Liga Ragbi Kedah

Liga Ragbi Kedah Liga Ragbi Kedah merupakan acara tahunan Kesatuan Ragbi Kedah demi menyemarakkan sukan ragbi di negeri Kedah dan pemilihan pemain untuk pasukan Kedah.

Allahumaghfirlahu Warhamhu Waafihi Wa'fuanhu.Tiada apa yang dapat aku ucapkan lagi kecuali TERIMA KASIH sahabatku Ahmad ...
29/04/2024

Allahumaghfirlahu Warhamhu Waafihi Wa'fuanhu.
Tiada apa yang dapat aku ucapkan lagi kecuali TERIMA KASIH sahabatku Ahmad Zainol Osman.
Allahyarham adalah sorang kawan yang tersangat baik. Dialah antara kawan yang masih setia berkawan dengan aku walaupun aku dah takdak apa2 jawatan dan pengaruh. Terlalu susah untuk dia kata tak boleh kalau aku minta pertolongannya. Dia sentiasa ada bila diperlukan. Syurgalah tempat hang Non.
Kawan2...... Ingatlah, janji Allah SWT itu Benar, mati itu Benar. Alam kubur itu Benar. Kehidupan Di Alam barzakh itu Benar. Dan Kita pasti akan melaluinya dan bersama- sama saudara kita yang telah pergi terdahulu. Masanya adalah rahsia Allah SWT. Syukurlah dengan kehidupan di dunia ini dan jangan kita lalai dalam melaksanakan tanggungjawab kita kepadaNya dan mengingati hari pembalasan.
Ingatan ini untuk aku dan saudara2ku semua.
Terima kasih atas memori didunia ini sahabatku Non. InShaAllah moga bertemu lagi di Akhirat kelak.

Untuk makluman semua : Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada jam 3.00 pagi semalam di perkuburan Islam Sungai Petani. Terima kasih kepada semua sahabat2 Yang meluangkan masa ziarah di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Suruh Al Banna, Taman Mutiara Sungai Petani dan Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani. Moga Kita semua dirahmati Dan dibawah perlindungan Allah SWT.

Pohon komuniti Ragbi Negeri Kedah khasnya dan Malaysia amnya mensedekahkan Al Fatihah untuk sahabat dan rakan kita salah...
21/12/2023

Pohon komuniti Ragbi Negeri Kedah khasnya dan Malaysia amnya mensedekahkan Al Fatihah untuk sahabat dan rakan kita salah seorang peggiat dan bekas pemain Ragbi Negeri Kedah Allahyarham Amir Aris. Allahyarham telah kembali ke rahmatullah petang semalam Di Alor Setar. Jenazah dijangka dikebumikan Di Tanah Perkuburan Taman Uda, Alor Setar pagi ini. Sama-sama Kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin. InShaAllaah.

Allahumaghfirlahu Warhamhu Waafihi Wa'fuanhu.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Hanya cepat dan lambat saja kerana ianya hanya dalam pengetahuan Robbul Jalil. Betapa dekat kematian dengan kita, tinggal kita yang selalunya lalai dalam mengingatinya.

Al Fatihah.......... Aameen.

22/01/2021

SALAM HORMAT DARI PAPA DOBI

Untuk makluman pelanggan operasi Papa Dobi Alor Setar akan berjalan seperti biasa sepanjang PKP 2.0 dari jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja. Sila patuhi SOP dan ikut arahan staf yang bertugas demi keselamatan kita semua.

1. Pastikan memakai pelitup muka (mask)
2. Scan suhu (atas 37.5 tidak dibenarkan masuk)
3. Scan MySejahtera atau tulis info dalam buku
4. Cuci tangan guna hand sanitizer
5. Amalkan penjarakan sosial lebih 1 meter
6. Gunakan perkhidmatan kami dengan yakin.

Pihak tuan/puan juga boleh meninggalkan pakaian bagi basuhan dan pengeringan kepada staf yang bertugas. Bantuan staf adalah PERCUMA bagi keselesaan pelanggan. Cuma hantar, bayar dan ambik selepas 1 jam.
Perkhidmatan kami untuk keselesaan semua.

"Bersih, Jimat, Mudah"

PAPA DOBI Alor Setar
2532, Pekan Pumpong, 05250 Alor Setar, Kedah
Pertanyaan : 01119098758
http://wasap.my/01119098758

06/02/2019

27/08/2018
16/05/2016

Kelab Ragbi Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid SAHOCA Rugby Club dinobatkan sebagai juara Liga Ragbi Kedah 2016 selepas menewaskan KRiSTAL Alor Star Blues Rugby Club Of Malaysia 14 vs 10. Kedua dua pasukan cukup bertenaga dan saling mengasak kubu lawan untuk mendapatkan mata.

Ternyata SAHOCA lebih mendapat kelebihan dengan pemain pemain yang berpengalaman dan muda dan di antaranya ialah Fairuz Rahman iaitu bekas pemain Malaysia yang juga bekas pelajar sekolah tersebut.

Hadiah disampaikan oleh Presiden Kesatuan Ragbi Kedah Darulaman, Dato’ Othman Aziz kepada semua pemenang kejohanan tersebut. Kategori Cup dimenangi oleh SAHOCA Rugby Club dan naib juara ialah KRiSTAL Alor Setar Blues RC.

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir juga dimenangi pemain SAHOCA Rugby Club iaitu Mohd Fared Yahya.

Kategori Plate dimenangi oleh USM Jokers RC dari Pulau Pinang yang menewaskan Kelab Ragbi dari ATM iaitu Dogfish 165 RM1B 28-10.

Kejohanan kali ini disertai oleh disertai oleh beberapa kelab ragbi seperti SAHOCA, KRiSTAL Alor Setar Blues RC, Northern Wanderers, USM Jokers, DogFish

Menurut Setiausaha Kehormat, Syed Ezahar, Liga Ragbi Kedah telah berlangsung selama 6 minggu dan ini dapat membantu mengenalpasti bakat bakat baru negeri ini. Kejohanan ragbi seterusnya di negeri Kedah ialah Langkawi 7s yang akan diadakan di Langkawi pada 21-22 Mei 2016.

11/05/2016
14/04/2016

Makluman terkini Liga Ragbi Kedah 2016

Perlawanan Jumaat 15 April 2016

5.00 petang
Dogfish 165MIB lwn Northern Wanderers SC
Padang Kolej Sultan Abdul Hamid

Perlawanan Sabtu 16 April 2016
5.00 petang
SAHOCA RC lwn USM Jokers
Padang Kolej Sultan Abdul Hamid

Mohon semua pihak ambik maklum perubahan tarikh Dan masa perlawanan

Terima kasih

Makluman Liga Ragbi Kedah 2016 Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, perlawanan minggu ke-3, LRK 2016 telah diuba...
13/04/2016

Makluman Liga Ragbi Kedah 2016

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, perlawanan minggu ke-3, LRK 2016 telah diubah ke tarikh yang berikut :

Tarikh baru - 15 APRIL 2016 (JUMAAT)

3.30 petang - SAHOCA RC lwn USM JOKERS
5.30 petang - Dogfish 165MIB RC lwn Northern Wanderers SC

Semua perlawanan adalah di Padang Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah.

Mohon makluman kepada kepada semua pegawai, pemain, penyokong dan peminat ragbi.
Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

10/04/2016

Liga Ragbi Kedah 2016

Keputusan Perlawanan Minggu Ke-2

9 April 2016 (Sabtu)
4.00 petang
USM Jokers 38 - Dogfish 165MIB 5
5.30 petang
SAHOCA RC 13 - Kristal AS BLUES RC 0

Perlawanan minggu ini (16 April 2016)

3.30 petang : SAHOCA RC lwn USM JOKERS
5.00 petang : Dogfish 165MIB lwn NOrthern Wanderers SC

Semua perlawanan bertempat di Padang Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah.

(tertakluk kepada perubahan)

SEMUA PEMINAT SUKAN RAGBI ADALAH DIJEMPUT.
Tontonan adalah percuma. Tiada tiket dikenakan.

SAHOCA RC lwn Kristal AS BLUES RC
09/04/2016

SAHOCA RC lwn Kristal AS BLUES RC

Address

Kampong Anak Bukit

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Liga Ragbi Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category