Ameerah Kota Raja

Ameerah Kota Raja Ini merupakan akaun rasmi Fb Ameerah kawasan Kota Raja

๐Ÿ€Rujukan: Minda Presiden PAS: PEMIMPIN DIHORMATI KERANA KEADILANNYA, BUKAN DITAATI KERANA DITAKUTI KEZALIMANNYABertarikh...
30/04/2026

๐Ÿ€Rujukan:

Minda Presiden PAS: PEMIMPIN DIHORMATI KERANA KEADILANNYA, BUKAN DITAATI KERANA DITAKUTI KEZALIMANNYA

Bertarikh: 13 Syawal 1447 / 2 April 2026

Cuba tanya pada diri, hak mana yang belum kita amalkan?Hak seorang muslim ke atas muslim yang lain?๐Ÿค”Jika masih belum, sa...
21/04/2026

Cuba tanya pada diri, hak mana yang belum kita amalkan?

Hak seorang muslim ke atas muslim yang lain?๐Ÿค”

Jika masih belum, sama-sama kita berusaha untuk melaksanakan keenam-enam hak ini. ๐Ÿค

Doa Untuk Palestine๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธุฑูŽุจู‘ูŽู†ูŽุง ุฃูŽูู’ุฑูุบู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู†ูŽุง ุตูŽุจู’ุฑู‹ุง ูˆูŽุซูŽุจู‘ูุชู’ ุฃูŽู‚ู’ุฏูŽุงู…ูŽู†ูŽุง ูˆูŽุงู†ู’ุตูุฑู’ู†ูŽุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู‚ูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู’ูƒูŽุงููุฑููŠ...
10/04/2026

Doa Untuk Palestine๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

ุฑูŽุจู‘ูŽู†ูŽุง ุฃูŽูู’ุฑูุบู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู†ูŽุง ุตูŽุจู’ุฑู‹ุง ูˆูŽุซูŽุจู‘ูุชู’ ุฃูŽู‚ู’ุฏูŽุงู…ูŽู†ูŽุง ูˆูŽุงู†ู’ุตูุฑู’ู†ูŽุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู‚ูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู’ูƒูŽุงููุฑููŠู†ูŽ

โ€œWahai Tuhan kami! Limpahkanlah kesabaran kepada kami, teguhkanlah pendirian kami, dan menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.โ€

Ameerah Kota Raja menyeru agar semua umat Islam sentiasa mendoakan saudara kita di Palestine. Mereka bukan sahaja berjuang mempertahankan tanah air, malah turut mempertahankan agama Islam.

ุญูŽุณู’ุจูู†ูŽุง ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽู†ูุนู’ู…ูŽ ุงู„ู’ูˆูŽูƒููŠู„ู
โ€œCukuplah Allah sebagai sebaik-baik pelindung.โ€

Di samping itu, kami mendoakan agar semua peserta Global Sumud Flotilla dipermudahkan urusan dan pulang dengan selamat.

21 Syawal 1447H -  Amalan ziarah pada bulan syawal tidak asing lagi. Walaupun sekarang sudah 21 Syawal namun masih ada y...
10/04/2026

21 Syawal 1447H - Amalan ziarah pada bulan syawal tidak asing lagi. Walaupun sekarang sudah 21 Syawal namun masih ada yang membuat rumah terbuka.

Lagipun amalan ini sangat baik untuk mengeratkan silaturahim, saling memaafkan, dan menyebarkan kasih sayang sesama manusia.

๐ŸƒRasulullah SAW juga bersabda:
โ€œSesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung silaturahim.โ€
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Namun, ada adab sebagai tetamu yang perlu kita amalkan. Jadi, mari kita ziarah saudara kita sambil menerapkan adab-adab yang telah Islam gariskan๐Ÿ’ซ

Hari ini sudah masuknya 15 Syawal, masih sempat untuk kita berpuasaโœŠ๐ŸผAyuh kita menjadi golongan _Fastabiqul Khairat_, ia...
03/04/2026

Hari ini sudah masuknya 15 Syawal, masih sempat untuk kita berpuasaโœŠ๐Ÿผ

Ayuh kita menjadi golongan _Fastabiqul Khairat_, iaitu orang yang berlumba-lumba dalam melakukan kebaikanโœจ

Ameerah Kota Raja mengucapkan tahniah dan syabas kepada adik-adik yang telah berjaya menduduki peperiksaan Sijil Pelajar...
31/03/2026

Ameerah Kota Raja mengucapkan tahniah dan syabas kepada adik-adik yang telah berjaya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Apa jua keputusan yang diterima, semoga ada hikmah untuk perjalanan hidup seterusnya.

Ingat pesan YB Dr Ustaz Khalil,

โ˜˜๏ธBuat yang cemerlang, teruskan melangkah dengan rendah hati dan tekad yang lebih tinggi. Kejayaan ini bukan penamat, tetapi permulaan kepada perjalanan yang lebih luas.

โ˜˜๏ธBuat yang belum mencapai sasaran, jangan pernah mengalah. Setiap orang punya masa dan jalan yang berbeza. Bangkitlah, kerana masa depan masih terbentang luas untuk dicorakkan.

Semoga adik-adik terus berusaha mencari ilmu yang bermanfaat untuk diri dan masyarakat.

SAMPAI BILA KITA MAHU DENGAR KEMALANGAN BERLAKU AKIBAT ARAK?Menurut laporan berita Sinar Harian bertarikh 30 Mac 2026, p...
30/03/2026

SAMPAI BILA KITA MAHU DENGAR KEMALANGAN BERLAKU AKIBAT ARAK?

Menurut laporan berita Sinar Harian bertarikh 30 Mac 2026, pada tahun 2025, setakat pertengahan tahun, sebanyak 508 kes pemandu mabuk telah direkodkan di Malaysia.

Hal ini membuktikan bahawa isu ini masih berterusan dan memberi ancaman kepada keselamatan awam.

Masyarakat sedia maklum usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa yang terlibat tetapi kesan buruk arak masih dapat dilihat dalam kalangan masyarakat hari ini.

Pada hari ini juga, negara digemparkan dengan satu lagi kes pemandu mabuk di Klang yang akhirnya membawa kepada perginya insan tidak bersalah.

Maka, timbul persoalan, sampai bila kita mahu dengar kemalangan berlaku akibat arak?

Dan, sampai bila kita harus menunggu hukuman dan pampasan digubal agar akta ini mampu menjadi peringatan kepada peminum arak agar tidak memandu ketika dalam keadaan mabuk?

Ingatlah, Rasulullah SAW bersabda:
ุงุฌู’ุชูŽู†ูุจููˆู’ุง ุงู„ุฎูŽู…ู’ุฑูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ูŽุง ู…ููู’ุชูŽุงุญู ูƒูู„ู‘ู ุดูŽุฑู‘ู
Maksudnya: Hendaklah kamu menjauhi arak, sesungguhnya arak kunci segala kejahatan.

Semoga dengan kes yang berlaku pada hari ini dapat membuka mata semua pihak agar menentang sepenuhnya penjualan arak secara terbuka di seluruh Malaysia.

Akhir kata, Ameerah Kota Raja mengambil peluang ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan semoga Allah menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang yang soleh.

Kami dari Ameerah Kota Raja mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat islam๐ŸคDal...
20/03/2026

Kami dari Ameerah Kota Raja mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat islam๐Ÿค

Dalam kegembiraan menyambut Syawal, marilah kita terus memohon agar setiap amal sepanjang Ramadan diterima dan diberkati. Moga hati yang telah dilatih dengan sabar, taat, dan ikhlas terus istiqamah dalam kebaikan walaupun Ramadan telah pergi.

Semoga Syawal ini menjadi titik permulaan untuk kita kembali kepada fitrah yang suci, mengeratkan silaturahim, serta menyemai kasih sayang sesama insan. Moga setiap langkah kita selepas ini sentiasa dalam rahmat dan redha-Nya.

๐ŸŒ™ MISI MEMBURU MALAM LAILATUL QADR ๐ŸŒ™Ayuh gandakan amal ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan.Misi memburu Lailatul Qadr ...
10/03/2026

๐ŸŒ™ MISI MEMBURU MALAM LAILATUL QADR ๐ŸŒ™

Ayuh gandakan amal ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan.

Misi memburu Lailatul Qadr bermula malam ini!

ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู ุงู„ู’ู‚ูŽุฏู’ุฑู ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู…ูู‘ู†ู’ ุฃูŽู„ู’ูู ุดูŽู‡ู’ุฑู

โ€œMalam al-Qadr lebih baik daripada seribu bulanโ€ (Surah Al-Qadr 97 : 3)

Salam Nuzul Al-Qurโ€™an. [17 Ramadan 1447H]โœจAmeerah Kota Raja mengucapkan Salam Nuzul Al-Qurโ€™an buat seluruh umat Islam. S...
07/03/2026

Salam Nuzul Al-Qurโ€™an. [17 Ramadan 1447H]โœจ

Ameerah Kota Raja mengucapkan Salam Nuzul Al-Qurโ€™an buat seluruh umat Islam. Semoga kita semua sentiasa diberi kekuatan untuk mendekati, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Qurโ€™an dalam kehidupan seharian.

Firman Allah SWT:

*ุดูŽู‡ู’ุฑู ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ุฃูู†ุฒูู„ูŽ ูููŠู‡ู ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ู ู‡ูุฏู‹ู‰ ู„ู‘ูู„ู†ู‘ูŽุงุณู ูˆูŽุจูŽูŠูู‘ู†ูŽุงุชู ู…ูู‘ู†ูŽ ุงู„ู’ู‡ูุฏูŽู‰ูฐ ูˆูŽุงู„ู’ููุฑู’ู‚ูŽุงู†ู*

โ€œBulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qurโ€™an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza antara yang benar dan yang batil.โ€
(Surah Al-Baqarah 2: 185)

Peristiwa Nuzul Al-Qurโ€™an mengingatkan kita kepada detik agung ketika wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira melalui Malaikat Jibril. Ayat pertama yang diturunkan ialah daripada Surah Al-โ€˜Alaq: โ€œIqraโ€™ bismi rabbika allazi khalaqโ€ yang bermaksud โ€œBacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.โ€ Peristiwa ini menjadi permulaan turunnya wahyu sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh manusia.

Semoga Nuzul Al-Qurโ€™an menjadi peringatan untuk kita terus mendekati Al-Qurโ€™an dengan membaca, memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan.

5 Ramadan 1447 Hijrah - Niat Iktikaf Masjid๐Ÿค๐Ÿ’ซUntuk Dapatkan Bacaan penuh: Jabatan M***i Wilayah Persekutuan - IRSYAD HUK...
23/02/2026

5 Ramadan 1447 Hijrah - Niat Iktikaf Masjid๐Ÿค๐Ÿ’ซ

Untuk Dapatkan Bacaan penuh:
Jabatan M***i Wilayah Persekutuan - IRSYAD HUKUM KHAS RAMADHAN #79: IKTIKAF: PENGERTIAN DAN PERSOALAN BERKAITAN https://share.google/mAnEigPumUTHnIxKX

Address

Kampong Kota Raja
41200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Kota Raja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ameerah Kota Raja:

Share