimanfaatkan oleh komuniti setempat bagi tujuan pelancongan.

"Suasano" di hari raya SahabatGT !!
20/04/2024

"Suasano" di hari raya SahabatGT

!!

17 April 2024Sesi Temuduga 'Management Team' SahabatGTDalam mengorak langkah dan memantapkan lagi pengurusan SahabatGT, ...
18/04/2024

17 April 2024
Sesi Temuduga 'Management Team' SahabatGT

Dalam mengorak langkah dan memantapkan lagi pengurusan SahabatGT, 5 jawatan di SahabatGT telah dibuka kepada ahli dan juga orang awam yg berkelayakan..

Selepas beberapa tapisan yg telah dibuat, seramai 12 orang pemohon yg disenarai pendek telah dijemput utk menghadiri sesi temuduga yg diadakan di Pejabat SahabatGT..

Seramai 4 orang Ahli Lembaga Koperasi, ALK SahabatGT dan seorang pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia, SKM Wilayah Timur telah menjadi panel dan mengadili sesi tersebut..

Dan keputusan telah pun keluar, inshaAllah barisan 'management team' ini akan dipanggil dan dijangka akan memulakan tugas pada Mie nnt..

Semoga sahabatGT akan terus mengorak langkah kehadapan. Sokongan dan juga doa dari sahabat semua dipohon untuk menguatkan lagi SahabatGT..

Stay tune for the next update..

18/04/2024

Salam Sahabat buat semua Warga SahabatGT. Wahhh.. Sudah lama kita x update aktiviti di FB Page SahabatGT.. TQ kepada semua sahabat yg terus menyokong. Stay tune untuk update terbaru dari kami nnt..

🙌🏻🙌🏻
01/11/2022

🙌🏻🙌🏻

IKLAN TAPAK GERAI JUALANAssalamualaikum semua, Sempena Kejohonan Kebangsaan Mount Tebu Climbathon Challenge 2022 yang ak...
26/09/2022

IKLAN TAPAK GERAI JUALAN

Assalamualaikum semua,
Sempena Kejohonan Kebangsaan Mount Tebu Climbathon Challenge 2022 yang akan berlangsung tidak lama lagi, satu kawasan tapak jualan akan dibuka selama 3hari bermula 29 Sept - 1 Okt di perkarangan Taman Eko-Rimba Lata Belatan..

bekerjasama dengan pihak penganjur untuk menguruskan Tapak Jualan ini. Untuk sebaran maklumat lanjut dan urusan booking tapak boleh terus berurusan di 010-5701132 (Isey GT)..

🙌🏻🙌🏻
25/09/2022

🙌🏻🙌🏻

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu bersama Pengerusi Terengganu Backpackers bakal bersiaran langsung pagi ini Radio Manisfm

Dengarkan live di http://live.manis.fm atau di channel radio 👇👇👇

Terengganu : 102.0 FM
Kelantan : 90.6 FM
Pahang Timur : 95.1 FM
Pahang Tengah :103.8 FM

LANJUTAN VR360 & PAKEJ PENDAKIAN GN TEBUAcara kemuncak Program Reskill Upskill Kursus Lanjutan Virtual Tourism 360 denga...
22/09/2022

LANJUTAN VR360 & PAKEJ PENDAKIAN GN TEBU

Acara kemuncak Program Reskill Upskill Kursus Lanjutan Virtual Tourism 360 dengan pendakian Gunung Tebu, 1039mdpl..

Program ini melibatkan 73 orang pendaki keseluruhanya yang terdiri dari peserta kursus, tenaga pengajar, Pegawai dari KeTSA, FRIM, JPNT, Bomba dan Sahabat Komuniti Tampik dan Kuala Sat telah berjaya menawan puncak Gunung Tebu dengan misi yang terlaksana.

Pendakian 2hari 1malam ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Selain dari mendaki gunung, peserta turut diberikan tugasan untuk menyunting video menggunakan kamera VR360 di beberapa spot yg telah dipilih seperti di Batu Mat Hasan, Puncak Gunung Tebu, Batu Mahkamah, Batu Madrasah dan juga dibeberapa lokasi ikonik di sekitar Gunung Tebu..

Alhamdulillah selain dari menyelesaikan tugasan, program ini secara tidak langsung menerapkan para peserta dengan semangat kerja berpasukan dan membina hubungan kerjasama diantara satu sama lain disepanjang aktiviti pendakian..

InshaAllah, program akan bersambung pada siri 2 yang mana akan ada lebih banyak pendedahan ilmu dan teknik pengambaraan dalam kursus Lanjutan VR360 Siri 2 nanti. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua, InshaAllah..




MAJLIS PERASMIAN PROGRAM RESKILL UPSKILL VR360 & ROMBONGAN YBTM DAN KOMUNITI MELAWAT PERSEKITARAN SUNGAI LIMAUMajlis Per...
22/09/2022

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM RESKILL UPSKILL VR360 & ROMBONGAN YBTM DAN KOMUNITI MELAWAT PERSEKITARAN SUNGAI LIMAU

Majlis Perasmian di Taman EkoRimba Lata Belatan disempurnakan oleh YB Datuk Ali Biju, Timbalan Menteri KeTSA. Turut hadir bersama Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM, En Khairulnizam Hashim, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa KeTSA, YB Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir, Ahli Parlimen Setiu dan En Wan Radzi Wan Abdullah, Pegawai Hutan Daerah Terengganu Utara, JPNT..

Program diteruskan lagi dengan acara simbolik penanaman pokok di perkarangan SK Kuala Kubang dan seterusnya Lawatan ke Sungai Ular..



LAWATAN PRODUK EKOPELANCONGAN SETEMPAT, KOPERASI SAHABAT GUNUNG TEBU TERENGGANU BERHAD Terima Kasih YB Datuk Ali Biju at...
20/09/2022

LAWATAN PRODUK EKOPELANCONGAN SETEMPAT, KOPERASI SAHABAT GUNUNG TEBU TERENGGANU BERHAD

Terima Kasih YB Datuk Ali Biju atas lawatan ke kawasan komuniti kami. Semoga dengan usaha-usaha ini dapat mengekalkan produk Ekopelancongan setempat kami..



Address

Lata Belatan, Kg Kuala Kubang
Kampung Jabi
22020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koperasi Sahabat Gunung Tebu Terengganu Berhad:

Share

Category