Pembekal Kambing

Pembekal Kambing Perkhidmatan kami MEMBEKALKAN PELBAGAI JENIS KAMBING HIDUP, CUKUP UMUR. Harga Serendah RM800 Seekor.

03/02/2025
02/02/2025

Kilang Padi Bumiputera Terbesar Gulung Tikar Selepas 57 Tahun

KANGAR: Kilang padi bumipu­tera terbesar di negeri ini yang beroperasi sejak 57 tahun lalu bakal gulung tikar selepas tidak mampu lagi menanggung kerugian jutaan ringgit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kilang Dibuk Sdn. Bhd. yang sebelum ini memberi kemudahan kepada lebih 10,000 petani di negeri ini bagi menjual hasil tuaian mereka sudah tidak mampu lagi bertahan berikutan tekanan lonjakan harga belian padi yang tinggi di sebalik harga beras masih rendah.

Malah, dalam tempoh dua tahun, kilang padi berkenaan diusahakan Marzukhi Othman yang cukup terkenal di Perlis itu sudah mengalami kerugian lebih RM10 juta membabitkan kesemua tiga kilang miliknya.

Dua daripada tiga kilang itu sudah menutup operasi dengan satu lagi bakal ‘bungkus’.

Kesemua kilang Dibuk Sdn. Bhd. tersebut mampu mempro­ses sehingga 30,000 tan metrik semusim dengan membabitkan 78 pekerja.

Marzukhi yang juga Pengarah Urusan Dibuk Sdn. Bhd. berkata, pihaknya sudah tidak mampu lagi bertahan dengan tekanan lonjakan harga belian padi daripada petani yang satu ketika pernah mencecah hampir RM2,000 per tan metrik.

Katanya, lonjakan harga belian padi itu berikutan daripada persaingan oleh pengilang-pe­ngilang besar bukan bumiputera yang turut menguasai pasaran beras borong bagi mendapatkan bekalan padi.

“Pengilang yang mempu­nyai rangkaian pengedaran beras ber­kenaan kebiasaan mencampurkan beras tempatan yang dibeli dengan harga kawalan de­ngan beras import dan kemudian dijual sebagai beras import dengan harga yang tidak dika­wal seterusnya mengaut keuntungan berlipat ganda.

“Dengan keuntungan yang besar daripada manip**asi beras tempatan dijadikan beras import ini, mereka gunakannya untuk menaikkan harga padi di lapangan dan secara langsung membunuh pengilang seperti kami yang tidak mahu menipu pengguna dengan menjual beras tempatan sebagai beras import.

“Dengan kos harga padi yang tinggi, kos elektrik, diesel, ‘rubber roller’, ‘jumbo beg’ dan gaji serta alat ganti yang saban tahun meningkat menyebabkan kami tidak mampu lagi untuk melunaskan hutang bank,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, pengilang-pengilang padi mendakwa sudah tidak mampu lagi menanggung kerugian mencecah sehingga RM900 juta setahun ekoran harga belian padi tinggi disebalik harga beras p**a masih rendah.

Beras tempatan masih kekal pada harga RM26 bagi 10 kilogram yang tidak pernah dise­mak sejak 16 tahun lalu iaitu harga belian padi sekitar RM950 per tan metrik ketika itu.

Tambah Marzukhi yang juga Pengerusi Gabungan Pengilang-Pengilang Beras Malaysia, daripada 127 kilang bumiputera yang aktif sejak 1998 namun kini hanya tinggal sembilan masih bertahan dan menunggu masa gulung tikar.

Katanya, kilang-kilang bumiputera yang tinggal itu hanya menunggu masa ‘bungkus’ sekiranya tiada langkah diambil dalam menangani dasar yang sudah tidak relevan iaitu kawalan harga beras putih tempatan, manakala beras putih import tidak dikawal harga siling.

“Pihak berkuasa dalam industri padi juga diminta untuk tidak lagi mengeluarkan dan membenarkan pusat pusat belian padi berlesen di dalam lingkungan 20 kilometer dengan kilang.

“Pelesen-pelesen ini lah merupakan orang tengah yang ditaja oleh kilang besar dalam membolot padi walaupun di luar kawasan mereka disamping menaikan kos untuk mengeluarkan beras,” katanya.

Gambar : "Lonjakan harga belian padi itu berikutan daripada persaingan oleh pengilang-pe­ngilang besar bukan bumiputera." - Marzukhi Othman
Artikel Asal : https://www.utusan.com.my/berita/2025/02/kilang-padi-bumiputera-terbesar-gulung-tikar-selepas-57-tahun/

10/03/2024

COUNTDOWN RAMADAN 1445H

biri2 baru lahir Alhamdulillah
27/11/2023

biri2 baru lahir Alhamdulillah

22/02/2023

Address

Banggol Jenerih
Kampong Tanah Merah
17500

Telephone

+601110092706

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pembekal Kambing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category