27/10/2025
(27 October 2025)
π₯ Eksplorasi Bahasa, Misi Gen Z! π₯
Berani sahut cabaran?
UTARians, inilah masanya untuk anda tunjukkan kepantasan, kepintaran & kerjasama dalam pertandingan paling happening semester ini β Eksplorasi Bahasa, Misi Gen Z 2025!
Dalam perlumbaan ini, anda dan pasukan akan perlu menyelesaikan klu, menakluk cabaran & berpacu dengan masa sambil mengembara ke pelbagai lokasi di sekitar kampus. Setiap langkah menguji strategi, kreativiti dan semangat anda sebagai Generasi Z!
Butiran Program:
π
Tarikh: 19 November 2025, Rabu
π Masa: 2pm-5.30pm
π Lokasi: Sekitar Kawasan Kampus UTAR Sungai Long dan Bandar Sungai Long
π₯ Komposisi Pasukan: 4 orang pelajar setiap pasukan
Hadiah:
π Tempat Pertama β RM400 + Sijil Penyertaan
π₯ Tempat Kedua β RM350 + Sijil Penyertaan
π₯ Tempat Ketiga β RM250 + Sijil Penyertaan
β¨ 3 x Hadiah saguhati - RM100
β¨ Cenderamata eksklusif untuk semua peserta
Pendaftaran:
π Daftar melalui pautan berikut: https://forms.gle/58nktMZpb46Z7Mtq6
ποΈ Slot penyertaan adalah terhad kepada 10 kumpulan SAHAJA.
Jangan lepaskan peluang ini untuk mencipta memori, bina persahabatan baru dan buktikan bahawa Gen Z mampu menguasai apa saja!
Hadir dengan semangat membara dan tenaga tanpa batasβ kita jumpa di starting line!
Eksplorasi Bahasa, Misi Gen Z
Sekretariat Rakan Muda,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Kampus Sungai Long